Asyikin berjalan secara perlahan-lahan.Dia tidak
mahu ahli keluarganya dapat tahu dia baru balik.Kasutnya dibuka dan diletakkan
di tepi.Dia menjinjing beg-beg kertas yang di dalamnya penuh dengan baju, beg
tangan, kasut, minyak wangi dan lain-lain.Asyikin memulas tombol pintu.Fuhh
nasib baik gelap.Awal lah pula diorang semua tidur hari ini.Asyikin menutup
pintu rumahnya dan menguncinya.Apalah dah tidur tapi pintu tidak berkunci.Baru
Asyikin mendaki anak tangga pertama lampu di ruang tamu terpasang.Terang-benderang
jadinya.Asyikin mengalihkan pandangan memandang kedua-dua orang tuanya yang
sedang duduk di ruang tamu.Asyikin mendekati kedua-dua orang tuanya dengan
lambat.Nak tak nak sahaja dia berjalan.
Diletakkan
beg-beg kertas tersebut di atas meja.Dato’Rahman terbeliak.Biar betul anak
daranya ini.Gila ke beli sebanyak ni? Dato’Rahman menjeling Datin Nora sebelum
merenung anaknya semula.
“Pergi
shopping lagi?” tanya Dato’Rahman.Asyikin tersenyum sambil mengangguk.
“Ni
beli banyak-banyak ni siapa yang nak pakai? Guna duit siapa Syikin beli?” sinis
Dato’Rahman berkata.Senyuman Asyikin mati.Asyikin memandang Datin Nora meminta
pertolongan.Namun Datin Nora mencebik.Isyy mummy ni.Bukan nak tolong anak dara
dia!
“Daddy,
janganlah perli-peli Syikin macam tu.Syikin tahu ni semua duit daddy.Nanti
Syikin gantilah balik.”
Dato’Rahman
dan Datin Nora saling berpandangan sebelum ketawa mereka pecah.Asyikin
mencebik.Mencerun mata Dato’Rahman memandang Asyikin.Dato’Rahman membelek
barang-barang yang dibeli Asyikin.Sekali lagi mata Dato’Rahman hendak terjojol
keluar.Sehelai gaun berharga empat ribu sembilan ratus ringgit.Tambah seratus
ringgit jadi lima ribu.Dato’Rahman membawa keluar pula beg tangan yang baru
dibeli Asyikin dari beg kertas itu.Dato’Rahman memicit kepalanya.Sebuah beg
berharga dua ribu dua ratus lima puluh ringgit.Satu beg sudah berharga hampir
tiga ribu.Anaknya membeli dua buah beg.Belum ditambah lagi dengan
lain-lain.Kesemua barang-barangnya mestilah berharga seribu ke atas.Pokai, pokai.Lama
lama muflis aku macam ni!
Asyikin
tertunduk melihat reaksi daddy nya.Over sangatlah lakonan daddy ni.Bukannya
banyak mana pun kalau nak dibandingkan dengan Zur’ain.
“Syikin
ni dah melampau.Lebih daripada sepuluh ribu duit daddy kamu kerjakan.Cukuplah
Syikin.Tadi Syikin cakap Syikin nak ganti? Nak ganti pakai apa? Kamu kerja pun
tak.Nak ganti duit daddy dengan daun mangga dekat depan tu,” ujar Dato’Rahman
dan menjuihkan bibirnya ke depan.
Asyikin
menjulingkan mata ke atas.Pandai betul perlinya.Dia berpeluk tubuh.
“Daddy
tak kira! Syikin kena kerja.”
Asyikin menggeleng laju.Dia tak nak
kerja! Tak mainlah paksa-paksa ni.
“Tak
naklah daddy.Syikin nak duduk rumah aje.”
“Syikin
kena kerja!” Marah Dato’Rahman.Asyikin diam tidak berkutik.Semua orang di dalam
rumah ini gerun jika Dato’Rahman mula naik angin termasuk Datin Nora.
Asyikin
mengetuk-ngetuk dagunya.Okey juga kerja.Bukan kerja dekat mana pun.Kerja dekat
syarikat daddy.Kacang aje!
“Okeylah.Syikin
setuju.Kerja dekat office daddy? Senang je.Esok juga Syikin melaporkan diri,”
ucap Asyikin sambil tangannya ingin mengambil barang-barangnya.
“Siapa
kata Syikin kerja dekat office daddy?” kata Datin Nora.
Asyikin
mengerutkan keningnya.Kalau bukan nak kerja dekat syarikat milik keluarganya
mana lagi dia nak kerja.Siapa nak ambil dia bekerja? Tiada pengalaman pula tu.
“Habis
tu?”
“Daddy
nak Syikin kerja dekat tempat lain.Syikin kena buat diorang terima Syikin
bekerja.Daddy tak kisah Syikin kerja dekat mana dan sebagai apa tapi yang
penting halal.Daddy bagi Syikin peluang seminggu untuk cari kerja.Kalau tak
satu sen harta daddy Syikin takkan dapat,” ujar Dato’Rahman.
Terkebil-kebil
mata Asyikin mendengarnya.Dia tak boleh kerja di syarikat daddy? Kena kerja
ditempat lain? Asyikin memeluk lengan Datin Nora.
“Siapa
nak ambil Syikin bekerja daddy? Sampai hati daddy buat Syikin macam ni.Mummy
dengan daddy jahat!”
“Manalah
daddy tahu siapa yang ambil kamu bekerja.Harap aje muka cantik tapi pemalas
siapa nak.Daddy tak kira.Syikin kena cari kerja juga.Lagi satu jangan sesekali
mention nama daddy depan diorang.Daddy tak nak diorang ambil Syikin bekerja
kerana daddy.Faham Dhia Asyikin binti Rahman?”
Asyikin
mengangguk lemah.Langsung tidak boleh berkompromi.Sebelum ni daddy banyak
mendiamkan diri tapi sekarang suka memaksanya.Mesti sebab mummy.Dato’Rahman
mengenyitkan matanya pada Datin Nora.Datin Nora tersenyum lebar.Asyikin bangun
ingin naik ke atas tetapi dihalang Dato’Rahman.
“Daddy
nak semua kad kredit Syikin.Bak sini balik.Semua tu hak daddy,” kata Dato’Rahman
dan menghulurkan tangannya.
Asyikin
memeluk erat beg tangannya tidak mahu memberi kepada Dato’Rahman.Dato’Rahman
menjegilkan matanya.Akhirnya Asyikin mengalah.Diberinya satu persatu kad
kreditnya kepada Dato’Rahman.Tiba pada kad kredit yang terakhir Asyikin berat
hati ingin memberinya.Asyikin dan Dato’Rahman bermain-main tarik kad kredit
tersebut sebelum Asyikin melepaskannya.Dato’Rahman tersenyum lalu kesemua kad
kredit Asyikin dimasukkan ke dalam kocek baju melayunya.Asyikin berlari naik ke
tingkat atas dengan wajah yang masam.
“Bang,
tak apa ke kita buat macam ni? tanya Datin Nora kepada suaminya.
Dato’Rahman
menguntumkan senyuman.Dia duduk disebelah isterinya.
“Tak
apa.Dia anak kita.Kita tahu dia macam mana.Abang yakin dia boleh
berdikari.Lagipun kita buat semua ni demi kebaikan dia juga.”
“Tapi
saya risaulah bang.Syikin tu dari kecil manja mana pernah berdikari.Dapat ke
dia cari kerja? Macam mana kalau ada orang buli dia.Dia satu-satunya anak
perempuan saya tau, bang.Saya tak nak terjadi apa-apa dekat dia,” ujar Datin
Nora panjang lebar.Dato’Rahman mengusap bahu isterinya.
“Tiada
apa yang perlu dirisaukan.Syikin tu nampak je manja tapi dia bukannya jenis
yang senang dibuli.Dia kuat.Dia takkan pernah benarkan ada orang buli
dia.InsyaAllah dia takkan apa-apa dan dapat kerja.Kita doakan yang terbaik
untuk dia.”
Datin
Nora mengangguk.Kata-kata dari suaminya itu sedikit sebanyak melegakan
perasaannya yang gundah-gulana.
Asyikin merebahkan diri ke atas katil.Apa yang dia
nak buat? Ada ke orang nak ambil dia bekerja? Kad kredit pun dah kena
tarik.Kalau dia tidak mendapatkan kerja dalam masa seminggu satu sen harta dia
takkan dapat.Maknanya abangnya akan dapat kesemua harta tu? Tak boleh.Dia
takkan benarkan abangnya membolot kesemua harta itu.Dia takkan sesekali memberi
peluang kepada abangnya merampas apa yang sepatutnya yang menjadi haknya.Kalau
perlu dia belasah abangnya demi untuk mendapatkan harta dia sanggup! Asyikin
melampaulah tu!
Asyikin
terkejut tahap beruk apabila pintu biliknya dibuka secara mengejut oleh
abangnya.Rafique juga kelihatan terkejut melihat Asyikin sudah berada di dalam
bilik.Rafique tersenyum manakala Asyikin mencebik.Baru fikirkan dia, dia sudah
muncul.Rafique mengerutkan kening.Mengapa dengan adiknya yang tersayang
ini.Rafique duduk di atas sofa di dalam bilik Asyikin.
“Kau
nak apa?” Asyikin bertanya dengan kasar.Dia memang sudah biasa memanggil kau
aku dengan abangnya sejak dari kecil lagi.Rafique juga begitu.
“Aku
nak kau senyum.Yang muka masam macam baru lepas kehilangan suami ni kenapa?
Orang balik dari shopping happy-happy.Bukannya masam macam ni.Bila kau balik?”
“Kau
tak payah nak buat baik dengan aku.Kau dah khianat aku kau nak pura-pura baik
pula.Dah lama dah aku balik.Kau bukannya sedar.Aku bukan kehilangan suami tapi kehilangan
harta! Kau faham tak.”
Rafique
bertambah bingung.Tidak faham apa yang dimaksudkan Asyikin.Dia buat apa?
Asyikin yang melihat abangnya yang blur geram.Asyikin bangun dan duduk
disebelah Rafique.Ditariknya telinga Rafique dekat dengannya.Asyikin mula
bercerita dari A sampai Z.Tanpa meninggalkan satu pun.Kepala Rafique terangguk
kemudian menggeleng.Rafique menggaru dagunya.Jadi sebab itu.Rafique memaut bahu
Asyikin.
“Syikin
dengar sini.Aku tak pedulilah dengan harta tu.Aku tak sangka daddy buat macam
tu.Bukan selama ni daddy dengan mummy manjakan kau? Tapi ni untuk kebaikan
kau.Bagus juga.”
Asyikin
menampar lengan Rafique.Bukan nak sokong dia tapi sokong mummy dengan daddy
pula.Rafique tersengih panjang.
“What
ever! Kebaikan konon.Betul ni kau tak peduli harta tu semua.Bahagian kau, kau
bagi aku boleh?”
Rafique
mengetap gigi.Dari tadi harta harta yang disebutnya.Ditunjalnya dahi Asyikin.
“Boleh.Boleh blah! Jangan mimpi aku nak bagi.”
“Aku
dah agak dah.Tak peduli konon.Hah kau nak apa datang bilik aku?”
“Lupa
pula tujuan asal aku.Boleh tak aku nak pinjam novel kau? Nak yang baru-baru.Kau
ada banyakkan,” kata Rafique.Asyikin mengangguk dan lantas bangun.Dia membuka
almari yang menyimpan pelbagai jenis novel.Rafique mengulum senyuman melihat
novel Asyikin yang banyak tersusun di dalam almari.Asyikin memang hantu novel!
Dari kecil sudah dikumpulnya.Pelbagai genre ada.Seram pun ada!
Asyikin
yang ralit mencari novel yang best-best untuk Rafique terhenti.Dia berpaling ke
belakang.
“Sejak
bila kau pandai baca novel ni? Bukan kau tak suka ke? Siapa yang nak pinjam ni
sebenarnya?” tanya Asyikin bertubi-tubi.
Rafique
tersenyum.Langsung tidak menjawab pertanyaan adiknya.Asyikin mencebik.Rafique
sungguh perahsia orangnya.Tak pernah nak bercerita pasal girlfriendnya dengan
dia.Asyikin memberi novel Isteri Separuh Masa karya Suri Ryana dan Suamiku
Vampire oleh Ria Natsumi kepada Rafique.
“Cakaplah
untuk siapa?” tanya Asyikin lagi.Rafique menggeleng.Masih tidak mahu
memberitahu.Kepala Asyikin diusap sebelum keluar.
Asyikin
mendengus geram.Agaknya perempuan manalah yang berjaya mencuri hati
abangnya.Nak juga dia jumpa bakal kakak iparnya tapi Rafique tidak pernah mahu
kenalkan.Fikir pasal ni sampai esok pagi pun takkan selesai.Asyikin mengunci
jam sebelum tidur.Dia harus bangun awal pagi esok untuk mencari kerja.
Asyikin mengeluh di dalam kereta.Hari ini adalah
hari terakhir tempoh yang diberi daddynya.Ini sudah masuk kali ke-12 dia pergi
temu duga dan meminta kerja.Tapi dia tidak diterima.Alasannya kerana dia tiada
pengalaman bekerja.Nonsense! Lagi menyakitkan hati ada satu syarikat ni
bukannya besar mana tapi sombong kemain.Diikutkan hati mahu aje dia cakap dia
anak Dato’Rahman pemilik syarikat I&U Holdings.Syarikat yang besar lagi
gah! Tetapi bila teringat balik apa yang dikata daddy nya dia tidak jadi
beritahu.Takut tidak dapat harta!
Asyikin
menghantar pesanan ringkas kepada Rafique.Bertanya di syarikat mana lagi dia
boleh mencuba nasib.Telefon bimbit Asyikin bergetar menandakan ada mesej
masuk.Cepat-cepat Asyikin membaca mesej yang dibalas Rafique.Mewah Holdings? Syarikat
yang lagi besar daripada syarikat daddynya? Mahu ke Mewah Holdings menerima
dirinya ini? Tak salah mencuba.Asyikin memandu keretanya menuju ke Mewah
Holdings.
Asyikin
memberhentikan keretanya.Gila besar syarikat ni! Asyikin memandang wajahnya
pada cermin pandang belakang.Dia cepat-cepat keluar dari keretanya.Dia
membetulkan kemejanya terlebih dahulu.Dia memakai kemeja berwarna merah dan
seluar slack berwarna hitam.Cukup elegan! Pakaian yang sesuai untuk berkerja di
pejabat.
Asyikin
berjalan dengan penuh keyakinan.Dia terbaca kertas yang ditampal pada
dinding.Mencari pengawal keselamatan wanita? Ada ke? Waktu kerja pukul 7.00
pagi sehingga pukul pukul 6.00 petang.Gaji seribu lima ratus.Okey juga.Baik aku
try kerja ni.Belum tentu aku dapat kerja sebagai setiausaha dekat sini.Daddy
cakap kerja apa-apa pun tak kisah asalkan halal.Asyikin menolak pintu kaca dan
melangkah masuk ke dalam.Di lobi syarikat Asyikin menghampiri dua orang pekerja
wanita yang bekerja sebagai penyambut tetamu.
“Ya
Cik nak jumpa siapa?” tanya seorang gadis dengan mesra.Asyikin memandang name
tag gadis itu Tia dan disebelahnya Emy.
“Emm
saya dengar dekat sini nak cari pengawal keselamatan wanita kan? Boleh saya
memohon kerja itu?”
Kedua-dua
gadis itu saling pandang antara satu sama lain sebelum memandang Asyikin
kembali.Seolah-olah tidak percaya Asyikin ingin memhon kerja sebagai pengawal keselamatan.
“Betul
ke Cik? Cik pasti? Bukan nak minta sebagai pengurus projek atau setiausaha?”
Emy pula bersuara.Asyikin tersenyum.Mesti mereka berdua ini pelik.Mana tak
pelik minta kerja sebagai pengawal keselamatan tetapi berpakaian nak pergi
kerja di pejabat.
“Yakin!
100%!”
Tia
dan Emy mengangguk sebelum memanggil seorang pengawal keselamatan lelaki dalam
lingkungan 40-an.Tia berbisik kepada lelaki itu sebelum memandang Asyikin
kembali.
“Cik
sila ikut Pak Bahar berjumpa dengan Puan Mon.Puan Mon adalah orang yang
menguruskan semua ini dan ketua pengawal keselamatan wanita disini.
Asyikin
mengangguk dan tersenyum lalu mengikut Pak Bahar dari belakang.Dia memegang
tangannya.Terasa sejuk pula.Asyikin dan Pak Bahar berhenti di depan sebuah
bilik.Apa-apa pun dia kena dapatkan kerja ni!
“Semoga
berjaya ye.Tapi hati-hati dengan Puan Mon tu.Dia garang sikit.Harap Cik
bersabar,” ucap Pak cik Bahar sebelum meninggalkan Asyikin.
Asyikin
mengetuk pintu terlebih dahulu.Setelah disuruh masuk barulah Asyikin masuk ke
dalam.Kelihatan seorang wanita bertubuh gempal dengan rambut kembang kerinting
duduk di atas kerusi merenungnya.Asyikin meneguk liur.Menakutkan betul!
“Duduk.”
Arahnya.Asyikin pantas duduk berhadapan Puan Mon.
“Nak
apa?”
“Saya..saya
datang nak minta kerja sebagai pengawal keselamatan dekat sini,” jawab Asyikin
sedikit gagap pada mulanya kemudian barulah lancar dia berkata.Puan Mon galak
memerhati Asyikin dari atas sampai bawah.Dia kurang percaya akan kebolehan
Asyikin.
“Maaf
kerja itu tidak sesuai dengan Cik.Kami mencari pengawal keselamatan bukannya
model.”
Asyikin
menjeling.Dia geram dengan wanita di hadapannya ini.Aku tahulah kau nak cari
pengawal keselamatan bukannya model.Kau ingat aku bodoh sangat ke tak dapat
bezakan.Marah Asyikin di dalam hatinya.
“Puan
saya rasa saya cukup sesuai.Nilai orang berdasarkan kebolehan bukannya
berdasarkan penampilan.Puan ingat Puan hebat sangat nak nilai saya?”
Puan
Mon menghentakkan tangan di atas meja dengan kuat.Asyikin hampir terlompat
kerana terkejut.Puan Mon bangun.Asyikin juga ikut bangun.Wajah bengis Puan Mon
dipandang lama.Tanpa dijangka Puan Mon memeluk Asyikin dengan erat.Asyikin
kaget dan nafasnya terasa sesak.Asyikin sedaya upaya meleraikan pelukan.
“Awak
diterima bekerja.Awak adalah orang pertama yang berani melawan cakap saya.Saya
memerlukan orang berani macam awak,” ujar Puan Mon.Senyuman Puan Mon membuatkan
Asyikin kehilangan kata-kata.
Dia
masih terkejut.Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.Dia bersyukur
kerana di terima bekerja di sini sebagai pengawal keselamatan walaupun bukan
sebagai setiausaha.Dia akan buktikan kepada kedua-dua orang tuanya yang dia
juga boleh berjaya dan berdikari.
BAB 4
“Mummy!
Mummy! Mummy!” Teriak Asyikin sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.Dato’Rahman, Datin
Nora dan Rafique yang sedang menonton drama tersentak.
Asyikin
berjalan mendapatkan mereka semua.Asyikin tersenyum selebar-lebarnya.
“Syikin
dah dapat kerja!”
Melongo
mereka semua sebentar sebelum masing-masing memandang Asyikin dengan riak wajah
kurang percaya.Rafique menarik Asyikin supaya duduk di sebelahnya.
“Betul
ni?” tanya Rafique.Asyikin mengangguk laju.Dato’Rahman dan Datin Nora sudah
melonjak kegirangan.Tidak menyangka anak daranya yang pemalas itu sudah
mendapat kerja.
Asyikin
menguak rambutnya dan mendabik dada di hadapan mereka semua.Ini Dhia Asyikin
lah! Mestilah dapat.Rafique tersenyum.Alhamdulillah.Akhirnya berjaya juga
adiknya.Semoga adiknya berubah menjadi seorang yang lebih baik.Doa Rafique di
dalam hati.
“Dekat
syarikat mana?” Dato’Rahman menyoal.
“Mewah
Holdings!”
“Really?
Syarikat yang besar tu? Bagusnya anak daddy ni.Daddy tak sangka Syikin berjaya
dapat kerja.Sebagai setiausaha siapa?”
Datin
Nora dan Rafique juga seolah-olah tidak sabar ingin mendengar jawapan dari
mulut Asyikin.Sampai begitu sekali reaksi yang dipamerkan mereka.
“Tengoklah
siapa.Siapa kata Syikin kerja sebagai setiausaha dekat situ?”
Dato’Rahman,
Datin Nora dan Rafique saling berpandangan antara satu sama lain sebelum
pandangan mereka dihalakan kepada Asyikin semula.Jika bukan sebagai setiausaha
sebagai apa pula?
“Jeng
jeng jeng.Syikin kerja sebagai pengawal keselamatan wanita dekat situ! Macam
mana? Hebatkan?” kata Asyikin kembang kempis hidungnya bangga.
Mereka
bertiga ternganga seluas-luasnya.Apa pengawal keselamatan wanita?!
Dato’Rahman
mengurut tengkuknya.
Datin
Nora mengurut dada manakala Rafique memicit kepalanya.Asyikin pelik melihat
reaksi mereka tatkala menyebut pengawal keselamatan wanita.
“Kenapa
ni? Semua macam tak happy je? Tadi happy gila Syikin tengok,” ujar
Asyikin.Rafique meyekeh kuat kepala Asyikin.Asyikin mengaduh sakit.Disekehnya
pula kepala Rafique.
“Banyak-banyak
kerja kenapa pengawal keselamatan jugak yang kau pilih! Kau tu perempuan.Dah tu
manja pulak.Kau belajar tinggi-tinggi semata-mata nak kerja sebagai pengawal
keselamatan tu. Fiq rasa anak kesayangan mummy dengan daddy ni dah gila,” marah
Rafique.Dia bukan apa dia cuma risau akan keselamatan adiknya.
Asyikin
satu-satunya lah adik yang dia ada.Tiada yang lain.Dato’Rahman mengeluh.Asyikin
memang suka buat mereka semua terkejut.
“Betul
cakap Fiq tu Syikin.Sudahlah Syikin tak payah kerja dekat situ.Kerja dengan
daddy je,” Datin Nora menyampuk.Asyikin menggeleng laju.
“Tak
nak! Syikin nak juga kerja dekat situ.Bukan susah pun merayau-rayau sekitar
syarikat tu aje.Fiq, kau jangan nak masuk campur.Kau uruskan ajelah urusan
kau.Tak payah nak sibuk-sibuk.Daddy minggu lepas daddy cakap daddy tak kisah
Syikin kerja apa janji halal.Sekarang bila Syikin dapat kerja lain pulak
jadinya,” ujar Asyikin sambil menjeling Rafique sekilas.
Dato’Rahman
semakin pening.
“Memanglah
tapi Syikin sedar tak Syikin tu perempuan? Kerja dengan daddy ye,” pujuk
Dato’Rahman.Asyikin menghentakkan kakinya tidak puas hati.
“Tak
nak! Syikin nak kerja dekat situ juga.Syikin nak buktikan dekat semua orang
yang Syikin boleh berjaya.Pandai berdikari.”
“Syikin
tolong dengar cakap daddy ye sayang,” Datin Nora pula memujuk.
“Tak
nak.”
“Isyy
degilnya budak ni! Kau nak kerja sangat dekat situ kerjalah.Kalau jadi apa-apa
dekat kau jangan menyesal.Kalau kena rogol dekat situ baru tahu,” Rafique
bersuara.
“Rafique!
Jangan doakan adik kamu macam tu!” Keras suara Dato’Rahman.Asyikin menjelirkan
lidah.Rafique mencebik.
“Daddy,
mummy.Syikin kerja dekat situ dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang
je.Bukan kerja syif malam pun.Kalau malam lelaki.Bolehlah?” Giliran Asyikin
pula memujuk kedua-dua orang tuanya.
Dato’Rahman
dan Datin Nora mengeluh.Datin Nora mengangguk perlahan membenarkan.Asyikin
sudah tersenyum.Asyikin memandang pula Dato’Rahman.Dato’Rahman juga berbuat
perkara yang sama.Asyikin menepuk tangannya.Asyikin memeluk lengan Rafique
meminta persetujuannya.Rafique tersenyum kelat.
Yes!
Semua sudah setuju.Perkara yang satu ini sudah selesai.Tinggal perkara yang
lain pula.
“Daddy.Syikin
nak minta tolong boleh tak?”
“Hai
belum start kerja lagi dah minta tolong daddy,” sindir Rafique.
Asyikin
tidak mempedulikan sindiran Rafique. “Macam ni daddy.Boleh tak daddy carikan
kereta kancil second hand untuk Syikin.Nak yang buruk-buruk.Tak mau lawa-lawa.”
“Pasal
apa pulak? Kereta Syikin dekat luar tu rosak ke? Kenapa nak kereta Kancil
buruk-buruk pulak?” Datin Nora bertanya.
“Mana
ada rosaklah mummy.Cuma Syikin nak bawak kereta Kancil tu pergi kerja.Tak pelik
ke kalau Syikin pergi kerja bawak kereta BMW.Padahal kerja sebagai pengawal
keselamatan aje dekat situ.Karang diorang fikir Syikin ni kerja apa pulak.Syikin
nak guna lusa ni,” terang Asyikin.
Dato’Rahman
melurut-lurutkan dagunya ke bawah.Kepalanya diangguk berkali-kali.
“Okey.Daddy
akan carikan.InsyaAllah lusa ni kamu dapat kereta tu.”
Asyikin
mengukirkan senyuman.Semuanya sudah beres! Asyikin bangun.
“Syikin
naik atas dulu.Nak mandi.”
Asyikin
meninggalkan mereka semua.Rafique menghantar adiknya dengan pandangan
mata.Sejujurnya dia masih belum setuju adiknya ingin bekerja sebagai pengawal
keselamatan di situ.Tetapi disebabkan melihat kesungguhan Asyikin dia terpaksa
mengalah.
Dato’Rahman
berharap semoga dengan ini Asyikin berubah.Mungkin ada hikmah disebalik semua
ini.
Tersembur keluar air yang di minum Zur’ain apabila
Asyikin mengatakan dia akan bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat
yang agak besar.Tangan Zur’ain memegang dahi Asyikin.Tak panas pun.Asyikin menolak
kasar tangan Zur’ain.Tak percayalah tu.
“Kau
biar betul Syikin?”
“Betullah!
Siapa yang main-main.Kau tak nampak ke muka aku yang serius ni.”
Zur’ain
menggeleng kepala.Asyikin ni suka buat perkara yang bukan-bukan.Tiada kerja
lain ke?
“Wei
beb! Pengawal keselamatan tu untuk lelakilah.Kau tu perempuan.”
“Hello!
Tidak semestinya kerja yang macam ni untuk lelaki.Perempuan pun boleh.Perempuan
zaman sekarang macam-macam boleh buat.Tu ada polis wanita dan askar wanita.Okey
je.Kuno lah kau ni,” balas Asyikin.
Zur’ain
mengangguk perlahan. “A’ah.Betul juga kan.Tapi kenapa itu yang menjadi pilihan
kau? Kenapa tak kerja dengan daddy kau je?”
“Aku
nak berdikari.Dah itu satu-satunya pilihan yang aku ada.Aku terima ajelah.Wei
tu syarikat besar kut.Mesti ada bos yang handsome-handsome kan.Kau tahu tak
siapa bos dekat situ?” ujar Asyikin
menyimpang jauh daripada apa yang mereka bualkan tadi.
“Mestilah!
Kau kata Mewah Holdings kan.Aku ada dengar Tengku Abdullah ada dua orang anak
lelaki.Anak sulung CEO dan anak bongsu Pengarah Projek.Orang cakap kedua-duanya
handsome.Tengku Akmal dan Tengku Azwan.Tapi aku tak pastilah yang mana satu
anak sulung dan anak bongsu.”
Asyikin
tersengih-sengih.Semakin tidak sabar pula dia ingin memulakan kerjanya di
syarikat itu.Macam mana kalau salah seorang dari mereka jatuh cinta padanya?
Memang seronoklah!
“Siapa
yang lebih handsome dan yang lebih baik?” tanya Asyikin.
“Emm
aku tak pastilah.Rasa-rasanya Tengku Azwan kut.Orang ramai cakap Tengku Azwan
lebih handsome dan seribu kali lebih baik.Tegas dan berpendirian tetap.Tak
macam Tengku Akmal.Playboy dan suka main-main.Lagi satu aku ada dengar orang
cakap Tengku Akmal tu selalu bawa perempuan ke hotel.Aku tak tahulah diorang
buat apa dekat hotel tu tapi kalau masuk hotel berdua-duaan dengan perempuan
buat apa lagi.Takkanlah diorang memasak pulak dekat situ,” ujar Zur’ain dengan
panjang lebar.
Asyikin
tersentap.Isyy! Teruknya Tengku Akmal tu.Kalau macam tu perangainya baik aku
jauhkan diri daripada dia awal-awal.Bisik hati Asyikin.Dia berasa benci pula
orang yang bernama Tengku Akmal.
“Wei
aku rasa aku dah jatuh cinta pada Tengku Azwan lah.Aku pun tak tahu kenapa
dengan aku ni.Bila aku dengar je dia macam mana aku terus jatuh cinta.”
Zur’ain
menggaru kepala mendengar kata-kata Asyikin.Baru dengar cerita sudah jatuh
cinta.Asyikin masih lagi tersenyum.Tengku Azwan akan ku pahatkan namamu dalam
hatiku!
“Hah!
Macam mana dengan calon suami yang mama kau cari kan tu? Okey?”
Zur’ain
mengeluh.Okey apanya kalau rambut kerinting macam Alleycats! Bibir macam
Angelina Jolie.Tinggi macam Kwang Soo pelakon korea dan salah seorang ahli
dalam cerita hiburan Running Man.Dia tidak mahu bersuamikan lelaki seperti itu!
“Kepala
hotak kau okey! Nama pun pelik, Mamat Embong! Cehh citarasa mama aku tinggi
konon.Kalau citarasa mama aku tinggi takde maknanya dia carikan aku calon suami
yang pelik-pelik macam tu.Kalau macam Mario Maurer nak jugalah aku
terimanya.Tak pun macam mamat korea yang kita jumpa dekat mall hari tu,”
Zur’ain menjawab.Terbakar sungguh hatinya apabila melihat calon yang dipilih
mamanya.
Asyikin
mengekek ketawa.Lagi satu lupa nak bagitahu.Mama Zur’ain ni juga terkenal
dengan sikapnya yang suka benda dan orang yang pelik-pelik.Zur’ain menjeling
Asyikin yang masih ketawa.Tiada tanda mahu berhenti.
“La
mama kau sendiri takkan kau tak kenal.Terima ajelah beb! Kau tu pun dah
kertu.Kalau macam Mario Maurer aku pun nak jugak.Ciss tak habis-habis dengan
mamat korea tu.”
Zur’ain
menjegilkan mata.Sesuka hati aje Dhia Asyikin ni nak suruh dia terima si Alleycats+Angelina
Jolie+Kwang Soo!
“Sampai
bila-bila aku tak nak.Banyaklah kau punya kertu.Kau tu sebaya aje dengan
aku.Kau ingat kalau aku jumpa lelaki macam Mario Maurer tu sedap-sedap je aku
nak bagi kau? Memang taklah beb! Hari tu juga aku suruh dia masuk meminang
aku.Suka hatilah.Mamat korea ke mamat nepal ke itu hak aku.Kau kalau dah jumpa
mamat korea tu jangan mengada-ngada nak tackle.Dia milik aku,” bidas Zur’ain.
“Eleh.Aku
takkan tackle dialah.Not my taste.Tapi kalau dia suka aku dan nak kahwin dengan
aku macam mana,” duga Asyikin ingin melihat reaksi Zur’ain.
Zur’ain memandang Asyikin sebelum bibirnya
mengukirkan senyuman.Kemudian dia menunjukkan thumbs up.Asyikin mengerutkan
dahi.Tidak faham.
“Aku
tak kisah.Sebab mamat korea tu padan dengan kau.Ketinggian kau paras bahu mamat
korea tu aje.Mesti sweet bila kau dongak pandang muka mamat korea.Kau cantik, dia
handsome.Perghh memang pasangan yang
secocok gitu lorr.”
Asyikin
menjelirkan lidah.Dia sendiri tidak tahu rupa si mamat korea tu Zur’ain pergi
padan-padankan dia dengan lelaki yang dia tidak kenal.Jangan-jangan indah
khabar dari rupa.Sweet bila aku dongak pandang muka dia? Uwekk!
Zur’ain
menjelirkan lidah kembali.Kadang-kadang dia pelik juga dengan Asyikin.Tak suka
dengar dia bercerita pasal mamat korea itu.
“Habis
tu taste kau macam mana? Kau nak lelaki macam mana?” soal Zur’ain sambil bola
matanya galak memerhati segenap sudut di dalam restoran mewah itu.
Asyikin
menyengih. “Emm macam Nazim Othman.Pelakon yang mula meningkat naik tu.Muka dia
manis dipandang.Suaranya yang menggoda.Dan senyumannya amat menawan.”
“Itu
taste kau? Memanglah kau ni Dhia Asyikin.Lagi handsome mamat korea aku punya tu.Muka
sebijik macam pelakon korea yang berlakon dalam cerita Seducing Mr.Perfect tu,”
tingkah Zur’ain.Sesedap aje Zur’ain ni cakap mamat korea tu dia punya.
Asyikin
membuat mimik muka.Banding-bandingkan pula Nazim Othman dengan mamat korea
tu.Ini yang dia malas kalau nak bergaduh dengan Zur’ain.Semua Zur’ain nak
menang.
“Suka
hati akulah.Tak payah sibuk.Baik kau fikirkan pasal calon suami mama kau tu.”
Zur’ain
mengherotkan bibirnya ke tepi.Sengaja betul!
Zur’ain tersenyum kepada salah seorang pelanggan lelaki yang baru masuk
ke dalam restoran.Pelanggan lelaki itu pada mulanya terkejut dan kemudian
membalas senyumannya dengan teragak-agak.Zur’ain menilik lelaki itu dari atas
sampai bawah.Handsome dan smart! Pakaian yang dipakai jelas menunjukkan lelaki
itu kerja pejabat.
“Syikin
cuba kau tengok lelaki dekat belakang kau tu.Handsome gila weh,” kata Zur’ain
sambil menudingkan jari ke arah lelaki itu.
Asyikin
yang pada mulanya malas ingin melihat berpaling jua ke belakang apabila dipaksa
Zur’ain.Asyikin mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.Dia kenal
sungguh lelaki itu.Asyikin memandang Zur’ain semula.
“Memang
handsome wei.Tu abang aku! Tengoklah abang siapa.Abang aku pun kau nak tackle
ke,” perli Asyikin.
Zur’ain
memandang Rafique dan Asyikin bersilih ganti.Zur’ain menggaru kepala dan
tersenyum.Lupa pula lelaki itu adalah Rafique abang Asyikin.
“Tapi
apa abang kau buat dekat sini? Dan siapa perempuan tu? Gedik semacam je aku
tengok,” ucap Zur’ain.Cehh kata orang gedik semacam.Dia pun 2x5 aje.
Asyikin
berpaling semula ke belakang.Memang gedik perempuan tu.Tangan tak
berhenti-henti nak merayap memegang tangan abangnya.Abangnya juga seolah-olah
suka.Mesra betul! Perempuan ni ke girlfriend Rafique?
“Ain
kau dah habis makan kan.Jom kita pergi tegur abang aku,” kata Asyikin dan
bingkas bangun.Dia laju mengorak langkah ke arah Rafique.
Zur’ain
yang blur cepat-cepat mengejar Asyikin dari belakang.Asyikin berhenti betul di
tepi meja Rafique.Rafique yang terkejut dengan kehadiran Asyikin hampir sahaja
mahu melompat.Sejak dia masuk ke dalam restoran ini dia menjadi tidak sedap
hati apatah lagi terpandangkan Zur’ain.Jadi betullah tekaannya.Gadis di hadapan
Zur’ain tadi adalah Asyikin.Asykin membalas jelingan perempuan gedik di
hadapannya.Main jeling-jeling pula.Karang jadi juling baru tau, getus hati
Asyikin.
“Hai
Fiq! Buat apa dekat sini? Makan ke? Sampai hati tak ajak I makan sekali,” sapa
Asyikin dengan sengaja melunakkan suaranya.Gadis itu menjeling Rafique.
“Fiq!
Siapa perempuan gedik depan I ni? Apa hubungan you dengan dia?” marah gadis
itu.Mencerlung matanya memandang Asyikin.Seperti ingin makan Asyikin
hidup-hidup.
Rafique
meramas rambutnya.Pening-pening.Bagaimanalah dia boleh terserempak dengan
Asyikin di sini.Bukan dia tidak tahu adiknya tidak suka dia rapat dengan
perempuan seperti Nila.
“Ehem.Mungkin
ni adalah peluang you all berdua berkenalan.Honey, ni Asyikin adik I.Syikin ni
Nila girlfriend aku,” Rafique
memperkenalkan mereka.Seketika mata Rafique berhenti pada wajah Zur’ain.Cantik
juga Zur’ain ni.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Zur’ain.Zur’ain sedar
Rafique sedang merenungnya lalu dia menjelirkan lidah.Terkaku sebentar
Rafique.Rafique pantas menoleh ke arah Asyikin dan Nila.Kedua-duanya berwajah
tegang.
“Oh
adik you yang pemalas tu kan? Jadi ni orangnya.Muka memang sudah terang
tang-tang menunjukkan dia seorang yang pemalas,” selamba Nila berkata.Asyikin
mengepal penumbuknya.Perempuan di hadapannya ini memang nak makan penumbuk
sulungnya.
“Nila,
bukan di sini kalau you berdua nak bergaduh.You kenal I siapa kan? I tak nak
nanti jadi gosip benda ni.Syikin kau balik dulu.Nanti aku cerita dekat kau,”
ujar Rafique.Asyikin tersentap.Sampai hati Rafique menghalaunya pergi.Zur’ain
diam tidak mahu masuk campur.
“Pemalas?
Jadi kau cerita semuanya pasal aku dekat perempuan miang ni lah.Kau halau aku?
Okey fine! Kau lebih pilih perempuan ni daripada aku.Mulai hari ini, detik ini
dan saat ini aku bukan adik kau lagi.Go to hell lah korang berdua,” hambur
Asyikin dan menarik Zur’ain keluar.
Berlama-lamaan
di situ hanya bertambah menyakitkan hatinya.Rafique dan Nila tergamam.Rafique
mengeluh.Kejam sungguh Asyikin memarahinya.Rafique tidak mempedulikan Nila yang
menarik muka masam.Apa yang penting sekarang ini bagaimana dia ingin memujuk
adiknya.Asyikin jika merajuk memang susah nak pujuk.
“Nila.I
rasa hubungan kita tamat disini.I tak mahu kehilangan adik I disebabkan you.Dan
I dapat rasakan you tak sukakan adik I.I pergi dulu,” ujar Rafique sebelum
berlalu pergi.
Jeritan
Nila yang memanggil-manggil namanya dia buat tidak peduli.Dia laju keluar
daripada restoran.Percintaannya dengan Nila yang sudah terjalin hampir setahun
tanpa pengetahuan sesiapa berakhir di sini.
di mana saya nk beli novel nie??
ReplyDeleteCita ni best sgt...nk baca smbgkn dye..mana boleh dapat novel ni
ReplyDelete