Saturday, 17 August 2013

Encik CEO, I'm Yours! Bab 1

              
 Datin Nora yang sedang duduk di ruang tamu sering kali memandang ke tingkat atas.Kemudian kedengaran Datin Nora mengeluh perlahan.Apalah yang nak jadi pada anak daranya itu.Matahari sudah terpacak tinggi tetapi masih tidak bangun-bangun lagi.Umur sudah 26 tahun tetapi masih tidak matang.Bersikap kebudak-budakkan.Bersikap kebudak-budakkan itu satu hal.Satu hal lagi anak daranya itu pemalas! Sehingga sekarang masih duduk di rumah goyang kaki.Bukannya tidak ada diploma malah lebih dari tu.Puas suaminya memujuk anaknya supaya bekerja tetapi tidak diendahkannya.
            
Datin Nora menapak naik ke tingkat atas.Selagi tidak disuruh bangun selagi itulah anaknya yang seorang itu berlingkar di atas katil.Datin Nora mengetuk pintu bilik berkali-kali namun tiada sesiapa menyahut.Datin Nora memulas tombol pintu.Terbuka.Nasib baik tidak berkunci.Datin Nora menggeleng melihat anaknya yang masih lena dibuai mimpi disiang hari.
         
   “Syikin! Bangunlah.Dah pagi ni.Takkan kamu nak tidur lagi.Burung pun sudah keluar mencari makanan,” Datin Nora cuba mengejutkan Asyikin dengan mengoncang-goncangkan badan Asyikin.Asyikin mendengus kasar kerana tidurnya diganggu.
         
   Asyikin menarik comforternya sehingga menutupi kepalanya.Nak tidur pun tak senang ganggu aje.Sudahlah mengantuk.Datin Nora menarik comforter yang menyelubungi diri Asyikin sebelum mencampak jauh comforter tersebut.Asyikin menutup mukanya dengan bantal pula.
          
  “Bangunlah! Cuba Syikin tengok jam sudah pukul berapa.Pukul 10.45 minit pagi.Syikin nak tidur sampai tengah hari ke? Cepat pergi mandi lepas tu turun sarapan.”
          
  Asyikin mencampak kasar bantalnya sebelum merenung Datin Nora. “Mummy.Syikin mengantuklah.Syikin tidur lambat malam tadi.”
           
Datin Nora yang sudah lenguh berdiri itu duduk di birai katil.Wajah cantik Asyikin dipandang lama.Wajah anaknya saling tidak tumpah seperti dirinya.Dengan hidung yang mancung, mata yang bulat dan bersinar dan bibir merah merekah semuanya mengikut dirinya.Cuma dirinya tidak seputih seperti Asyikin.Kulit Asyikin yang putih mengikut suaminya yang putih melepak.Cuma yang dia tidak faham mengapa anaknya masih belum berpunya.Nak kata tak pandai, pandai.Kaya pula tu.Tetapi setakat ini apabila ditanya sudah ada boyfriend ke belum dikatanya masih single and available.Dia pula yang risau kalau anaknya sudah berumur 30 tahun tidak berkahwin lagi.Dia tidak mahu Asyikin menjadi anak dara tua!
         
   “Itulah.Selalu balik lambat.Pergi mana? Clubbing?” Datin Nora membuat serkap jarang.Asyikin menggeleng laju.Apa pula pergi clubbing ni? Tak pernah sekalipun aku jejak kaki dekat tempat macam tu.Bisik hati Asyikin.
         
   “Mana adalah mummy.Syikin ni nampak je gila-gila tapi tak sukalah tempat macam tu.Eee.Syikin pergi lepak rumah Ain je.Tak sedar pula sudah lewat malam,” jelas Asyikin sambil bangun.Memang betul dia lepak di rumah Zur’ain kawannya.Bukan buat benda tidak senonoh pun.Asyikin mencapai kain tuala ingin mandi.
          
  “Sampai bila Asyikin nak macam ni? Syikin dah lama tamat belajar tapi tak nak kerja.Syikin kena kerja.Kerja dekat syarikat papa.Jadi setiausaha Rafique buat sementara pun okey,” ujar Datin Nora.Asyikin tidak jadi melangkah ke bilik air.Disangkutnya kain tuala di lehernya.
        
    Sudah mulalah dah.Ni yang malas ni.Pagi-pagi dah dengar pasal kerja.Kerja, kerja tiada benda lain ke.Nasib baik dia ada abang.Kalau takde dah lama dia dipaksa menguruskan syarikat.Dia teringat pula pada abangnya Danish Rafique yang terpaksa belajar selok belok syarikat.Dia tahu abangnya tidak berminat.Tapi nak buat macam mana.Anak sulunglah katakan! Daddy nya  sentiasa memerhati gerak-geri abangnya.
          
  “Syikin dengar tak apa mummy cakap ni,” Datin Nora menegur Asyikin yang sudah jauh mengelamun.Suara Datin Nora mengembalikan Asyikin ke alam nyata.
           
“Dengarlah mummy.Mummy, biarlah Syikin macam ni.Syikin suka.Lagipun daddy dengan mummy kan kaya.Nak buat apa Syikin kerja lagi.Dahlah mummy.Kalau cakap pasal benda ni sampai esok pun belum tentu selesai.Syikin nak mandi lepastu nak keluar dengan Ain,” balas Asyikin sebelum masuk ke dalam bilik air.
         
   Datin Nora mencebik.Itulah Dhia Asyikin anak daranya.Suka menjawab.Tak nak langsung dengar cakap orang tua.Berbeza dengan anak sulungnya.Sentiasa mendengar kata.Dia beruntung Rafique tidak mengikut perangai Asyikin.Kalau dua-dua perangai sama mahu dia setiap hari dikejarkan ke hospital.
           
Di dalam bilik air Asyikin merungut bersendirian.Dia masih tidak berpuas hati apabila Datin Nora mula membangkitkan isu kerja.
          
  “Penting sangat ke kerja tu.Tak payah kerja lagi best.Macam ni.Kita enjoy!” teriak Asyikin dari dalam bilik air sambil mengangkat tangan kirinya.
            
“Syikin! Apa yang kamu terjerit-jerit dekat dalam tu.Banyaklah kamu punya enjoy!” jeritan Datin Nora kedengaran.Asyikin menekup mulutnya.
         
   Errk kuat sangat ke aku cakap? Ingatkan mummy dah keluar rupanya masih ada dalam bilik.Inilah mummy ku Datin Nora.


Mata Asyikin melilau mencari kelibat sahabatnya.Siapa lagi kalau bukan Zur’ain.Budak ni memang nak kena dia yang berjanji dia pula yang lambat.Kalau aku tahu dia lambat macam ni baik aku duduk dekat rumah je tengok tv lagi syok.Asyikin membetulkan kedudukan sepit rambutnya.Asyikin tersenyum lebar melihat Zur’ain yang datang menghampirinya.
          
  “Sorry beb.Aku lambat sikit,” ucap Zur’ain.Asyikin mengangguk.Zur’ain menarik nafas lega.Dia ingatkan Asyikin ingin memarahinya kerana datang lambat.
          
  “Wei duduklah.Yang kau nak berdiri dekat sini buat apa.Aku dah orderkan air untuk kau,” kata Asyikin.Zur’ain cepat-cepat menarik kerusi di depan Asyikin dan duduk.
          
  Asyikin tertawa kecil.Sahabatnya itu dari dulu lagi mesti menggelabah semacam.Tak menggelabah tak sah.Nak kata blur pun ada.Aku ni menakutkan sangat ke.Zur’ain adalah kawannya dari dunia sehingga ke akhirat.Dia sudah berkawan dengan Zur’ain sejak dari tingkatan satu sehingga sekarang.Hanya Zur’ain sahaja yang tahan dengan sikapnya yang agak sensitif dan bermulut laser.Lagi satu mereka sekepala.2x5 sahaja.Dia dan Zur’ain masing-masing tidak bekerja dan sering menghabiskan duit mak bapak bak kata abangnya.
         
   “Syikin aku ada problem lah.Pening kepala aku ni dibuatnya,” luah Zur’ain.Asyikin memandang Zur’ain.
         
   “Problem apa pula ni? Kucing kau dah nak terberanak ke?” Asyikin membuat loyar buruknya di depan Zur’ain.Zur’ain mencebik.Orang ada masalah time ni jugalah dia nak buat loyar terlebih buruk dia tu.
          
  “Aku mana ada bela kucing.Masalah ni lebih besar daripada masalah kucing nak beranak tau.”
            
“Yo lah.What the problem is?"
         
   “Mama aku dah sibuk carikan aku calon suami!”
           
Asyikin tercengang.Kemudian digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Memang besar masalah ni.Asyikin ketawa terbahak-bahak.Zur’ain pelik melihat sikap Asyikin.Aku ada masalah dia bantai gelak pula, desis hati Zur’ain.
         
   “Kau kahwin ajelah dengan calon yang mama kau carikan tu.Apa susah.Kau tu pun kan gatal.Gatal nak bernikah,” perli Asyikin tanpa memandang wajah Zur’ain.Wajah Zur’ain merah menahan malu.
           
“Memanglah aku gatal nak kahwin juga tapi bukan dengan lelaki yang aku tak kenal siapa.Jangan-jangan lelaki tu bekas banduan ke.Pengedar dadah ke.Tak pun bapak ayam.Wei tak nak aku,” ujar Zur’ain dan menyilangkan tangannya di dada.Dia mula terbayang-bayang dijual ke negara lain.
           
 Asyikin ketawa lagi.Kawannya yang satu ini memang kuat berangan.Ada ke patut dia bayangkan calon yang dipilih mamanya seperti itu.Asyikin diam memberi laluan kepada pelayan menghidangkan makanan dan minuman yang dipesannya.Mata Zur’ain merenung pelayan lelaki tersebut.Pantang betul kalau nampak lelaki handsome sikit.Mulalah naik miang tu.Kau pun sama Asyikin!
          
  “Syikin, handsomenya waiter tu! Agak-agaknya dah berpunya ke belum hah,” kata Zur’ain setelah pelayan tersebut pergi.Zur’ain memintal-mintal rambutnya.
          
  “Bolehlah.Tapi aku tak berminat sebab waiter tu ada misai.Kau tahukan lelaki ada misai ni not my taste,” balas Asyikin dan menyisip air jus tembikainya.Dia memang dahaga kerana banyak bercakap.
          
  Zur’ain mencebik.Asyikin memang high taste.Dari dulu tidak menyukai lelaki yang ada sebarang misai, janggut dan jambang.Katanya selekeh.Padahal okey je.Bisasalah lain mata lain citarasa.
            “Terserah kau.Tapi aku suka!”
           
“Ikut suka kaulah.Ada aku kisah.Ni kau nak cerita pasal kau kena kahwin ke or nak cerita pasal waiter tu,” bidas Asyikin.
          
  Zur’ain terangguk-angguk.Dia memang sudah lupa pasal itu.Salah waiter tu lah.Siapa suruh dia tayang muka handsome di depannya.Asyikin meliarkan pandangan memandang sekeliling.Kebanyakkan orang yang makan di restoran ini semuanya orang muda.Orang tua hanya satu dua orang sahaja.
           
“Syikin aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal.Please help me!”
           
“Kau ni Ain.Mama kau mestilah pilih calon suami yang sesuai untuk kau.Siapa tak kenal Datin Salma.Perempuan yang cukup elegan dan pemilih orangnya.Mama kau,” kata Asyikin.Memang betul pun apa yang Asyikin cakap.Zur’ain tersenyum nipis.
           
“Betul juga kan.Mummy kau tak bising ke kau macam ni.Mama aku tu bukan setakat bising tak kahwin lagi tapi bising dekat aku pasal tak nak kerja,” ujar Zur’ain sambil menepuk tangan Asyikin yang kebetulan berada di atas meja.
          
  Asyikin mengeluh lemah. “Bisinglah! Mustahil tak bising.Awal-awal pagi lagi dah membebel dekat telinga aku.Bukan pasal kahwin tetapi pasal kerjalah.”
       
     Zur’ain tersenyum meleret.Dia sudah agak.Sengaja dia bertanya.Asyikin menjeling Zur’ain.Baru je nak lupa pasal pagi tadi dah ingat balik.Asyikin, Asyikin nasib kaulah.Siapa suruh kau malas nak kerja.Asyikin menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya.Baik makan sebelum hilang selera.Kalau tak habis nanti di kata membazir pula.


Tengku Akmal memicit kepalanya yang sakit.Banyak betul kerja yang dia perlu siapkan hari ni.Projek itu projek ini yang perlu diuruskan.Ditambah lagi dengan perangai adik lelakinya yang selalu bikin masalah.Kata aje Pengarah Projek tapi menyerahkan tugasnya kepada orang lain untuk disiapkan.Apa yang adiknya tahu hanyalah perempuan, perempuan dan perempuan! Sudahlah semalaman tidak pulang ke rumah.
         
   Dia menyelak helaian-helaian kertas di dalam fail.Diambilnya sebatang pen lalu menulis sesuatu pada kertas.Tengku Akmal menekan butang interkom.
          
  “Zara panggil Encik Azwan masuk ke dalam bilik saya sebentar,” kata Tengku Akmal kepada setiausahanya.Tengku Akmal mengemas failnya yang berselerak.
       
 Pintu biliknya diketuk sebanyak tiga kali.Setelah disuruh masuk terjengul Tengku Azwan sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.Tengku Azwan dengan wajah yang masam duduk berhadapan dengan Tengku Akmal.Ditelitinya raut wajah abangnya.Dia tahu ada sesuatu yang ingin dibincangkan oleh abangnya.Kalau tidak masakan dia dipanggil masuk.
          
  “Ada apa Encik Akmal panggil saya?” tanya Tengku Azwan membahasakan Tengku Akmal Encik Akmal.Walaupun abangnya,di pejabat haruslah bersikap formal.Lagipun abangnya itu adalah bos besar di Mewah Holdings.
        
    “Hmm tak payah nak berencik-encik Akmal lah Wan.Panggil macam biasa je.Lagipun along bukan nak bincang pasal kerja pun,” ujar Tengku Akmal sambil tali leher dilonggarkan.
         
   Tengku Azwan merenung tepat Tengku Akmal.Kalau bukan nak bincang pasal kerja, nak bincang pasal apa pulak? Aku ada buat apa-apa salah ke? Kalau aku ada buat salah apa salah aku ni? Pelbagai persoalan berlegar-legar di fikirannya.
          
  “Ni along nak tanya kenapa tak balik malam tadi? Wan pergi mana? Tahu tak mama dengan papa risaukan kau.Kenapa kau buat macam ni? Jujur dengan along,” tegas Tengku Akmal berkata.Tengku Azwan menelan liur melihat wajah Tengku Akmal yang tenang sudah bertukar menjadi garang.
        
    “Err err..” Tengku Azwan gagap.Macam mana nak diterangkan kepada abangnya.Belum cakap apa-apa pun lagi muka dah macam nak makan orang apatah lagi bila dapat tahu.
         
   “Cakaplah cepat!” Tengkingan Tengku Akmal bergema.Tengku Azwan menggaru telinga.
          
  “Aku pergi parti hari jadi Bella.Bella yang beria-ia ajak aku jadi aku pergi ajelah.”
           
Tengku Akmal menjeling.Sudah ditengking baru nak buka mulut.Sakitkan anak tekak dia aje terjerit-jerit.
           
“Pergi parti hari jadi je? Habis tu kenapa sampai tak balik rumah?”
           
Tengku Azwan menarik nafas lalu dihembuskannya perlahan-lahan.Abangnya memang kalau bertanya mengalahkan Perdana Menteri.Habis semua ditanyanya.
          
  “Aku tidur dekat situ.Aku memang nak balik tapi hari dah jauh lewat malam.Bella yang ajak aku tidur situ.Tapi sumpah along.Aku tak buat apa-apa pun dekat Bella.Orang tua Bella pun ada sekali,” terang Tengku Azwan dan mengangkat tangannya seolah-olah sedang membaca rukun negara sewaktu di sekolah.
          
  Tengku Akmal mengeluh.Semakin hari sikap Tengku Azwan semakin melampau.Inilah padahnya kalau berkawan dengan orang berperangai liar.Mula-mula tidur dirumah perempuan semasa orang tuanya ada.Tapi lama-lama...lain pula yang jadinya.
        
    “Along tak nak dengar benda macam ni berlaku lagi.Kalau jadi lagi benda macam ni tahulah apa yang along nak buat dekat kau,” ugut Tengku Akmal.Tengku Azwan meneguk liur lagi.Janganlah bermain-main dengan ugutan abangnya.
        
    “Kau dah jumpa mama dekat rumah pagi tadi? Mama cakap apa?” soal Tengku Akmal sambil matanya merenung skrin laptopnya.Dia menaip sesuatu.Pandangan dihalakan pada Tengku Azwan apabila pertanyaannya tidak dijawab.
          
  “Jumpa.Tapi mama tak sempat nak cakap apa-apa sebab aku kelam-kabut nak pergi kerja pagi tadi.”
          
  Tengku Akmal mengangguk. “Emm kau pergilah sambung balik kerja kau.Along ada banyak kerja nak disiapkan.Kejap Wan.Pastikan semua kerja kau beres.Along tak nak dengar sebarang alasan.”
         
   Tengku Azwan mengangguk laju dan bingkas bangun.Dia berdehem kecil sebelum keluar.Tengku Akmal meneruskan kerjanya yang tergendala.
       
 Di luar Tengku Azwan mendengus kasar.Disepaknya pasu bunga yang terletak di hujung sudut.Abangnya sering kali masuk campur dalam urusan peribadinya.Tidak boleh membiarkan apa yang dia ingin lakukan dengan sesuka hati.Dia ingat aku apa? Kanak-kanak yang perlu dijaga? Umur aku dah 27 tahun.Tak payahlah nak sibuk-sibuk pulak.Mentang-mentanglah dia tu abang dan tua dua tahun daripada aku.Hambur Tengku Azwan di dalam hatinya.
         
   “Apa tengok-tengok!” Jerkah Tengku Azwan kepada dua tiga orang staf yang galak memerhatinya.Mereka bertiga cepat-cepat melakukan kerja masing-masing.Tengku Azwan bergerak laju ke biliknya.

No comments:

Post a Comment