Asyikin duduk di wakaf sekitar syarikat.Sekarang
adalah waktu makan tengah hari namun dia tiada selera untuk makan.Bukan tiada
selera sebenarnya tetapi sengaja tidak mahu makan kerana mahu menunggu Tengku
Azwan keluar daripada syarikat.Dia tahu setiap kali tiba waktu tengah hari
Tengku Azwan mesti keluar makan di luar.Hari ini sudah masuk tiga hari dia
bekerja di Mewah Holdings.Dalam masa tiga hari itulah dia curi-curi pandang
Tengku Azwan.Paling dia suka pada Tengku Azwan adalah rambut Tengku Azwan yang
panjang itu.Hehe.Nampak sangat cool di matanya.
Dia
berpura-pura membetulkan rambutnya yang disanggul apabila Tengku Azwan sudah
keluar dari pejabat.Dia tertarik akan gaya jalan Tengku Azwan.Cara makan dan
juga cara bercakap.Yang pasti apa yang Tengku Azwan lakukan nampak bergaya di matanya.Selama
tiga hari dia bekerja di sini belum pernah sekali pun dia terserempak ataupun
berjumpa dengan Tengku Akmal.Liya cakap Tengku Akmal outstation di
Sabah.Berjumpa dengan client di Sabah untuk mengembangkan bisnesnya di sana.Sudah
kaya nak kaya lagi.Bagilah peluang kepada syarikat lain pula.Dia hampir
terlompat apabila Liya dan Kasih membaling batu ke arahnya.Siap
melambai-lambaikan tangan memanggilnya.Asyikin tersenyum dan bangun mendekati
mereka.
“Nah!
Aku bungkuskan nasi ayam untuk kau.Makanlah,” kata Kasih dan menghulurkan
sebungkus nasi ayam kepadanya.Asyikin terkebil-kebil.
Kasih
yang melihat Asyikin diam tidak berkutik menarik tangan Asyikin menyuruh
mengambil nasi ayam yang dihulurkannya.Asyikin mengambil jua.
“Thanks
Liya, Kasih.Sebenarnya aku tak lapar tapi sebab korang dah belikan untuk aku, aku
akan makan.Tapi nasi je? Air takde?” ujar Asyikin dan mengusik mereka berdua.
Liya
dan Kasih ketawa mendengar usikan Asyikin.Liya menghulurkan sebotol air mineral
yang disorokkan di belakang badannya kepada Asyikin.Lantas Asyikin
menyambut.Mereka bertiga sudah akrab dan mesra apabila sering kali berbual
bersama.
“Syikin
kau makan tau.Nanti perut masuk angin.Susah pula nak kerja kalau sakit.Aku dengan
Kasih nak pergi jumpa Tuah kejap,” ujar Liya.Asyikin mengangguk.
Dia
melihat sebungkus nasi ayam dan sebotol air mineral di tangannya.Dia
tersenyum.Alhamdulillah.Tak perlu beli.Sekarang ini dia perlu berjimat
cermat.Mummy nya hanya beri dia duit sepuluh ringgit sehari.Mana cukup.Minyak
kereta, nak makan dan nak beli topup lagi.Mummy nya selamba sahaja cakap tak
payah nak topup-topup.Membazir duit.Ikut ajelah.Datin Nora bolehlah tidak perlu
beli topup kerana ditaja sepenuhnya oleh Dato’ Rahman.Dia siapa mahu taja?
Rafique? Hampehh!
Asyikin
berpusing ke belakang.Dia terkejut.Ada seorang lelaki yang datang dari arah
lain hampir-hampir ingin melanggarnya.Nasib baik dia sempat mengelak.Kalau tak
berlanggar terpeluklah lelaki itu gamaknya.Lelaki itu yang leka melihat skrin
telefonnya juga tersentak.Serta-merta lelaki itu berhenti.Asyikin menggaru
kepala.Kenapa muka lelaki ni macam korea lagi? Tak habis-habis dengan
korea.Hari tu Zur’ain jumpa mamat korea.Tiga hari yang lepas dia jumpa Tengku
Azwan sekarang lelaki korea lagi.
Asyikin
ke kiri ingin memberi laluan namun tanpa disangka lelaki itu juga ke
kiri.Asyikin ke kanan lelaki itu juga ke kanan.Dia ke kiri semula.Lelaki itu
juga sama.Asyikin mendengus marah.Nak main-main ke apa ni.Sekali lagi Asyikin
ke kanan lelaki itu ke kanan juga.Asyikin menggigit bibir.
“Kau
nak main-main ke apa, hah?” Amuk Asyikin.Dia sudah tidak boleh bersabar.
“Maaf.Saya
tidak bermaksud ingin bermain-main dengan Cik.Saya ke kiri Cik juga ke
kiri.Saya ke kanan Cik juga ke kanan.Mungkin Cik yang nak bermain-main dengan
saya,” ujar lelaki itu dengan senyuman.Asyikin mencebik.Handsome lah pulak
lelaki di hadapannya ini.
“Bila
masa pula aku nak bermain-main dengan kau? Menyemak je dekat sini.Datang sini
nak buat apa?”
Lelaki
itu memandang Asyikin dan Mewah Holdings bersilih ganti sebelum berdehem.
“Ada
hal yang perlu saya uruskan dekat sini.Takkanlah nak jumpa Cik pula dekat
sini,” lelaki itu memerli Asyikin.Asyikin mengetap gigi.
“Hal
apa? Macamlah aku nak jumpa kau sangat.Kau ingat sewenang-wenangnya orang luar
nak masuk Mewah Holdings ni sesuka hati.”
“Cik
pekerja baru dekat sini ke? Tak pernah jumpa Cik pun sebelum ni?”
“Ha’ah.Aku
adalah pengawal keselamatan wanita yang baru dekat sini.Dah aku baru kerja
dekat sini macam mana aku nak jumpa kau.”
Lelaki
itu tertawa kecil mendengar kata-kata yang keluar dari mulut comel Asyikin
itu.Asyikin naik geram dengan lelaki di hadapannya.
“Patutlah.Saya
nak uruskan kerja saya yang banyak bertimbun di pejabat tu.Dan petang ni saya
ada meeting.Banyak kerja yang saya perlu uruskan,” terang lelaki itu.
“Kau
kerja sini? Banyak kerja bertimbun? Bukan CEO ke yang paling banyak kerja
bertimbun dekat pejabat? Apa jawatan kau dalam Mewah Holdings?” Bertubi-tubi
Asyikin menyoal.
“Yup!
Saya kerja dekat sini.Memang CEO yang paling banyak kerja yang perlu diuruskan.Jawatan
saya dalam syarikat ni? CEO.Selamat berkenalan.Saya Tengku Akmal.Bos awak
selain Tengku Azwan.”
Asyikin
tercengang.Lelaki di hadapannya ini Tengku Ak..Tengku Akmal?! CEO Mewah
Holdings? Abang Tengku Azwan? Lelaki yang dikatakan playboy dan sering
mengangkut perempuan ke hotel? Patutlah ramai perempuan yang tersangkut.Handsome
seperti artis!
Asyikin
menggelabah apabila terkenangkan kata-katanya sebentar tadi.Tengku Akmal yang
memerhati reaksi Asyikin tersenyum.Aku ni menakutkan sangat ke? Tanya Tengku
Akmal pada diri sendiri.
“Ma..ma..maafkan
saya Encik Tengku Akmal.Saya tahu saya ni biadap.Tapi tolonglah jangan pecat
saya.Kalau tak macam mana saya nak cari rezeki.Mak saya sedang sakit tenat di
hospital,” rayu Asyikin.Dia sudah melutut di hadapan Tengku Akmal dan memegang
kedua-dua belah kaki Tengku Akmal.Tengku Akmal kaget.Dia bertambah buntu
apabila Asyikin mengalirkan air mata.
“Eh
jangan macam ni.Buat malu saja.Saya takkan pecat awak.Saya ni bukannya kejam
sangat.Pasal tadi saya tidak ambil hati pun.Saya tahu awak tak kenal saya,”
ujar Tengku Akmal dan cuba membangunkan Asyikin.
Asyikin
bangun.Dikesat air matanya.Dia memandang raut wajah Tengku Akmal.Tengku Akmal
menghulurkannya sehelai sapu tangan.Asyikin menyambut.Tengku Akmal menggeleng
kepala.Sungguh gelabah gadis di hadapannya ini.
“Terima
kasih Encik Tengku Akmal.Saya berhutang budi dengan Encik Tengku Akmal,” kata
Asyikin sambil menundukkan wajahnya.
Diikutkan
hatinya mahu sahaja dia menonong pergi.Disebabkan dia tidak boleh kehilangan
kerja ini terpaksa lah dia menghadap muka bosnya yang satu ini.Menyampah+meluat
melihat wajah Tengku Akmal.Dia terbayang-bayang pula bagaimana Tengku Akmal
membawa perempuan-perempuan disekeliling pinggang pergi ke hotel.Risau pula
duduk berdekatan dengan lelaki playboy ini.
“Sama-sama.Awak
tu yang lebih-lebih.Takkan disebabkan benda ni saya nak pecat awak.Emm tak
payah Encik Tengku Akmal sangatlah.Lain macam pula saya dengar.Panggil aje
Encik Akmal.Semua orang disini panggil saya macam tu.Sudah beberapa hari kerja
di sini?” Ujar Tengku Akmal ramah.Namun dia tidak sedar keramahannya mengundang
rasa meluat di dalam hati Asyikin.
“Termasuk
hari ini sudah tiga hari Encik Akmal.”
Tengku
Akmal mengangguk.Mesti gadis di hadapannya ini diambil bekerja semasa dia
berada di Sabah.Tak sangka gadis di hadapannya ini mahu bekerja di syarikatnya
sebagai pengawal keselamatan.Tetapi cantik pula dia melihat baju pengawal
keselamatan yang tersarung pada badan Asyikin.Mungkin kerana orangnya
cantik.Macam pernah pula dia melihat gadis di hadapannya ini.Tapi di mana ya?
Asyikin
memandang Tengku Akmal yang galak merenung tubuh badannya.Sudah mula dah lelaki
playboy ni.Aku cungkil mata kau baru tahu! Asyikin berdehem berkali-kali.Tengku
Akmal memandang wajah Asyikin yang bengang.
“Nama
siapa?” soal Tengku Akmal.Dia tahu gadis di depannya ini tidak suka direnung
olehnya.Dia pun satu buat apalah pergi renung anak dara orang.Jaga mata ni.Ni
tak nak buat dosa aje.
“Asyikin,”
malas Asyikin menjawab.Tengku Akmal mengangguk dan tersenyum.
“Sedap
nama Syikin.”
“Terima
kasih.” Asyikin mengucapkan terima kasih.Matanya sengaja berpura-pura memandang
ke arah lain.Ingin memberi isyarat supaya Tengku Akmal tahu dia tidak ingin
bersembang lama-lama dengannya.
“Tadi
Syikin cakap mak Syikin sakit tenat? Betul ke?”
Asyikin
tidak tentu arah.Lambat-lambat Asyikin mengangguk.Nak jadi apa-apa jadilah.Mak
sakit? Pandai betul kau menipu Asyikin.Padahal mummy nya sihat walafiat
sahaja.Mesti mummy nya sekarang ini sedang bersembang dengan Datin Datin
ataupun Puan Sri di persatuan yang mummy nya aktif.Tengku Akmal
melambai-lambaikan tangannya di hadapan Asyikin.Asyikin tersedar dan
tersengih.Dia tiada sepatutnya berangan di hadapan Tengku Akmal.Mana tahu kalau
Tengku Akmal mengambil kesempatan ke atas dirinya.
“Kesiannya
mak awak.Saya doakan supaya mak awak cepat sembuh dan cepat sihat.”
Asyikin
mengangguk.Asyikin mengerutkan kening apabila Tengku Akmal mencari sesuatu di
dalam kocek kot yang dipakai.Tengku Akmal mengeluarkan dompetnya.Dia menarik
keluar duitnya dan memberi kepada Asyikin.Asyikin tidak faham untuk apa Tengku
Akmal memberinya duit.
“Ambillah.Duit
ni untuk awak dengan mak awak.Bolehlah awak gunakan duit ni untuk perbelanjaan
harian awak ataupun untuk membeli ubat mak awak,” ujar Tengku Akmal.
“Tidak
apalah Encik Akmal.Saya ada duit lagi.Tak perlu susah-susah.Banyak duit tu,”
Asyikin menolak.
“Tidak
banyak pun.Seribu aje.Saya ikhlas.Mungkin dengan duit tidak seberapa ini boleh
meringankan beban awak.” Seribu aje? Arghh gilalah lelaki ini!
Sewenang-wenangnya mahu memberi duit sebanyak seribu kepada orang yang tidak
dikenali.
“Encik
Akmal tidak apa.Saya ada duit lagi.Saya tahu Encik Akmal ikhlas tapi saya tidak
memerlukan bantuan daripada Encik Akmal,” kata Asyikin.Dia menahan geram.Lelaki
ini memang tidak faham bahasa!
“Ambil.”
Tengku Akmal pantas menarik tangan Asyikin dan meletakkan duit sebanyak seribu
di atas telapak tangan Asyikin.Tengku Akmal tersenyum dan berjalan masuk ke
dalam Mewah Holdings.
Asyikin
masih lagi kaku.Duit di tangan dipandang lama sebelum berpaling ke belakang
ingin memanggil Tengku Akmal tetapi Tengku Akmal sudah menghilang.Asyikin
mengeluh.Dia tidak faham kenapa dengan lelaki itu sebenarnya.Betul-betul baik
hati ataupun sengaja berlakon baik menginginkan perhatian orang ramai akan
kebaikan yang dibuat.
Dia
nak buat apa dengan duit ini? Dia sudah menipu Tengku Akmal.Takkanlah dia mahu
menggunakan duit ini pula.Tidak berkat.Duit ini haruslah dipulangkan dengan
segera!
Asyikin menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia menunggu
lif yang dikhaskan untuk pekerja dengan sabar.Apabila pintu lif terbuka dia
terus memboloskan diri ke dalam.Dia menekan nombor 29.Untuk ke tingkat 29.Tingkat
yang terakhir dan tingkat yang menempatkan pejabat untuk bos.Ting! Pintu lif
sudah terbuka.Asyikin berdebar keluar daripada lif.Buat kali pertama dia
jejakkan kaki di tingkat ini setelah tiga hari bekerja.Dia meliarkan pandangan
ke sekeliling.Sungguh luas tingkat ini.Asyikin bingung.Yang mana satu bilik
Tengku Akmal?
Mungkin
bilik yang di hujung sekali.Asyikin menghayunkan langkah ke arah seorang
perempuan yang sedang duduk bekerja menyiapkan tugasan.Setiausaha
barangkali.Setiausaha siapa dia tidak pasti.
“Maaf
Cik.Yang mana satu bilik Encik Akmal? Boleh saya berjumpa dengan dia?”
“Tak
payah Cik Cik dengan saya.Panggil aje Zara.Yang hujung sekali.Saya setiausaha
Encik Akmal.Cik ada membuat temu janji? Tengok dari pakaian Cik, Cik kerja di
sini ye.”
Asyikin
tersenyum.Ramah-ramah orang dalam Mewah Holdings ni nampaknya.
“Zara
pun tidak perlulah panggil saya Cik.Panggil saya Syikin je.Yup, saya kerja
dekat sini.Emm tidak.Kenapa tidak boleh ke?”
“Oh.Eh
boleh tapi sekarang Encik Akmal ada tetamu.Syikin duduklah dulu dekat sofa
tu.Nanti saya inform dekat Encik Akmal,” ujar Zara.
Asyikin
mengangguk dan duduk di atas sofa yang tersedia.Asyikin memeluk tubuh kerana terasa
sejuk.Cantik dan bersih tempat ni.Asyikin memandang satu persatu bilik yang ada
di situ.Agaknya yang mana satu bilik Tengku Azwan.Dia ingin melihat bagaimana
bilik Tengku Azwan dihias.
Asyikin
menoleh ke arah bilik Tengku Akmal yang terbuka.Seorang perempuan yang agak
seksi baru keluar dari bilik Tengku Akmal.Asyikin menggeleng lemah.Dekat
pejabat pun nak berasmaradana.Dasar lelaki gatal.Asyikin tersenyum pada Zara
yang menunjuk bilik Tengku Akmal.
Dia
mengetuk pintu bilik Tengku Akmal.Apabila diarah masuk barulah dia
masuk.Asyikin menjeling Tengku Akmal yang sedang membetulkan tali
lehernya.Eee.Nak betul-betulkan tali leher konon.Dia tersenyum kelat apabila
Tengku Akmal sudah tersenyum lebar melihat dirinya.
“Duduklah
Syikin.” Pelawa Tengku Akmal.Asyikin duduk lambat-lambat di hadapan Tengku
Akmal.
“Ada
apa nak jumpa saya? Terkejut juga saya bila Zara beritahu saya yang awak nak
jumpa saya.”
Asyikin
menarik nafas.Dia mengeluarkan duit yang diberi Tengku Akmal tengah hari tadi
daripada poket seluarnya.Dia meletakkan duit sebanyak seribu itu di atas
meja.Ditolaknya ke depan.
Tengku
Akmal memandang Asyikin meminta penjelasan.Dia pelik dengan sikap Asyikin.
“Kenapa?
Duit ni tak cukup ke? Saya boleh tambahkan lagi jumlahnya.”
“Eh
tak.Lebih dari cukup.Tapi seperti yang saya katakan tadi saya tak perlukan
bantuan daripada Encik Akmal.Saya ada duit.Saya tidak mahu berhutang dengan
Encik Akmal.”
Tengku
Akmal menyandarkan badan ke belakang.Dia tidak faham dengan sikap
Asyikin.Asyikin berkira-kira ingin bangun tetapi tidak jadi.
“Saya
cuma nak tolong.Salah ke? Awak pekerja saya.”
“Masalahnya
saya tak nak terhutang budi dengan Encik Akmal.Saya tidak suka kalau orang tahu
Encik Akmal bantu saya dan membuatkan orang berfikir macam-macam,” ujar Asyikin
dengan geram.Kenapalah dia ni susah sangat nak faham? Dia tidak memerlukan
bantuan daripada lelaki gatal macam Tengku Akmal.
Tengku
Akmal tergelak.Kelakar dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut
Asyikin.Itu pula yang ingin dirisaukannya.Macam-macamlah perempuan yang bernama
Asyikin ini.
“Diorang
takkan fikir-fikir yang bukan-bukan.Bukannya saya bagi duit tu dekat awak untuk
buat perkara tidak elok.Saya nak bantu pekerja saya sahaja.Macam saya bantu
pekerja saya yang lain.Terimalah,” Tengku Akmal memujuk.
“Saya
tidak akan terima.Terima kasihlah Encik Akmal sebab sudi nak bantu perempuan
macam saya ni.Terima kasih kerana meluangkan masa berjumpa dengan saya.Maafkan
saya kerana mengambil masa Encik Akmal yang berharga.Saya keluar dulu,” kata
Asyikin dan pantas keluar.
Tiada
guna bercakap banyak-banyak dengan Tengku Akmal.Dia tahu Tengku Akmal akan
memujuknya sehingga dia tidak boleh berkata apa-apa.Tengku Akmal menopang dagu
di atas meja.Nak tolong pun salah ke? Bila orang nak membantu mula berfikir
yang bukan-bukan.Jika tidak membantu dikatanya pula CEO Mewah Holdings tidak
berhati perut dan tidak prihatin terhadap pekerjanya.
Asyikin
terserempak dengan Tengku Azwan di luar.Masing-masing terpana.Tengku Azwan
tersenyum sebelum masuk ke dalam biliknya.Oh yang itulah bilik dia.Asyikin
melompat kegirangan kerana Tengku Azwan tersenyum padanya.Asyikin melihat
sekeliling.Mujur tiada sesiapa nampak.Kalau tidak buat malu sahaja.