Rafique
tersenyum pada Datin Nora apabila pintu rumah dibuka oleh Datin Nora.Datin Nora
membalas senyuman Rafique.Rafique menyalami dan mencium tangan Datin Nora.Sejak
dari kecil dia dan Asyikin diajar agar menghormati orang tua.
Rafique
berjalan beriringan dengan Datin Nora ke sofa.Rafique duduk dan menyandarkan
badannya.Matanya dipejam kejap sambil tangannya lincah melonggarkan tali
leher.Dia amat keletihan hari ini.Dengan urusan di pejabat dan hal yang berlaku
tengah hari tadi di restoran.
“Mummy
mana Syikin?” tanya Rafique.Kelibat Asyikin dari tadi dia tidak nampak.Kalau
tidak pasti tercongok di depan tv melihat drama-drama yang disiarkan di kaca
televisyen.
Datin
Nora mengeluh. “ Dalam bilik.Sejak balik dia dok berkurung aje dalam
bilik.Dipanggil keluar pun masih tetap tak nak keluar.Macam tak tahu kalau adik
kamu tu merajuk macam mana.Suka duduk dalam bilik buat hal sendiri.”
Rafique
diam.Marah lagi ke Asyikin terhadap dirinya.Dia ingatkan kemarahan Asyikin
sudah surut namun tidak-tidak juga.Rafique tersenyum nipis sebelum bangun.Baru
dia ingin melangkah Datin Nora bersuara.
“Fiq
tahu sebab apa Syikin marah? Fiq gaduh dengan Syikin ke?” teka Datin Nora.Datin
Nora boleh menghidu ada sesuatu yang berlaku antara anak sulung dan anak
bongusnya itu.
“Emm
taklah mummy.Fiq naik atas dulu.Nak mandi.Badan ni terasa melekit-lekit.”
Dia
terus menapak naik meninggalkan Datin Nora di bawah bersendirian.Rafique melintasi
bilik Asyikin namun mengundurkan diri ke belakang semula.Dia berdiri lama di
hadapan bilik Asyikin.Dia teragak-agak ingin mengetuk pintu bilik.Akhirnya dia
mengambil keputusan untuk bersua muka dengan Asyikin untuk menyelesaikan
masalah mereka.Pintu bilik Asyikin diketuk bertalu-talu tetapi tiada sahutan.
“Syikin.Bukalah
pintu ni.Bagi aku peluang terangkan semuanya dekat kau.”
Rafique
mengeluh.Asyikin tidak menjawab.Entah apa yang dibuat adiknya di dalam
bilik.Jangan buat perkara bodoh pula sudah.
“Adik
cepatlah buka pintu ni.Kang abang pecahkan pintu ni baru tahu,” ugut
Rafique.Dia sudah membahasakan dirinya abang dan memanggil Asyikin adik.
“Adik!
Adik dengar tak ni apa yang abang cakap.Okey.Abang pecahkan pintu ni.Satu, dua,
tiga!”
Rafique
ke belakang.Dia sudah berlari ke depan ingin memecahkan pintu bilik
Asyikin.Namun tanpa semena-mena pintu bilik Asyikin terbuka.Dia sudah tidak
boleh berhenti lalu jatuh tertiarap di dalam bilik Asyikin.Rafique mengusap
badannya yang terasa sengal-sengal.Dipandangnya Asyikin yang
menjelingnya.Asyikin duduk di birai katil dan menyambung membaca novelnya
semula.Asyikin mengengsot ke tepi apabila Rafique melabuhkan punggung di
sebelahnya.
“Kau
nak apa? Adik-adik! Siapa adik kau? Perasan,” kata Asyikin.Matanya masih
memandang novel di tangan.
Bukan
dia tidak dengar mulut bising abangnya di luar merayu-rayu.Sudah buat dia sakit
hati barulah nak merayu-rayu minta dimaafkan.
“Syikin
lah adik abang.Aku minta maaf pasal tengah hari tadi.Aku tak bermaksud nak
halau kau.Aku cuma tak nak kau bergaduh dengan Nila itu aje.”
“Eleh
tak nak aku gaduh Nila konon.Dia yang buat hal dulu.Aku diamkan aje.Aku ni
geram macam mana pun tak terfikir bergaduh bertinju dengan Nila tu depan
khalayak ramai.Aku bukannya macam awek kau tu.Muka tu lawa lah juga tapi
perangai tak semenggah.”
Rafique
mengulum senyuman.Jika Asyikin sudah banyak cakap maknanya rajuknya tidak lama
lagi akan hilanglah tu.
“Ye
aku tahu.Nila tu yang buat hal dulu.Nila tu dari dulu memang macam tu.Aku minta
maaf ye.”
Asyikin
menatap wajah Rafique.Kemudian dia mengangguk.Bergaduh dan merajuk lama-lama
pun buat apa.Rafique memaut bahu Asyikin.
“Sejak
bila kau couple dengan Nila?” Asyikin menyoal.Masa inilah rahsia Rafique hendak
dikorek.
“Hampir
setahun.”
Mata
Asyikin terjojol.Hampir setahun?
“Lama
juga tu.Tiada sesiapa tahu?”
“Emm
tiada sesiapa tahu.Aku dengan Nila berpakat nak rahsiakan hubungan
kitaorang.Nila tu anak Dato’Qaisy.Aku tak mahulah kisah percintaan aku terpampang
dekat depan surat khabar atau majalah.”
Asyikin
mengangguk.Dia tahu Rafique dari dulu tidak suka kisahnya menjadi bualan orang
ramai.Jika berkenaan dengan kerja dia okey tetapi bukan kisah peribadi! Rafique
menguis-guis kakinya pada lantai.
“Oh
macam gitu.Nasib baik diorang tak kenal aku sangat.Cuma diorang tahu daddy ada
anak perempuan.Novel-novel yang aku yang kau pinjam Nila tu lah sebenarnya yang
pinjam?”
“Emm.Aku
nak kau tahu satu hal lagi.Tengah hari
tadi aku dah putus dengan Nila.”
“Kau
biar betul? Aku tak suruh pun kau putus dengan dia.Kau kan sayangkan dia.”
“Betullah.Aku
tak main-main.Memang aku sayangkan dia tapi aku lebih sayangkan kau.Kaulah
satu-satunya adik aku,” ujar Rafique dan mencubit kedua-dua belah pipi
Asyikin.Asyikin menolak tangan Rafique.
“Tapi...”
“Shhh!
Senyaplah.Banyak bunyi pulak dia.Aku boleh dapat perempuan yang lebih baguslah
daripada dia.Aku nak pergi bilik aku dulu.Nak mandi.Disebabkan nak pujuk kau
sampai sekarang aku tak mandi lagi.”
“Danish
Rafique.Terima kasih abangku sayang!”
Rafique
mengenyitkan mata sebelum keluar.Asyikin menyengih panjang.Novel di tangan
diletakkan di atas meja.Asyikin membaringkan tubuhnya di atas katil.Dia tidak
menyangka sampai begitu sekali Rafique sayangkan dirinya.Selama ini apa yang
dia buat pasti dibantah Rafique.Asyikin masih tersenyum.Mata Asyikin semakin
lama semakin berat.Dia terlena dengan senyuman.
Asyikin menggeliat ke kiri dan ke kanan.Bunyi jam
loceng yang membingitkan telinganya di tutup.Jam menunjukkan pukul 5.55 minit
pagi.Hari ini adalah hari pertama dia bekerja di Mewah Holdings.Asyikin
mencapai kain tuala yang tersidai sebelum masuk ke dalam bilik air.
Setelah
selesai mandi dia mengerjakan solat subuh terlebih dahulu.Dia menyimpan
telekung dan sejadah ke dalam almari.Asyikin menyanggul rambutnya.Puan Mon kata
rambut haruslah disanggul tidak boleh dibiarkan lepas.Bak kata Puan Mon datang
nak pergi kerja bukannya nak buat iklan rambut ala-ala syampu Rejoice.Dia terus
keluar tanpa memakai mekap di wajah.
Asyikin
gelisah di ruang tamu menanti orang tuanya.Mana daddy dengan mummy nya? Kenapa
tak turun lagi? Kereta Kancil itu sudah ada ke belum? Dia mengintai di
luar.Tiada.Asyikin menerpa ke arah Dato’Rahman sebaik sahaja Dato’Rahman turun
ke bawah.Datin Nora tersenyum.
“Daddy
kereta Kancil tu mana? Tak dapat ke? Cepatlah daddy.Syikin dah lambat ni.”
“Sabarlah
Asyikin oooi.Ada dekat luar tu.Sebelah kereta kamu.Tak nampak ke? Tu lah malam
tadi daddy nak beritahu Syikin tapi Syikin dah tidur.Malas nak ganggu,” ujar
Dato’Rahman.
Pintu
rumah dibuka.Asyikin laju berlari ke luar.Dia meninjau kereta Kancil
bersebelahan dengan kereta BMW nya.Nampak jelas perbezaannya.Asyikin tersenyum
melihat kereta Kancil barunya.Berwarna pink dan bertompok-tompok putih.
“Daddy
mana kunci? Cepatlah,” gesa Asyikin dan menghulurkan telapak
tangannya.Dato’Rahman ketawa sebelum meletakkan kunci kereta pada telapak
tangan Asyikin.Asyikin mengoyang-goyangkan kunci kereta tersebut.
“Reti
tak bawa? Luar je nampak buruk tapi dalam tu cantik.Enjin pun tip top.Daddy dah
servis.”
“Mestilah
reti.Kereta Toyota Alphard daddy yang besar tu pun Syikin boleh bawa apatah
lagi kereta kecik ni.Okeylah mummy, daddy Syikin pergi dulu.Doakan Syikin tau.”
Asyikin
menyalami tangan orang tuanya sebelum masuk ke dalam kereta.Asyikin
mengundurkan kereta itu perlahan-lahan.Asyikin melambai sebelum pergi.
Asyikin melihat Puan Mon sedang berdiri di sebalik
dinding.Asyikin berjalan terjengket-jengket.Puan Mon dilihat sedang bermain sms
dengan seseorang.
“Hah!”
Sergah Asyikin.
“Oh
mak kau meletup! Abangku sayang! Eh apa ni Asyikin!” Latah Puan Mon sebelum
memarahi Asyikin.Asyikin tersengih panjang.Terlompat-lompat Puan Mon semasa
disergah.Nasib baik tidak jatuh berkecai telefon Puan Mon.
“Puan
Mon tak nak perkenalkan Syikin dengan rakan sekerja yang lain ke?” tanya
Asyikin.
Puan
Mon melihat jam di tangan terlebih dahulu sebelum menjawab. “Bagus datang tepat
pada waktunya.Emm jomlah.Diorang ada dekat bilik rehat tu.Disitu jugalah tempat
untuk menyimpan barang-barang Asyikin.”
“Maksud
Puan Mon lokar?”
“Ha’ah.Mari.”
Tangan
Asyikin ditarik supaya mengikutnya.Asyikin hanya mengikut ke mana sahaja Puan
Mon menariknya.Tiba di satu bilik Asyikin ditolak masuk oleh Puan Mon.Mata-mata
yang berada di dalam bilik tersebut memandang Asyikin dengan riak wajah
pelik.Terdapat tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan.Dicampur dirinya
dengan Puan Mon semuanya lima orang perempuan.
“Semua
perkenalkan ni Asyikin pekerja baru kita.Syikin, yang pakai tudung ni Liya, yang
comel-comel ni Kasih dan muka garang ni Kak Pah.Tiga orang ni lelaki ialah Pak
Bahar, Rizal dan Tuah.Tuah aje nama dia bukan Hang Tuah,” Puan Mon
memperkenalkan Asyikin.
Asyikin
mengangguk dan tersenyum.Mereka semua membalas senyuman Asyikin dengan mesra.
“Okey
Syikin kamu simpanlah barang-barang dulu.Kita mulakan kerja tepat pukul 7.20
pagi.Ingat ronda di sekitar syarikat ni aje.Jangan nak pergi ganggu diorang
buat kerja di atas.Jangan naik ke tingkat atas sekali.Di situ tempat bos.Bos
tak suka.CEO kita Tengku Akmal dan Pengarah Projek kita Tengku Azwan,” terang Puan
Mon.
Asyikin
mengangguk sekali lagi.Dia mencebik tatkala Puan Mon menyebut nama Tengku
Akmal.Siapa nak naik tingkat atas? Sajalah tu nak tunjuk dia berkuasa.Asyikin
menyimpan barangnya di dalam lokarnya.
“Emm
nak panggil apa ek? Asyikin ke Syikin?” Tuah ingin menggatal.
“Terserah.Tak
kisah apa-apa pun,” jawab Asyikin
perlahan.Dia duduk di sebelah Kak Pah.
“Kalau
macam tu nak panggil sayang boleh tak?” Rizal pula yang cuba menggatal dengan
Asyikin.
“Boleh,
boleh blah! Panggil Syikin je,” kata Asyikin.Mereka semua ketawa.
“Selamat
datang ke dalam Mewah Holdings Syikin.Kak Pah harap kamu kerja lamalah di sini
ye.”
Asyikin
tersenyum lalu mengangguk.Pagi ini sahaja sudah beberapa kali dia main
angguk-angguk kepala.Asyikin dan yang lain-lain bersiap sedia ingin menjalankan
tugas.Asyikin menjalankan tugasnya dengan meronda di dalam syarikat bersama
Kasih.Sambil berkerja sambil berbual.
Jam
sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.Sekejap sahaja lagi dia sudah boleh
balik.Rupa-rupanya tidak susah mana kerja ini.Berjalan dan meronda-ronda di
sekitarnya.Puas juga dia menunggu ingin melihat wajah Tengku Azwan dan Tengku
Akmal namun tidak muncul jua.Duduk terperap di dalam bilik membuat kerja
sahaja.Takkanlah dia nak naik ke tingkat atas.
Asyikin
keluar dari bilik rehat dan berjalan beriringan dengan Liya.Memang mudah
berkawan dengan mereka semua ini.Asyikin menolak pintu kaca tetapi tidak
disangka seorang pemuda telah merempuh masuk menyebabkan Asyikin hilang
imbangan dan hampir jatuh.Tetapi pemuda tersebut sempat menyambut Asyikin
daripada jatuh.Lama mereka bertatapan sebelum Liya berdehem menyedarkan mereka
berdua.Pemuda itu melepaskan pelukannya di pinggang Asyikin.Asyikin menundukkan
wajah kerana malu.
“Be
careful next time.” Ucap pemuda itu sebelum bergerak laju menuju ke lif.
Asyikin
masih memandang pemuda tersebut.Handsomenya! Rambut panjang paras bahu dan
dikat tocang satu.Nampak gentlemen! Muka dia mak aihh korea lah pulak.Siapa
lelaki korea tu?
“Syikin
kau okey tak?” soal Liya risau melihat Asyikin diam tidak bergerak-gerak masih
memandang ke arah lif.
“Okey,
okey.Liya kau kenal tak siapa lelaki tadi? Muka macam orang korea.”
“Apasal
pulak tak kenal.Yang itulah Tengku Azwan! Memang muka dia macam orang korea
pun.Kalau tak silap aku Puan Aiza iaitu mama kepada Tengku Azwan orang
korea.Sebab itulah.Handsome kan?”
Asyikin
pantas mengangguk.Memang handsome! Oh ibu orang korea patutlah muka macam
tu.Dia ingatkan lelaki korea mana sesat dalam Mewah Holdings.Memang betul cakap
Zur’ain.Tengku Azwan orang baik.Buktinya masa dia selamatkan aku time jatuh dia
tidak mengambil kesempatan, desis hatinya.
“Tengku
Azwan abang ke adik?”
“Adik.Tengku
Akmal abang.Tengku Akmal tu lebih..”
“Okey
thanks for the info.Pasal Tengku Akmal aku tak nak dengar.Liya aku balik dulu,”
ujar Asyikin.
Liya
terpinga-pinga.Dia masih melihat Asyikin yang sudah jauh berjalan.
“Tengku
Akmal tu lebih handsome,” sambung Liya perlahan.
Asyikin
yang sedang duduk di dalam kereta masih tidak menghidupkan enjin keretanya.Dia
menekan-nekan keypad telefonnya berkali-kali.Pesanan ringkas di hantar kepada
Zur’ain.Asyikin tersenyum dan menghidupkan enjin keretanya.
No comments:
Post a Comment