Saturday, 17 August 2013

Encik CEO, I'm Yours! Bab 6

Asyikin duduk di wakaf sekitar syarikat.Sekarang adalah waktu makan tengah hari namun dia tiada selera untuk makan.Bukan tiada selera sebenarnya tetapi sengaja tidak mahu makan kerana mahu menunggu Tengku Azwan keluar daripada syarikat.Dia tahu setiap kali tiba waktu tengah hari Tengku Azwan mesti keluar makan di luar.Hari ini sudah masuk tiga hari dia bekerja di Mewah Holdings.Dalam masa tiga hari itulah dia curi-curi pandang Tengku Azwan.Paling dia suka pada Tengku Azwan adalah rambut Tengku Azwan yang panjang itu.Hehe.Nampak sangat cool di matanya.
      
 Dia berpura-pura membetulkan rambutnya yang disanggul apabila Tengku Azwan sudah keluar dari pejabat.Dia tertarik akan gaya jalan Tengku Azwan.Cara makan dan juga cara bercakap.Yang pasti apa yang Tengku Azwan lakukan nampak bergaya di matanya.Selama tiga hari dia bekerja di sini belum pernah sekali pun dia terserempak ataupun berjumpa dengan Tengku Akmal.Liya cakap Tengku Akmal outstation di Sabah.Berjumpa dengan client di Sabah untuk mengembangkan bisnesnya di sana.Sudah kaya nak kaya lagi.Bagilah peluang kepada syarikat lain pula.Dia hampir terlompat apabila Liya dan Kasih membaling batu ke arahnya.Siap melambai-lambaikan tangan memanggilnya.Asyikin tersenyum dan bangun mendekati mereka.
       
     “Nah! Aku bungkuskan nasi ayam untuk kau.Makanlah,” kata Kasih dan menghulurkan sebungkus nasi ayam kepadanya.Asyikin terkebil-kebil.
       
     Kasih yang melihat Asyikin diam tidak berkutik menarik tangan Asyikin menyuruh mengambil nasi ayam yang dihulurkannya.Asyikin mengambil jua.
         
   “Thanks Liya, Kasih.Sebenarnya aku tak lapar tapi sebab korang dah belikan untuk aku, aku akan makan.Tapi nasi je? Air takde?” ujar Asyikin dan mengusik mereka berdua.
        
    Liya dan Kasih ketawa mendengar usikan Asyikin.Liya menghulurkan sebotol air mineral yang disorokkan di belakang badannya kepada Asyikin.Lantas Asyikin menyambut.Mereka bertiga sudah akrab dan mesra apabila sering kali berbual bersama.
         
   “Syikin kau makan tau.Nanti perut masuk angin.Susah pula nak kerja kalau sakit.Aku dengan Kasih nak pergi jumpa Tuah kejap,” ujar Liya.Asyikin mengangguk.
         
   Dia melihat sebungkus nasi ayam dan sebotol air mineral di tangannya.Dia tersenyum.Alhamdulillah.Tak perlu beli.Sekarang ini dia perlu berjimat cermat.Mummy nya hanya beri dia duit sepuluh ringgit sehari.Mana cukup.Minyak kereta, nak makan dan nak beli topup lagi.Mummy nya selamba sahaja cakap tak payah nak topup-topup.Membazir duit.Ikut ajelah.Datin Nora bolehlah tidak perlu beli topup kerana ditaja sepenuhnya oleh Dato’ Rahman.Dia siapa mahu taja? Rafique? Hampehh!
        
    Asyikin berpusing ke belakang.Dia terkejut.Ada seorang lelaki yang datang dari arah lain hampir-hampir ingin melanggarnya.Nasib baik dia sempat mengelak.Kalau tak berlanggar terpeluklah lelaki itu gamaknya.Lelaki itu yang leka melihat skrin telefonnya juga tersentak.Serta-merta lelaki itu berhenti.Asyikin menggaru kepala.Kenapa muka lelaki ni macam korea lagi? Tak habis-habis dengan korea.Hari tu Zur’ain jumpa mamat korea.Tiga hari yang lepas dia jumpa Tengku Azwan sekarang lelaki korea lagi.
         
   Asyikin ke kiri ingin memberi laluan namun tanpa disangka lelaki itu juga ke kiri.Asyikin ke kanan lelaki itu juga ke kanan.Dia ke kiri semula.Lelaki itu juga sama.Asyikin mendengus marah.Nak main-main ke apa ni.Sekali lagi Asyikin ke kanan lelaki itu ke kanan juga.Asyikin menggigit bibir.
          
  “Kau nak main-main ke apa, hah?” Amuk Asyikin.Dia sudah tidak boleh bersabar.
          
  “Maaf.Saya tidak bermaksud ingin bermain-main dengan Cik.Saya ke kiri Cik juga ke kiri.Saya ke kanan Cik juga ke kanan.Mungkin Cik yang nak bermain-main dengan saya,” ujar lelaki itu dengan senyuman.Asyikin mencebik.Handsome lah pulak lelaki di hadapannya ini.
         
   “Bila masa pula aku nak bermain-main dengan kau? Menyemak je dekat sini.Datang sini nak buat apa?”
          
  Lelaki itu memandang Asyikin dan Mewah Holdings bersilih ganti sebelum berdehem.
          
  “Ada hal yang perlu saya uruskan dekat sini.Takkanlah nak jumpa Cik pula dekat sini,” lelaki itu memerli Asyikin.Asyikin mengetap gigi.
           
“Hal apa? Macamlah aku nak jumpa kau sangat.Kau ingat sewenang-wenangnya orang luar nak masuk Mewah Holdings ni sesuka hati.”
           
“Cik pekerja baru dekat sini ke? Tak pernah jumpa Cik pun sebelum ni?”
          
  “Ha’ah.Aku adalah pengawal keselamatan wanita yang baru dekat sini.Dah aku baru kerja dekat sini macam mana aku nak jumpa kau.”
          
  Lelaki itu tertawa kecil mendengar kata-kata yang keluar dari mulut comel Asyikin itu.Asyikin naik geram dengan lelaki di hadapannya.
           
“Patutlah.Saya nak uruskan kerja saya yang banyak bertimbun di pejabat tu.Dan petang ni saya ada meeting.Banyak kerja yang saya perlu uruskan,” terang lelaki itu.
          
  “Kau kerja sini? Banyak kerja bertimbun? Bukan CEO ke yang paling banyak kerja bertimbun dekat pejabat? Apa jawatan kau dalam Mewah Holdings?” Bertubi-tubi Asyikin menyoal.
          
  “Yup! Saya kerja dekat sini.Memang CEO yang paling banyak kerja yang perlu diuruskan.Jawatan saya dalam syarikat ni? CEO.Selamat berkenalan.Saya Tengku Akmal.Bos awak selain Tengku Azwan.”
          
  Asyikin tercengang.Lelaki di hadapannya ini Tengku Ak..Tengku Akmal?! CEO Mewah Holdings? Abang Tengku Azwan? Lelaki yang dikatakan playboy dan sering mengangkut perempuan ke hotel? Patutlah ramai perempuan yang tersangkut.Handsome seperti artis!
          
  Asyikin menggelabah apabila terkenangkan kata-katanya sebentar tadi.Tengku Akmal yang memerhati reaksi Asyikin tersenyum.Aku ni menakutkan sangat ke? Tanya Tengku Akmal pada diri sendiri.
          
  “Ma..ma..maafkan saya Encik Tengku Akmal.Saya tahu saya ni biadap.Tapi tolonglah jangan pecat saya.Kalau tak macam mana saya nak cari rezeki.Mak saya sedang sakit tenat di hospital,” rayu Asyikin.Dia sudah melutut di hadapan Tengku Akmal dan memegang kedua-dua belah kaki Tengku Akmal.Tengku Akmal kaget.Dia bertambah buntu apabila Asyikin mengalirkan air mata.
        
    “Eh jangan macam ni.Buat malu saja.Saya takkan pecat awak.Saya ni bukannya kejam sangat.Pasal tadi saya tidak ambil hati pun.Saya tahu awak tak kenal saya,” ujar Tengku Akmal dan cuba membangunkan Asyikin.
         
   Asyikin bangun.Dikesat air matanya.Dia memandang raut wajah Tengku Akmal.Tengku Akmal menghulurkannya sehelai sapu tangan.Asyikin menyambut.Tengku Akmal menggeleng kepala.Sungguh gelabah gadis di hadapannya ini.
          
  “Terima kasih Encik Tengku Akmal.Saya berhutang budi dengan Encik Tengku Akmal,” kata Asyikin sambil menundukkan wajahnya.
        
    Diikutkan hatinya mahu sahaja dia menonong pergi.Disebabkan dia tidak boleh kehilangan kerja ini terpaksa lah dia menghadap muka bosnya yang satu ini.Menyampah+meluat melihat wajah Tengku Akmal.Dia terbayang-bayang pula bagaimana Tengku Akmal membawa perempuan-perempuan disekeliling pinggang pergi ke hotel.Risau pula duduk berdekatan dengan lelaki playboy ini.
        
    “Sama-sama.Awak tu yang lebih-lebih.Takkan disebabkan benda ni saya nak pecat awak.Emm tak payah Encik Tengku Akmal sangatlah.Lain macam pula saya dengar.Panggil aje Encik Akmal.Semua orang disini panggil saya macam tu.Sudah beberapa hari kerja di sini?” Ujar Tengku Akmal ramah.Namun dia tidak sedar keramahannya mengundang rasa meluat di dalam hati Asyikin.
          
  “Termasuk hari ini sudah tiga hari Encik Akmal.”
          
  Tengku Akmal mengangguk.Mesti gadis di hadapannya ini diambil bekerja semasa dia berada di Sabah.Tak sangka gadis di hadapannya ini mahu bekerja di syarikatnya sebagai pengawal keselamatan.Tetapi cantik pula dia melihat baju pengawal keselamatan yang tersarung pada badan Asyikin.Mungkin kerana orangnya cantik.Macam pernah pula dia melihat gadis di hadapannya ini.Tapi di mana ya?
        
    Asyikin memandang Tengku Akmal yang galak merenung tubuh badannya.Sudah mula dah lelaki playboy ni.Aku cungkil mata kau baru tahu! Asyikin berdehem berkali-kali.Tengku Akmal memandang wajah Asyikin yang bengang.
         
   “Nama siapa?” soal Tengku Akmal.Dia tahu gadis di depannya ini tidak suka direnung olehnya.Dia pun satu buat apalah pergi renung anak dara orang.Jaga mata ni.Ni tak nak buat dosa aje.
          
  “Asyikin,” malas Asyikin menjawab.Tengku Akmal mengangguk dan tersenyum.
          
  “Sedap nama Syikin.”
          
  “Terima kasih.” Asyikin mengucapkan terima kasih.Matanya sengaja berpura-pura memandang ke arah lain.Ingin memberi isyarat supaya Tengku Akmal tahu dia tidak ingin bersembang lama-lama dengannya.
        
    “Tadi Syikin cakap mak Syikin sakit tenat? Betul ke?”
         
   Asyikin tidak tentu arah.Lambat-lambat Asyikin mengangguk.Nak jadi apa-apa jadilah.Mak sakit? Pandai betul kau menipu Asyikin.Padahal mummy nya sihat walafiat sahaja.Mesti mummy nya sekarang ini sedang bersembang dengan Datin Datin ataupun Puan Sri di persatuan yang mummy nya aktif.Tengku Akmal melambai-lambaikan tangannya di hadapan Asyikin.Asyikin tersedar dan tersengih.Dia tiada sepatutnya berangan di hadapan Tengku Akmal.Mana tahu kalau Tengku Akmal mengambil kesempatan ke atas dirinya.
          
  “Kesiannya mak awak.Saya doakan supaya mak awak cepat sembuh dan cepat sihat.”
         
   Asyikin mengangguk.Asyikin mengerutkan kening apabila Tengku Akmal mencari sesuatu di dalam kocek kot yang dipakai.Tengku Akmal mengeluarkan dompetnya.Dia menarik keluar duitnya dan memberi kepada Asyikin.Asyikin tidak faham untuk apa Tengku Akmal memberinya duit.
        
    “Ambillah.Duit ni untuk awak dengan mak awak.Bolehlah awak gunakan duit ni untuk perbelanjaan harian awak ataupun untuk membeli ubat mak awak,” ujar Tengku Akmal.
         
   “Tidak apalah Encik Akmal.Saya ada duit lagi.Tak perlu susah-susah.Banyak duit tu,” Asyikin menolak.
           
“Tidak banyak pun.Seribu aje.Saya ikhlas.Mungkin dengan duit tidak seberapa ini boleh meringankan beban awak.” Seribu aje? Arghh gilalah lelaki ini! Sewenang-wenangnya mahu memberi duit sebanyak seribu kepada orang yang tidak dikenali.
        
    “Encik Akmal tidak apa.Saya ada duit lagi.Saya tahu Encik Akmal ikhlas tapi saya tidak memerlukan bantuan daripada Encik Akmal,” kata Asyikin.Dia menahan geram.Lelaki ini memang tidak faham bahasa!
          
  “Ambil.” Tengku Akmal pantas menarik tangan Asyikin dan meletakkan duit sebanyak seribu di atas telapak tangan Asyikin.Tengku Akmal tersenyum dan berjalan masuk ke dalam Mewah Holdings.
          
  Asyikin masih lagi kaku.Duit di tangan dipandang lama sebelum berpaling ke belakang ingin memanggil Tengku Akmal tetapi Tengku Akmal sudah menghilang.Asyikin mengeluh.Dia tidak faham kenapa dengan lelaki itu sebenarnya.Betul-betul baik hati ataupun sengaja berlakon baik menginginkan perhatian orang ramai akan kebaikan yang dibuat.
        
    Dia nak buat apa dengan duit ini? Dia sudah menipu Tengku Akmal.Takkanlah dia mahu menggunakan duit ini pula.Tidak berkat.Duit ini haruslah dipulangkan dengan segera!



Asyikin menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia menunggu lif yang dikhaskan untuk pekerja dengan sabar.Apabila pintu lif terbuka dia terus memboloskan diri ke dalam.Dia menekan nombor 29.Untuk ke tingkat 29.Tingkat yang terakhir dan tingkat yang menempatkan pejabat untuk bos.Ting! Pintu lif sudah terbuka.Asyikin berdebar keluar daripada lif.Buat kali pertama dia jejakkan kaki di tingkat ini setelah tiga hari bekerja.Dia meliarkan pandangan ke sekeliling.Sungguh luas tingkat ini.Asyikin bingung.Yang mana satu bilik Tengku Akmal?
         
   Mungkin bilik yang di hujung sekali.Asyikin menghayunkan langkah ke arah seorang perempuan yang sedang duduk bekerja menyiapkan tugasan.Setiausaha barangkali.Setiausaha siapa dia tidak pasti.
          
  “Maaf Cik.Yang mana satu bilik Encik Akmal? Boleh saya berjumpa dengan dia?”
          
  “Tak payah Cik Cik dengan saya.Panggil aje Zara.Yang hujung sekali.Saya setiausaha Encik Akmal.Cik ada membuat temu janji? Tengok dari pakaian Cik, Cik kerja di sini ye.”
            
Asyikin tersenyum.Ramah-ramah orang dalam Mewah Holdings ni nampaknya.
          
  “Zara pun tidak perlulah panggil saya Cik.Panggil saya Syikin je.Yup, saya kerja dekat sini.Emm tidak.Kenapa tidak boleh ke?”
          
  “Oh.Eh boleh tapi sekarang Encik Akmal ada tetamu.Syikin duduklah dulu dekat sofa tu.Nanti saya inform dekat Encik Akmal,” ujar Zara.
           
Asyikin mengangguk dan duduk di atas sofa yang tersedia.Asyikin memeluk tubuh kerana terasa sejuk.Cantik dan bersih tempat ni.Asyikin memandang satu persatu bilik yang ada di situ.Agaknya yang mana satu bilik Tengku Azwan.Dia ingin melihat bagaimana bilik Tengku Azwan dihias.

Asyikin menoleh ke arah bilik Tengku Akmal yang terbuka.Seorang perempuan yang agak seksi baru keluar dari bilik Tengku Akmal.Asyikin menggeleng lemah.Dekat pejabat pun nak berasmaradana.Dasar lelaki gatal.Asyikin tersenyum pada Zara yang menunjuk bilik Tengku Akmal.
          
  Dia mengetuk pintu bilik Tengku Akmal.Apabila diarah masuk barulah dia masuk.Asyikin menjeling Tengku Akmal yang sedang membetulkan tali lehernya.Eee.Nak betul-betulkan tali leher konon.Dia tersenyum kelat apabila Tengku Akmal sudah tersenyum lebar melihat dirinya.
          
  “Duduklah Syikin.” Pelawa Tengku Akmal.Asyikin duduk lambat-lambat di hadapan Tengku Akmal.
           
“Ada apa nak jumpa saya? Terkejut juga saya bila Zara beritahu saya yang awak nak jumpa saya.”
         
   Asyikin menarik nafas.Dia mengeluarkan duit yang diberi Tengku Akmal tengah hari tadi daripada poket seluarnya.Dia meletakkan duit sebanyak seribu itu di atas meja.Ditolaknya ke depan.
          
  Tengku Akmal memandang Asyikin meminta penjelasan.Dia pelik dengan sikap Asyikin.
          
  “Kenapa? Duit ni tak cukup ke? Saya boleh tambahkan lagi jumlahnya.”
          
  “Eh tak.Lebih dari cukup.Tapi seperti yang saya katakan tadi saya tak perlukan bantuan daripada Encik Akmal.Saya ada duit.Saya tidak mahu berhutang dengan Encik Akmal.”
          
  Tengku Akmal menyandarkan badan ke belakang.Dia tidak faham dengan sikap Asyikin.Asyikin berkira-kira ingin bangun tetapi tidak jadi.
           
“Saya cuma nak tolong.Salah ke? Awak pekerja saya.”
          
  “Masalahnya saya tak nak terhutang budi dengan Encik Akmal.Saya tidak suka kalau orang tahu Encik Akmal bantu saya dan membuatkan orang berfikir macam-macam,” ujar Asyikin dengan geram.Kenapalah dia ni susah sangat nak faham? Dia tidak memerlukan bantuan daripada lelaki gatal macam Tengku Akmal.
           
Tengku Akmal tergelak.Kelakar dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Asyikin.Itu pula yang ingin dirisaukannya.Macam-macamlah perempuan yang bernama Asyikin ini.
          
  “Diorang takkan fikir-fikir yang bukan-bukan.Bukannya saya bagi duit tu dekat awak untuk buat perkara tidak elok.Saya nak bantu pekerja saya sahaja.Macam saya bantu pekerja saya yang lain.Terimalah,” Tengku Akmal memujuk.
           
“Saya tidak akan terima.Terima kasihlah Encik Akmal sebab sudi nak bantu perempuan macam saya ni.Terima kasih kerana meluangkan masa berjumpa dengan saya.Maafkan saya kerana mengambil masa Encik Akmal yang berharga.Saya keluar dulu,” kata Asyikin dan pantas keluar.
          
  Tiada guna bercakap banyak-banyak dengan Tengku Akmal.Dia tahu Tengku Akmal akan memujuknya sehingga dia tidak boleh berkata apa-apa.Tengku Akmal menopang dagu di atas meja.Nak tolong pun salah ke? Bila orang nak membantu mula berfikir yang bukan-bukan.Jika tidak membantu dikatanya pula CEO Mewah Holdings tidak berhati perut dan tidak prihatin terhadap pekerjanya.

          
  Asyikin terserempak dengan Tengku Azwan di luar.Masing-masing terpana.Tengku Azwan tersenyum sebelum masuk ke dalam biliknya.Oh yang itulah bilik dia.Asyikin melompat kegirangan kerana Tengku Azwan tersenyum padanya.Asyikin melihat sekeliling.Mujur tiada sesiapa nampak.Kalau tidak buat malu sahaja. 

5 comments: