Saturday, 17 August 2013

Encik CEO, I'm Yours! Bab 3 dan 4

Asyikin berjalan secara perlahan-lahan.Dia tidak mahu ahli keluarganya dapat tahu dia baru balik.Kasutnya dibuka dan diletakkan di tepi.Dia menjinjing beg-beg kertas yang di dalamnya penuh dengan baju, beg tangan, kasut, minyak wangi dan lain-lain.Asyikin memulas tombol pintu.Fuhh nasib baik gelap.Awal lah pula diorang semua tidur hari ini.Asyikin menutup pintu rumahnya dan menguncinya.Apalah dah tidur tapi pintu tidak berkunci.Baru Asyikin mendaki anak tangga pertama lampu di ruang tamu terpasang.Terang-benderang jadinya.Asyikin mengalihkan pandangan memandang kedua-dua orang tuanya yang sedang duduk di ruang tamu.Asyikin mendekati kedua-dua orang tuanya dengan lambat.Nak tak nak sahaja dia berjalan.
         
   Diletakkan beg-beg kertas tersebut di atas meja.Dato’Rahman terbeliak.Biar betul anak daranya ini.Gila ke beli sebanyak ni? Dato’Rahman menjeling Datin Nora sebelum merenung anaknya semula.
         
   “Pergi shopping lagi?” tanya Dato’Rahman.Asyikin tersenyum sambil mengangguk.
          
  “Ni beli banyak-banyak ni siapa yang nak pakai? Guna duit siapa Syikin beli?” sinis Dato’Rahman berkata.Senyuman Asyikin mati.Asyikin memandang Datin Nora meminta pertolongan.Namun Datin Nora mencebik.Isyy mummy ni.Bukan nak tolong anak dara dia!
         
   “Daddy, janganlah perli-peli Syikin macam tu.Syikin tahu ni semua duit daddy.Nanti Syikin gantilah balik.”
          
  Dato’Rahman dan Datin Nora saling berpandangan sebelum ketawa mereka pecah.Asyikin mencebik.Mencerun mata Dato’Rahman memandang Asyikin.Dato’Rahman membelek barang-barang yang dibeli Asyikin.Sekali lagi mata Dato’Rahman hendak terjojol keluar.Sehelai gaun berharga empat ribu sembilan ratus ringgit.Tambah seratus ringgit jadi lima ribu.Dato’Rahman membawa keluar pula beg tangan yang baru dibeli Asyikin dari beg kertas itu.Dato’Rahman memicit kepalanya.Sebuah beg berharga dua ribu dua ratus lima puluh ringgit.Satu beg sudah berharga hampir tiga ribu.Anaknya membeli dua buah beg.Belum ditambah lagi dengan lain-lain.Kesemua barang-barangnya mestilah berharga seribu ke atas.Pokai, pokai.Lama lama muflis aku macam ni!
         
   Asyikin tertunduk melihat reaksi daddy nya.Over sangatlah lakonan daddy ni.Bukannya banyak mana pun kalau nak dibandingkan dengan Zur’ain.
           
“Syikin ni dah melampau.Lebih daripada sepuluh ribu duit daddy kamu kerjakan.Cukuplah Syikin.Tadi Syikin cakap Syikin nak ganti? Nak ganti pakai apa? Kamu kerja pun tak.Nak ganti duit daddy dengan daun mangga dekat depan tu,” ujar Dato’Rahman dan menjuihkan bibirnya ke depan.
          
  Asyikin menjulingkan mata ke atas.Pandai betul perlinya.Dia berpeluk tubuh.
         
   “Daddy tak kira! Syikin kena kerja.”
           
Asyikin menggeleng laju.Dia tak nak kerja! Tak mainlah paksa-paksa ni.              
          
  “Tak naklah daddy.Syikin nak duduk rumah aje.”
           
“Syikin kena kerja!” Marah Dato’Rahman.Asyikin diam tidak berkutik.Semua orang di dalam rumah ini gerun jika Dato’Rahman mula naik angin termasuk Datin Nora.
          
  Asyikin mengetuk-ngetuk dagunya.Okey juga kerja.Bukan kerja dekat mana pun.Kerja dekat syarikat daddy.Kacang aje!
          
  “Okeylah.Syikin setuju.Kerja dekat office daddy? Senang je.Esok juga Syikin melaporkan diri,” ucap Asyikin sambil tangannya ingin mengambil barang-barangnya.
          
  “Siapa kata Syikin kerja dekat office daddy?” kata Datin Nora.
           
Asyikin mengerutkan keningnya.Kalau bukan nak kerja dekat syarikat milik keluarganya mana lagi dia nak kerja.Siapa nak ambil dia bekerja? Tiada pengalaman pula tu.
         
   “Habis tu?”
            
“Daddy nak Syikin kerja dekat tempat lain.Syikin kena buat diorang terima Syikin bekerja.Daddy tak kisah Syikin kerja dekat mana dan sebagai apa tapi yang penting halal.Daddy bagi Syikin peluang seminggu untuk cari kerja.Kalau tak satu sen harta daddy Syikin takkan dapat,” ujar Dato’Rahman.
           
Terkebil-kebil mata Asyikin mendengarnya.Dia tak boleh kerja di syarikat daddy? Kena kerja ditempat lain? Asyikin memeluk lengan Datin Nora.
         
   “Siapa nak ambil Syikin bekerja daddy? Sampai hati daddy buat Syikin macam ni.Mummy dengan daddy jahat!”
          
  “Manalah daddy tahu siapa yang ambil kamu bekerja.Harap aje muka cantik tapi pemalas siapa nak.Daddy tak kira.Syikin kena cari kerja juga.Lagi satu jangan sesekali mention nama daddy depan diorang.Daddy tak nak diorang ambil Syikin bekerja kerana daddy.Faham Dhia Asyikin binti Rahman?”
         
   Asyikin mengangguk lemah.Langsung tidak boleh berkompromi.Sebelum ni daddy banyak mendiamkan diri tapi sekarang suka memaksanya.Mesti sebab mummy.Dato’Rahman mengenyitkan matanya pada Datin Nora.Datin Nora tersenyum lebar.Asyikin bangun ingin naik ke atas tetapi dihalang Dato’Rahman.
          
  “Daddy nak semua kad kredit Syikin.Bak sini balik.Semua tu hak daddy,” kata Dato’Rahman dan menghulurkan tangannya.
         
   Asyikin memeluk erat beg tangannya tidak mahu memberi kepada Dato’Rahman.Dato’Rahman menjegilkan matanya.Akhirnya Asyikin mengalah.Diberinya satu persatu kad kreditnya kepada Dato’Rahman.Tiba pada kad kredit yang terakhir Asyikin berat hati ingin memberinya.Asyikin dan Dato’Rahman bermain-main tarik kad kredit tersebut sebelum Asyikin melepaskannya.Dato’Rahman tersenyum lalu kesemua kad kredit Asyikin dimasukkan ke dalam kocek baju melayunya.Asyikin berlari naik ke tingkat atas dengan wajah yang masam.
         
   “Bang, tak apa ke kita buat macam ni? tanya Datin Nora kepada suaminya.
          
  Dato’Rahman menguntumkan senyuman.Dia duduk disebelah isterinya.
          
  “Tak apa.Dia anak kita.Kita tahu dia macam mana.Abang yakin dia boleh berdikari.Lagipun kita buat semua ni demi kebaikan dia juga.”
          
  “Tapi saya risaulah bang.Syikin tu dari kecil manja mana pernah berdikari.Dapat ke dia cari kerja? Macam mana kalau ada orang buli dia.Dia satu-satunya anak perempuan saya tau, bang.Saya tak nak terjadi apa-apa dekat dia,” ujar Datin Nora panjang lebar.Dato’Rahman mengusap bahu isterinya.
          
  “Tiada apa yang perlu dirisaukan.Syikin tu nampak je manja tapi dia bukannya jenis yang senang dibuli.Dia kuat.Dia takkan pernah benarkan ada orang buli dia.InsyaAllah dia takkan apa-apa dan dapat kerja.Kita doakan yang terbaik untuk dia.”
          
  Datin Nora mengangguk.Kata-kata dari suaminya itu sedikit sebanyak melegakan perasaannya yang gundah-gulana.



Asyikin merebahkan diri ke atas katil.Apa yang dia nak buat? Ada ke orang nak ambil dia bekerja? Kad kredit pun dah kena tarik.Kalau dia tidak mendapatkan kerja dalam masa seminggu satu sen harta dia takkan dapat.Maknanya abangnya akan dapat kesemua harta tu? Tak boleh.Dia takkan benarkan abangnya membolot kesemua harta itu.Dia takkan sesekali memberi peluang kepada abangnya merampas apa yang sepatutnya yang menjadi haknya.Kalau perlu dia belasah abangnya demi untuk mendapatkan harta dia sanggup! Asyikin melampaulah tu!
          
  Asyikin terkejut tahap beruk apabila pintu biliknya dibuka secara mengejut oleh abangnya.Rafique juga kelihatan terkejut melihat Asyikin sudah berada di dalam bilik.Rafique tersenyum manakala Asyikin mencebik.Baru fikirkan dia, dia sudah muncul.Rafique mengerutkan kening.Mengapa dengan adiknya yang tersayang ini.Rafique duduk di atas sofa di dalam bilik Asyikin.
          
  “Kau nak apa?” Asyikin bertanya dengan kasar.Dia memang sudah biasa memanggil kau aku dengan abangnya sejak dari kecil lagi.Rafique juga begitu.
        
    “Aku nak kau senyum.Yang muka masam macam baru lepas kehilangan suami ni kenapa? Orang balik dari shopping happy-happy.Bukannya masam macam ni.Bila kau balik?”
           
“Kau tak payah nak buat baik dengan aku.Kau dah khianat aku kau nak pura-pura baik pula.Dah lama dah aku balik.Kau bukannya sedar.Aku bukan kehilangan suami tapi kehilangan harta! Kau faham tak.”
          
  Rafique bertambah bingung.Tidak faham apa yang dimaksudkan Asyikin.Dia buat apa? Asyikin yang melihat abangnya yang blur geram.Asyikin bangun dan duduk disebelah Rafique.Ditariknya telinga Rafique dekat dengannya.Asyikin mula bercerita dari A sampai Z.Tanpa meninggalkan satu pun.Kepala Rafique terangguk kemudian menggeleng.Rafique menggaru dagunya.Jadi sebab itu.Rafique memaut bahu Asyikin.
         
   “Syikin dengar sini.Aku tak pedulilah dengan harta tu.Aku tak sangka daddy buat macam tu.Bukan selama ni daddy dengan mummy manjakan kau? Tapi ni untuk kebaikan kau.Bagus juga.”
        
    Asyikin menampar lengan Rafique.Bukan nak sokong dia tapi sokong mummy dengan daddy pula.Rafique tersengih panjang.
         
   “What ever! Kebaikan konon.Betul ni kau tak peduli harta tu semua.Bahagian kau, kau bagi aku boleh?”
          
  Rafique mengetap gigi.Dari tadi harta harta yang disebutnya.Ditunjalnya dahi Asyikin. “Boleh.Boleh blah! Jangan mimpi aku nak bagi.”
          
  “Aku dah agak dah.Tak peduli konon.Hah kau nak apa datang bilik aku?”
         
   “Lupa pula tujuan asal aku.Boleh tak aku nak pinjam novel kau? Nak yang baru-baru.Kau ada banyakkan,” kata Rafique.Asyikin mengangguk dan lantas bangun.Dia membuka almari yang menyimpan pelbagai jenis novel.Rafique mengulum senyuman melihat novel Asyikin yang banyak tersusun di dalam almari.Asyikin memang hantu novel! Dari kecil sudah dikumpulnya.Pelbagai genre ada.Seram pun ada!
        
    Asyikin yang ralit mencari novel yang best-best untuk Rafique terhenti.Dia berpaling ke belakang.
            
“Sejak bila kau pandai baca novel ni? Bukan kau tak suka ke? Siapa yang nak pinjam ni sebenarnya?” tanya Asyikin bertubi-tubi.
           
Rafique tersenyum.Langsung tidak menjawab pertanyaan adiknya.Asyikin mencebik.Rafique sungguh perahsia orangnya.Tak pernah nak bercerita pasal girlfriendnya dengan dia.Asyikin memberi novel Isteri Separuh Masa karya Suri Ryana dan Suamiku Vampire oleh Ria Natsumi kepada Rafique.
          
  “Cakaplah untuk siapa?” tanya Asyikin lagi.Rafique menggeleng.Masih tidak mahu memberitahu.Kepala Asyikin diusap sebelum keluar.
       
     Asyikin mendengus geram.Agaknya perempuan manalah yang berjaya mencuri hati abangnya.Nak juga dia jumpa bakal kakak iparnya tapi Rafique tidak pernah mahu kenalkan.Fikir pasal ni sampai esok pagi pun takkan selesai.Asyikin mengunci jam sebelum tidur.Dia harus bangun awal pagi esok untuk mencari kerja.



Asyikin mengeluh di dalam kereta.Hari ini adalah hari terakhir tempoh yang diberi daddynya.Ini sudah masuk kali ke-12 dia pergi temu duga dan meminta kerja.Tapi dia tidak diterima.Alasannya kerana dia tiada pengalaman bekerja.Nonsense! Lagi menyakitkan hati ada satu syarikat ni bukannya besar mana tapi sombong kemain.Diikutkan hati mahu aje dia cakap dia anak Dato’Rahman pemilik syarikat I&U Holdings.Syarikat yang besar lagi gah! Tetapi bila teringat balik apa yang dikata daddy nya dia tidak jadi beritahu.Takut tidak dapat harta!
          
  Asyikin menghantar pesanan ringkas kepada Rafique.Bertanya di syarikat mana lagi dia boleh mencuba nasib.Telefon bimbit Asyikin bergetar menandakan ada mesej masuk.Cepat-cepat Asyikin membaca mesej yang dibalas Rafique.Mewah Holdings? Syarikat yang lagi besar daripada syarikat daddynya? Mahu ke Mewah Holdings menerima dirinya ini? Tak salah mencuba.Asyikin memandu keretanya menuju ke Mewah Holdings.
        
    Asyikin memberhentikan keretanya.Gila besar syarikat ni! Asyikin memandang wajahnya pada cermin pandang belakang.Dia cepat-cepat keluar dari keretanya.Dia membetulkan kemejanya terlebih dahulu.Dia memakai kemeja berwarna merah dan seluar slack berwarna hitam.Cukup elegan! Pakaian yang sesuai untuk berkerja di pejabat.
       
     Asyikin berjalan dengan penuh keyakinan.Dia terbaca kertas yang ditampal pada dinding.Mencari pengawal keselamatan wanita? Ada ke? Waktu kerja pukul 7.00 pagi sehingga pukul pukul 6.00 petang.Gaji seribu lima ratus.Okey juga.Baik aku try kerja ni.Belum tentu aku dapat kerja sebagai setiausaha dekat sini.Daddy cakap kerja apa-apa pun tak kisah asalkan halal.Asyikin menolak pintu kaca dan melangkah masuk ke dalam.Di lobi syarikat Asyikin menghampiri dua orang pekerja wanita yang bekerja sebagai penyambut tetamu.
          
  “Ya Cik nak jumpa siapa?” tanya seorang gadis dengan mesra.Asyikin memandang name tag gadis itu Tia dan disebelahnya Emy.
           
“Emm saya dengar dekat sini nak cari pengawal keselamatan wanita kan? Boleh saya memohon kerja itu?”
         
   Kedua-dua gadis itu saling pandang antara satu sama lain sebelum memandang Asyikin kembali.Seolah-olah tidak percaya Asyikin ingin memhon kerja sebagai pengawal keselamatan.
          
  “Betul ke Cik? Cik pasti? Bukan nak minta sebagai pengurus projek atau setiausaha?” Emy pula bersuara.Asyikin tersenyum.Mesti mereka berdua ini pelik.Mana tak pelik minta kerja sebagai pengawal keselamatan tetapi berpakaian nak pergi kerja di pejabat.
          
  “Yakin! 100%!”
           
Tia dan Emy mengangguk sebelum memanggil seorang pengawal keselamatan lelaki dalam lingkungan 40-an.Tia berbisik kepada lelaki itu sebelum memandang Asyikin kembali.
            
“Cik sila ikut Pak Bahar berjumpa dengan Puan Mon.Puan Mon adalah orang yang menguruskan semua ini dan ketua pengawal keselamatan wanita disini.
           
Asyikin mengangguk dan tersenyum lalu mengikut Pak Bahar dari belakang.Dia memegang tangannya.Terasa sejuk pula.Asyikin dan Pak Bahar berhenti di depan sebuah bilik.Apa-apa pun dia kena dapatkan kerja ni!
          
  “Semoga berjaya ye.Tapi hati-hati dengan Puan Mon tu.Dia garang sikit.Harap Cik bersabar,” ucap Pak cik Bahar sebelum meninggalkan Asyikin.
         
   Asyikin mengetuk pintu terlebih dahulu.Setelah disuruh masuk barulah Asyikin masuk ke dalam.Kelihatan seorang wanita bertubuh gempal dengan rambut kembang kerinting duduk di atas kerusi merenungnya.Asyikin meneguk liur.Menakutkan betul!
         
   “Duduk.” Arahnya.Asyikin pantas duduk berhadapan Puan Mon.
           
“Nak apa?”
        
    “Saya..saya datang nak minta kerja sebagai pengawal keselamatan dekat sini,” jawab Asyikin sedikit gagap pada mulanya kemudian barulah lancar dia berkata.Puan Mon galak memerhati Asyikin dari atas sampai bawah.Dia kurang percaya akan kebolehan Asyikin.
         
   “Maaf kerja itu tidak sesuai dengan Cik.Kami mencari pengawal keselamatan bukannya model.”
         
   Asyikin menjeling.Dia geram dengan wanita di hadapannya ini.Aku tahulah kau nak cari pengawal keselamatan bukannya model.Kau ingat aku bodoh sangat ke tak dapat bezakan.Marah Asyikin di dalam hatinya.
          
  “Puan saya rasa saya cukup sesuai.Nilai orang berdasarkan kebolehan bukannya berdasarkan penampilan.Puan ingat Puan hebat sangat nak nilai saya?”
         
   Puan Mon menghentakkan tangan di atas meja dengan kuat.Asyikin hampir terlompat kerana terkejut.Puan Mon bangun.Asyikin juga ikut bangun.Wajah bengis Puan Mon dipandang lama.Tanpa dijangka Puan Mon memeluk Asyikin dengan erat.Asyikin kaget dan nafasnya terasa sesak.Asyikin sedaya upaya meleraikan pelukan.
        
    “Awak diterima bekerja.Awak adalah orang pertama yang berani melawan cakap saya.Saya memerlukan orang berani macam awak,” ujar Puan Mon.Senyuman Puan Mon membuatkan Asyikin kehilangan kata-kata.
         
   Dia masih terkejut.Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.Dia bersyukur kerana di terima bekerja di sini sebagai pengawal keselamatan walaupun bukan sebagai setiausaha.Dia akan buktikan kepada kedua-dua orang tuanya yang dia juga boleh berjaya dan berdikari.


                                             BAB 4
              
  “Mummy! Mummy! Mummy!” Teriak Asyikin sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.Dato’Rahman, Datin Nora dan Rafique yang sedang menonton drama tersentak.
         
   Asyikin berjalan mendapatkan mereka semua.Asyikin tersenyum selebar-lebarnya.
         
   “Syikin dah dapat kerja!”
           
Melongo mereka semua sebentar sebelum masing-masing memandang Asyikin dengan riak wajah kurang percaya.Rafique menarik Asyikin supaya duduk di sebelahnya.
          
  “Betul ni?” tanya Rafique.Asyikin mengangguk laju.Dato’Rahman dan Datin Nora sudah melonjak kegirangan.Tidak menyangka anak daranya yang pemalas itu sudah mendapat kerja.
         
   Asyikin menguak rambutnya dan mendabik dada di hadapan mereka semua.Ini Dhia Asyikin lah! Mestilah dapat.Rafique tersenyum.Alhamdulillah.Akhirnya berjaya juga adiknya.Semoga adiknya berubah menjadi seorang yang lebih baik.Doa Rafique di dalam hati.
          
  “Dekat syarikat mana?” Dato’Rahman menyoal.
           
“Mewah Holdings!”
         
   “Really? Syarikat yang besar tu? Bagusnya anak daddy ni.Daddy tak sangka Syikin berjaya dapat kerja.Sebagai setiausaha siapa?”
           
Datin Nora dan Rafique juga seolah-olah tidak sabar ingin mendengar jawapan dari mulut Asyikin.Sampai begitu sekali reaksi yang dipamerkan mereka.
            
“Tengoklah siapa.Siapa kata Syikin kerja sebagai setiausaha dekat situ?”
           
Dato’Rahman, Datin Nora dan Rafique saling berpandangan antara satu sama lain sebelum pandangan mereka dihalakan kepada Asyikin semula.Jika bukan sebagai setiausaha sebagai apa pula?
          
  “Jeng jeng jeng.Syikin kerja sebagai pengawal keselamatan wanita dekat situ! Macam mana? Hebatkan?” kata Asyikin kembang kempis hidungnya bangga.
            
Mereka bertiga ternganga seluas-luasnya.Apa pengawal keselamatan wanita?!
           
Dato’Rahman mengurut tengkuknya.
         
   Datin Nora mengurut dada manakala Rafique memicit kepalanya.Asyikin pelik melihat reaksi mereka tatkala menyebut pengawal keselamatan wanita.
         
   “Kenapa ni? Semua macam tak happy je? Tadi happy gila Syikin tengok,” ujar Asyikin.Rafique meyekeh kuat kepala Asyikin.Asyikin mengaduh sakit.Disekehnya pula kepala Rafique.
         
   “Banyak-banyak kerja kenapa pengawal keselamatan jugak yang kau pilih! Kau tu perempuan.Dah tu manja pulak.Kau belajar tinggi-tinggi semata-mata nak kerja sebagai pengawal keselamatan tu. Fiq rasa anak kesayangan mummy dengan daddy ni dah gila,” marah Rafique.Dia bukan apa dia cuma risau akan keselamatan adiknya.
         
   Asyikin satu-satunya lah adik yang dia ada.Tiada yang lain.Dato’Rahman mengeluh.Asyikin memang suka buat mereka semua terkejut.
          
  “Betul cakap Fiq tu Syikin.Sudahlah Syikin tak payah kerja dekat situ.Kerja dengan daddy je,” Datin Nora menyampuk.Asyikin menggeleng laju.
           
“Tak nak! Syikin nak juga kerja dekat situ.Bukan susah pun merayau-rayau sekitar syarikat tu aje.Fiq, kau jangan nak masuk campur.Kau uruskan ajelah urusan kau.Tak payah nak sibuk-sibuk.Daddy minggu lepas daddy cakap daddy tak kisah Syikin kerja apa janji halal.Sekarang bila Syikin dapat kerja lain pulak jadinya,” ujar Asyikin sambil menjeling Rafique sekilas.
       
     Dato’Rahman semakin pening.
           
“Memanglah tapi Syikin sedar tak Syikin tu perempuan? Kerja dengan daddy ye,” pujuk Dato’Rahman.Asyikin menghentakkan kakinya tidak puas hati.
           
“Tak nak! Syikin nak kerja dekat situ juga.Syikin nak buktikan dekat semua orang yang Syikin boleh berjaya.Pandai berdikari.”
          
  “Syikin tolong dengar cakap daddy ye sayang,” Datin Nora pula memujuk.
           
“Tak nak.”
        
    “Isyy degilnya budak ni! Kau nak kerja sangat dekat situ kerjalah.Kalau jadi apa-apa dekat kau jangan menyesal.Kalau kena rogol dekat situ baru tahu,” Rafique bersuara.
       
     “Rafique! Jangan doakan adik kamu macam tu!” Keras suara Dato’Rahman.Asyikin menjelirkan lidah.Rafique mencebik.
          
  “Daddy, mummy.Syikin kerja dekat situ dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang je.Bukan kerja syif malam pun.Kalau malam lelaki.Bolehlah?” Giliran Asyikin pula memujuk kedua-dua orang tuanya.
         
   Dato’Rahman dan Datin Nora mengeluh.Datin Nora mengangguk perlahan membenarkan.Asyikin sudah tersenyum.Asyikin memandang pula Dato’Rahman.Dato’Rahman juga berbuat perkara yang sama.Asyikin menepuk tangannya.Asyikin memeluk lengan Rafique meminta persetujuannya.Rafique tersenyum kelat.
           
Yes! Semua sudah setuju.Perkara yang satu ini sudah selesai.Tinggal perkara yang lain pula.
         
   “Daddy.Syikin nak minta tolong boleh tak?”
          
  “Hai belum start kerja lagi dah minta tolong daddy,” sindir Rafique.
        
    Asyikin tidak mempedulikan sindiran Rafique. “Macam ni daddy.Boleh tak daddy carikan kereta kancil second hand untuk Syikin.Nak yang buruk-buruk.Tak mau lawa-lawa.”
         
   “Pasal apa pulak? Kereta Syikin dekat luar tu rosak ke? Kenapa nak kereta Kancil buruk-buruk pulak?” Datin Nora bertanya.
           
“Mana ada rosaklah mummy.Cuma Syikin nak bawak kereta Kancil tu pergi kerja.Tak pelik ke kalau Syikin pergi kerja bawak kereta BMW.Padahal kerja sebagai pengawal keselamatan aje dekat situ.Karang diorang fikir Syikin ni kerja apa pulak.Syikin nak guna lusa ni,” terang Asyikin.
        
    Dato’Rahman melurut-lurutkan dagunya ke bawah.Kepalanya diangguk berkali-kali.
         
   “Okey.Daddy akan carikan.InsyaAllah lusa ni kamu dapat kereta tu.”
          
  Asyikin mengukirkan senyuman.Semuanya sudah beres! Asyikin bangun.
         
   “Syikin naik atas dulu.Nak mandi.”
         
   Asyikin meninggalkan mereka semua.Rafique menghantar adiknya dengan pandangan mata.Sejujurnya dia masih belum setuju adiknya ingin bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ.Tetapi disebabkan melihat kesungguhan Asyikin dia terpaksa mengalah.
         
   Dato’Rahman berharap semoga dengan ini Asyikin berubah.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.



Tersembur keluar air yang di minum Zur’ain apabila Asyikin mengatakan dia akan bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat yang agak besar.Tangan Zur’ain memegang dahi Asyikin.Tak panas pun.Asyikin menolak kasar tangan Zur’ain.Tak percayalah tu.
           
“Kau biar betul Syikin?”
           
“Betullah! Siapa yang main-main.Kau tak nampak ke muka aku yang serius ni.”
           
Zur’ain menggeleng kepala.Asyikin ni suka buat perkara yang bukan-bukan.Tiada kerja lain ke?
         
   “Wei beb! Pengawal keselamatan tu untuk lelakilah.Kau tu perempuan.”
        
    “Hello! Tidak semestinya kerja yang macam ni untuk lelaki.Perempuan pun boleh.Perempuan zaman sekarang macam-macam boleh buat.Tu ada polis wanita dan askar wanita.Okey je.Kuno lah kau ni,” balas Asyikin.
          
  Zur’ain mengangguk perlahan. “A’ah.Betul juga kan.Tapi kenapa itu yang menjadi pilihan kau? Kenapa tak kerja dengan daddy kau je?”
          
  “Aku nak berdikari.Dah itu satu-satunya pilihan yang aku ada.Aku terima ajelah.Wei tu syarikat besar kut.Mesti ada bos yang handsome-handsome kan.Kau tahu tak siapa  bos dekat situ?” ujar Asyikin menyimpang jauh daripada apa yang mereka bualkan tadi.
        
    “Mestilah! Kau kata Mewah Holdings kan.Aku ada dengar Tengku Abdullah ada dua orang anak lelaki.Anak sulung CEO dan anak bongsu Pengarah Projek.Orang cakap kedua-duanya handsome.Tengku Akmal dan Tengku Azwan.Tapi aku tak pastilah yang mana satu anak sulung dan anak bongsu.”
        
    Asyikin tersengih-sengih.Semakin tidak sabar pula dia ingin memulakan kerjanya di syarikat itu.Macam mana kalau salah seorang dari mereka jatuh cinta padanya? Memang seronoklah!
           
“Siapa yang lebih handsome dan yang lebih baik?” tanya Asyikin.
            
“Emm aku tak pastilah.Rasa-rasanya Tengku Azwan kut.Orang ramai cakap Tengku Azwan lebih handsome dan seribu kali lebih baik.Tegas dan berpendirian tetap.Tak macam Tengku Akmal.Playboy dan suka main-main.Lagi satu aku ada dengar orang cakap Tengku Akmal tu selalu bawa perempuan ke hotel.Aku tak tahulah diorang buat apa dekat hotel tu tapi kalau masuk hotel berdua-duaan dengan perempuan buat apa lagi.Takkanlah diorang memasak pulak dekat situ,” ujar Zur’ain dengan panjang lebar.
          
  Asyikin tersentap.Isyy! Teruknya Tengku Akmal tu.Kalau macam tu perangainya baik aku jauhkan diri daripada dia awal-awal.Bisik hati Asyikin.Dia berasa benci pula orang yang bernama Tengku Akmal.
           
“Wei aku rasa aku dah jatuh cinta pada Tengku Azwan lah.Aku pun tak tahu kenapa dengan aku ni.Bila aku dengar je dia macam mana aku terus jatuh cinta.”
         
   Zur’ain menggaru kepala mendengar kata-kata Asyikin.Baru dengar cerita sudah jatuh cinta.Asyikin masih lagi tersenyum.Tengku Azwan akan ku pahatkan namamu dalam hatiku!
           
“Hah! Macam mana dengan calon suami yang mama kau cari kan tu? Okey?”
          
  Zur’ain mengeluh.Okey apanya kalau rambut kerinting macam Alleycats! Bibir macam Angelina Jolie.Tinggi macam Kwang Soo pelakon korea dan salah seorang ahli dalam cerita hiburan Running Man.Dia tidak mahu bersuamikan lelaki seperti itu!
          
  “Kepala hotak kau okey! Nama pun pelik, Mamat Embong! Cehh citarasa mama aku tinggi konon.Kalau citarasa mama aku tinggi takde maknanya dia carikan aku calon suami yang pelik-pelik macam tu.Kalau macam Mario Maurer nak jugalah aku terimanya.Tak pun macam mamat korea yang kita jumpa dekat mall hari tu,” Zur’ain menjawab.Terbakar sungguh hatinya apabila melihat calon yang dipilih mamanya.
          
  Asyikin mengekek ketawa.Lagi satu lupa nak bagitahu.Mama Zur’ain ni juga terkenal dengan sikapnya yang suka benda dan orang yang pelik-pelik.Zur’ain menjeling Asyikin yang masih ketawa.Tiada tanda mahu berhenti.
          
  “La mama kau sendiri takkan kau tak kenal.Terima ajelah beb! Kau tu pun dah kertu.Kalau macam Mario Maurer aku pun nak jugak.Ciss tak habis-habis dengan mamat korea tu.”
        
    Zur’ain menjegilkan mata.Sesuka hati aje Dhia Asyikin ni nak suruh dia terima si Alleycats+Angelina Jolie+Kwang Soo!
          
  “Sampai bila-bila aku tak nak.Banyaklah kau punya kertu.Kau tu sebaya aje dengan aku.Kau ingat kalau aku jumpa lelaki macam Mario Maurer tu sedap-sedap je aku nak bagi kau? Memang taklah beb! Hari tu juga aku suruh dia masuk meminang aku.Suka hatilah.Mamat korea ke mamat nepal ke itu hak aku.Kau kalau dah jumpa mamat korea tu jangan mengada-ngada nak tackle.Dia milik aku,” bidas Zur’ain.
           
“Eleh.Aku takkan tackle dialah.Not my taste.Tapi kalau dia suka aku dan nak kahwin dengan aku macam mana,” duga Asyikin ingin melihat reaksi Zur’ain.
          
  Zur’ain  memandang Asyikin sebelum bibirnya mengukirkan senyuman.Kemudian dia menunjukkan thumbs up.Asyikin mengerutkan dahi.Tidak faham.
           
“Aku tak kisah.Sebab mamat korea tu padan dengan kau.Ketinggian kau paras bahu mamat korea tu aje.Mesti sweet bila kau dongak pandang muka mamat korea.Kau cantik, dia handsome.Perghh memang pasangan yang  secocok gitu lorr.”
           
Asyikin menjelirkan lidah.Dia sendiri tidak tahu rupa si mamat korea tu Zur’ain pergi padan-padankan dia dengan lelaki yang dia tidak kenal.Jangan-jangan indah khabar dari rupa.Sweet bila aku dongak pandang muka dia? Uwekk!
           
Zur’ain menjelirkan lidah kembali.Kadang-kadang dia pelik juga dengan Asyikin.Tak suka dengar dia bercerita pasal mamat korea itu.
          
  “Habis tu taste kau macam mana? Kau nak lelaki macam mana?” soal Zur’ain sambil bola matanya galak memerhati segenap sudut di dalam restoran mewah itu.
         
   Asyikin menyengih. “Emm macam Nazim Othman.Pelakon yang mula meningkat naik tu.Muka dia manis dipandang.Suaranya yang menggoda.Dan senyumannya amat menawan.”
          
  “Itu taste kau? Memanglah kau ni Dhia Asyikin.Lagi handsome mamat korea aku punya tu.Muka sebijik macam pelakon korea yang berlakon dalam cerita Seducing Mr.Perfect tu,” tingkah Zur’ain.Sesedap aje Zur’ain ni cakap mamat korea tu dia punya.
          
  Asyikin membuat mimik muka.Banding-bandingkan pula Nazim Othman dengan mamat korea tu.Ini yang dia malas kalau nak bergaduh dengan Zur’ain.Semua Zur’ain nak menang.
           
“Suka hati akulah.Tak payah sibuk.Baik kau fikirkan pasal calon suami mama kau tu.”
          
  Zur’ain mengherotkan bibirnya ke tepi.Sengaja betul!  Zur’ain tersenyum kepada salah seorang pelanggan lelaki yang baru masuk ke dalam restoran.Pelanggan lelaki itu pada mulanya terkejut dan kemudian membalas senyumannya dengan teragak-agak.Zur’ain menilik lelaki itu dari atas sampai bawah.Handsome dan smart! Pakaian yang dipakai jelas menunjukkan lelaki itu kerja pejabat.
          
  “Syikin cuba kau tengok lelaki dekat belakang kau tu.Handsome gila weh,” kata Zur’ain sambil menudingkan jari ke arah lelaki itu.
         
   Asyikin yang pada mulanya malas ingin melihat berpaling jua ke belakang apabila dipaksa Zur’ain.Asyikin mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.Dia kenal sungguh lelaki itu.Asyikin memandang Zur’ain semula.
           
“Memang handsome wei.Tu abang aku! Tengoklah abang siapa.Abang aku pun kau nak tackle ke,” perli Asyikin.
         
   Zur’ain memandang Rafique dan Asyikin bersilih ganti.Zur’ain menggaru kepala dan tersenyum.Lupa pula lelaki itu adalah Rafique abang Asyikin.
          
  “Tapi apa abang kau buat dekat sini? Dan siapa perempuan tu? Gedik semacam je aku tengok,” ucap Zur’ain.Cehh kata orang gedik semacam.Dia pun 2x5 aje.
       
     Asyikin berpaling semula ke belakang.Memang gedik perempuan tu.Tangan tak berhenti-henti nak merayap memegang tangan abangnya.Abangnya juga seolah-olah suka.Mesra betul! Perempuan ni ke girlfriend Rafique?
          
  “Ain kau dah habis makan kan.Jom kita pergi tegur abang aku,” kata Asyikin dan bingkas bangun.Dia laju mengorak langkah ke arah Rafique.
        
    Zur’ain yang blur cepat-cepat mengejar Asyikin dari belakang.Asyikin berhenti betul di tepi meja Rafique.Rafique yang terkejut dengan kehadiran Asyikin hampir sahaja mahu melompat.Sejak dia masuk ke dalam restoran ini dia menjadi tidak sedap hati apatah lagi terpandangkan Zur’ain.Jadi betullah tekaannya.Gadis di hadapan Zur’ain tadi adalah Asyikin.Asykin membalas jelingan perempuan gedik di hadapannya.Main jeling-jeling pula.Karang jadi juling baru tau, getus hati Asyikin.
          
  “Hai Fiq! Buat apa dekat sini? Makan ke? Sampai hati tak ajak I makan sekali,” sapa Asyikin dengan sengaja melunakkan suaranya.Gadis itu menjeling Rafique.
          
  “Fiq! Siapa perempuan gedik depan I ni? Apa hubungan you dengan dia?” marah gadis itu.Mencerlung matanya memandang Asyikin.Seperti ingin makan Asyikin hidup-hidup.
         
   Rafique meramas rambutnya.Pening-pening.Bagaimanalah dia boleh terserempak dengan Asyikin di sini.Bukan dia tidak tahu adiknya tidak suka dia rapat dengan perempuan seperti Nila.
          
  “Ehem.Mungkin ni adalah peluang you all berdua berkenalan.Honey, ni Asyikin adik I.Syikin ni Nila girlfriend aku,”  Rafique memperkenalkan mereka.Seketika mata Rafique berhenti pada wajah Zur’ain.Cantik juga Zur’ain ni.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Zur’ain.Zur’ain sedar Rafique sedang merenungnya lalu dia menjelirkan lidah.Terkaku sebentar Rafique.Rafique pantas menoleh ke arah Asyikin dan Nila.Kedua-duanya berwajah tegang.
          
  “Oh adik you yang pemalas tu kan? Jadi ni orangnya.Muka memang sudah terang tang-tang menunjukkan dia seorang yang pemalas,” selamba Nila berkata.Asyikin mengepal penumbuknya.Perempuan di hadapannya ini memang nak makan penumbuk sulungnya.
        
    “Nila, bukan di sini kalau you berdua nak bergaduh.You kenal I siapa kan? I tak nak nanti jadi gosip benda ni.Syikin kau balik dulu.Nanti aku cerita dekat kau,” ujar Rafique.Asyikin tersentap.Sampai hati Rafique menghalaunya pergi.Zur’ain diam tidak mahu masuk campur.
         
   “Pemalas? Jadi kau cerita semuanya pasal aku dekat perempuan miang ni lah.Kau halau aku? Okey fine! Kau lebih pilih perempuan ni daripada aku.Mulai hari ini, detik ini dan saat ini aku bukan adik kau lagi.Go to hell lah korang berdua,” hambur Asyikin dan menarik Zur’ain keluar.
         
   Berlama-lamaan di situ hanya bertambah menyakitkan hatinya.Rafique dan Nila tergamam.Rafique mengeluh.Kejam sungguh Asyikin memarahinya.Rafique tidak mempedulikan Nila yang menarik muka masam.Apa yang penting sekarang ini bagaimana dia ingin memujuk adiknya.Asyikin jika merajuk memang susah nak pujuk.
         
   “Nila.I rasa hubungan kita tamat disini.I tak mahu kehilangan adik I disebabkan you.Dan I dapat rasakan you tak sukakan adik I.I pergi dulu,” ujar Rafique sebelum berlalu pergi.
          
  Jeritan Nila yang memanggil-manggil namanya dia buat tidak peduli.Dia laju keluar daripada restoran.Percintaannya dengan Nila yang sudah terjalin hampir setahun tanpa pengetahuan sesiapa berakhir di sini.





2 comments:

  1. di mana saya nk beli novel nie??

    ReplyDelete
  2. Cita ni best sgt...nk baca smbgkn dye..mana boleh dapat novel ni

    ReplyDelete