Saturday, 17 August 2013

Encik CEO, I'm Yours! Bab 2

Asyikin mencalitkan secalit lipstick berwarna merah jambu pada bibirnya.Rambutnya yang panjang paras pinggang dibiarkan lepas.Blaus berwarna putih dan dipadankan dengan seluar jeans membuatkan Asyikin bertambah cantik.Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia turun ke bawah.Kelihatan Datin Nora sedang membaca majalah di ruang tamu.Asyikin mendekati Datin Nora.Datin Nora memandang Asyikin dari atas sampai bawah. ‘Nak keluar lagilah ni,’ detik Datin Nora dalam hatinya.
         
   “Mummy, Syikin nak keluar dulu.Dah janji dengan Ain,” kata Asyikin apabila melihat Datin Nora diam seribu bahasa.Terangguk kepala Datin Nora.Kan betul apa yang aku fikir tadi.
         
   “Shopping lagi? Baru semalam Syikin pergi shopping.Takkan setiap hari nak shopping aje kerjanya.Pergilah syarikat.Tengok syarikat kita tu macam mana.Tinjau-tinjaulah,” bebel Datin Nora.Asyikin terpaksa menadah telinganya.Dihulurkan tangannya ingin menyalami tangan Datin Nora.Datin Nora jeling Asyikin sebelum menyambut huluran tangan Asyikin.
       
     Asyikin tersenyum sebelum mencium kedua-dua belah pipi Datin Nora.Memang itulah yang akan dilakukan sebelum keluar dari rumah.Giliran Datin Nora pula mencium pipi Asyikin.Asyikin berjalan meninggalkan Datin Nora namun baru beberapa langkah namanya dipanggil.
          
  “Syikin nak pergi mana?” tanya Datin Nora membuatkan dahi Asyikin berkerut seribu.
           
“Nak pergi shopping lah.”
          
  “La mummy ingatkan nak pergi office.Syikin..”
          
  “Mummy! Syikin pergi dulu ye.Nanti Syikin belikan mummy coklat Ferrero Rocher kegemaran mummy tu.Bye muahhh,” potong Asyikin dan membuat flying kiss.
         
   Asyikin cepat-cepat berlari ke luar apabila Datin Nora bangun ingin mendapatkannya.Pintu kereta dibuka secara kasar sebelum Asyikin memboloskan dirinya ke dalam kereta.Datin Nora sudah berada di muka pintu.
         
   “Syikin, Syikin!” Panggil Datin Nora sambil melambai-lambaikan tangannya.Asyikin membuka tingkap keretanya.Kepalanya di keluarkan.
           
“Mummy! Syikin janji tak balik lambat.Doakan Syikin selamat sampai ke pusat membeli-belah dan selamat balik ke rumah,” teriak Asyikin.Asyikin melambaikan tangannya sebelum menutup tingkap keretanya.
        
    Enjin kereta dihidupkan.Asyikin membunyikan hon sebelum keretanya meluncur laju bergerak pergi di atas jalan raya.Datin Nora menggeleng perlahan.Pening sungguh kepalanya melayan kerenah Asyikin.Sampai bila nak macam ni? Kalau gini perangainya memang tak berlaki lah anak aku gamaknya.Aku kena cepat-cepat jalankan rancangan aku.Asyikin terima atau tidak dia terpaksa terima.Aku akan gunakan kuasa veto aku sebagai mummy nya.


Asyikin menoleh ke kiri dan ke kanan mencari parking.Susah betul nak cari parking.Kang dia parking kereta dalam pusat membeli-belah kang baru tau.Esoknya keluar tajuk besar depan surat khabar.Anak dara Dato’Rahman seorang yang gila.Ikut sedap kepala otak dia sahaja meletakkan kereta di dalam pusat membeli-belah.Asyikin menggeleng.Akhirnya dia mengambil keputusan memarkirkan kereta di depan sebuah kereta mewah Ferrari Enzo berwarna merah.
        
    Asyikin keluar dan menekan alarm keretanya.Dipandangnya kereta Ferrari tersebut.Macam mana kalau pemandu tu nak keluar ek? Kereta aku ni dah block kereta dia.Arghh lantaklah! Pemandu tu mesti lama pergi shopping.Mesti aku yang selesai dulu, fikir Asyikin.Dia terus masuk ke dalam pusat membeli-belah.
        
    “Syikin! Sini sini,” panggil Zur’ain.Asyikin tersenyum dan menghampiri Zur’ain.Asyikin menjeling beg-beg kertas di tangan Zur’ain.Nampaknya Zur’ain sudah shopping terlebih dahulu tanpa dirinya.
           
“Kau kenapa lambat? Berejam tau aku tunggu kau.Sakit kaki ni,” kata Zur’ain dalam nada manja.Asyikin tersenyum dan tertawa.
           
“Sorry beb! Mummy aku macam biasalah.Bagi aku dengar ceramah dulu sebelum benarkan aku keluar.Ada ke patut aku dah pakai cantik-cantik ni nak pergi office? Memang taklah.Beb aku dengar butik Beautiful ada keluaran beg yang terbaru.Jom jom kita pergi tengok.Aku nak beli semuanya,” riang suara Asyikin.
         
   Mata Zur’ain bersinar mendengar ada keluaran beg terbaru.Tanpa berfikir panjang Zur’ain pantas mengangguk.Asyikin menarik tangan Zur’ain supaya mengikutnya.Asyikin dan Zur’ain masuk ke dalam pelbagai jenis butik.Mereka mengambil keputusan ingin membeli baju terlebih dahulu sebelum membeli beg tangan dan kasut.Asyikin dan Zur’ain mencuba pelbagai jenis baju.
          
  Mereka berdua masuk ke dalam butik Love Heart pula yang mempunyai pelbagai jenis dress yang cantik-cantik.Asyikin membalas senyuman salah seorang pekerja butik Love Heart.Kesemua pekerja butik Love Heart sudah mengenali Asyikin dan Zur’ain kerana mereka berdua adalah pelanggan tetap butik itu.
          
  Asyikin membelek-belek jenis gaun yang berada di depan matanya.Dia sudah tidak tahu ingin memilih yang mana satu kerana semuanya cantik-cantik.Di tangannya sudah ada 4 jenis gaun berlainan corak dan warna.
          
  “Syikin! Sini kejap.Gaun ni cantik betul.”
           
Asyikin pergi ke arah Zur’ain.Zur’ain melihat Asyikin dan gaun berwarna merah itu bersilih ganti.Kemudian dia menganggukkan kepala berkali-kali.Dihulurkannya gaun itu kepada Asyikin.Asyikin menyambutnya.
         
   “Kalau cantik kenapa bukan kau aje yang beli.Kenapa suruh aku beli?” tanya Asyikin.Matanya merenung sehelai gaun berwarna merah di tangannya.Memang cantik!
        
    “Sebabnya aku tak suka warna merah.Kalau warna pink aku sukalah.Aku kan pinky girl.Mesti kau cantik sangat kalau pakai gaun ni.Perghh! Sesuai gila.Aku jamin lelaki-lelaki dekat luar sana kalau pandang kau mesti jatuh cinta,” ujar Zur’ain dan mengulum senyuman melebar ke telinga.
          
  Asyikin tersenyum mendengar pujian yang keluar dari mulut sahabatnya itu.Asyikin mengenyitkan mata pada Zur’ain.Dia menguak rambutnya ke belakang.Zur’ain masih memandang Asyikin yang sedang memilih gaun.Asyikin memang betul-betul perempuan yang jelita.Itu dia tidak menafikan.Ramai lelaki mahukan Asyikin namun Asyikin menolaknya mentah-mentah.Alasannya tidak mahu hidupnya yang bebas dikongkong.Bertuah betul Asyikin ni!
          
  Asyikin mencubit perlahan pinggang Zur’ain yang berdiri macam patung tidak bergerak-gerak.Pelik pula dia melihat Zur’ain.Zur’ain tersengih.
           
“Ain aku nak pergi toilet lah kejap.Kau letak gaun ni semua dekat kaunter pembayaran.Lepas aku keluar dari toilet kita pergi bayar,” kata Asyikin dan memberi gaun yang dipilihnya kepada Zur’ain.Zur’ain tersenyum dan mengambilnya.
          
  Zur’ain duduk di atas kerusi yang memang sudah tersedia di dalam butik tersebut sementara menunggu Asyikin keluar daripada toilet.Mulut Zur’ain ternganga tatkala terpandang seorang lelaki korea baru masuk ke dalam butik.Mak aihh.Macam mana boleh sesat pula lelaki korea dekat sini.Fulamak! Handsomenya! Badan tough, muka putih bersih tanpa ada sebarang janggut, misai dan jambang.Memang citarasa Asyikin.Ni kalau dia jumpa mahu pergi cakap I Love You dekat lelaki korea ni.Tapi sayang tak seagama lah pula.Monolog Zur’ain di dalam hatinya.
          
  “Miss, baju yang mama saya tempah hari tu dah siap? Tadi saya rasa mama saya sudah telefon memberitahu  bahawa saya akan ambilkan untuknya,” kataTengku Akmal kepada salah seorang pekerja butik itu.
        
    Zur’ain terpinga-pinga.Dia boleh cakap bahasa melayu? Dia ni orang apa sebenarnya? Muka macam orang asing tapi fasih pula berbahasa melayu.Cayalah! Tabik spring!
         
   “Err Encik Akmal? Mama Encik Puan Aiza? Gaun yang berwarna biru?”
         
   “Yes! Boleh saya dapatkan sekarang?”
        
    “Of course.Sekejap saya pergi ambilkan,” kata pekerja wanita itu sebelum berlalu mengambil gaun yang ditempah oleh pelanggan.
           
Tengku Akmal membelek gaun-gaun yang tersusun di depannya.Cantik cantik juga.Patutlah mama kesayangan itu kerap mengunjungi butik ini.Tengku Akmal menarik keluar dua helai gaun berwarna putih dan hitam.Corak yang sama tetapi berlainan warna.Dia ingat ingin membelikan satu gaun kepada Puan Aiza sebagai hadiah.Tetapi dia tidak tahu ingin memilih yang mana satu.Kedua-duanya cantik.Tengku Akmal berfikir ingin bertanyakan pendapat pada pekerja di situ tetapi semuanya sibuk melakukan kerja masing-masing.Dia tidak mahu menganggu.Matanya tertancap pada Zur’ain yang sedang duduk.Apa salahnya kalau minta tolong dekat perempuan tu.
          
  Dia melangkah ke arah Zur’ain.Zur’ain sudah tidak tentu arah.Alamak dia datang dekat aku.Nak mengurat aku ke.
          
  “Cik boleh saya minta tolong tak?” soal Tengku Akmal.Tengku Akmal merenung Zur’ain.Cantik tetapi tiada aura yang boleh menggetarkan perasaannya.Sempat pula Tengku Akmal berfikir sebegitu.
          
  “Erkk tolong apa ye? Kalau tolong buat benda yang bukan-bukan saya tak nak.”
        
    Tengku Akmal tersengih.Lain pula yang difikirkannya. “Cik rasa antara dua gaun ni yang mana lebih cantik? Warna hitam ataupun warna putih? Saya ni tak pandai sangat memilih,” ujar Tengku Akmal.Zur’ain tersenyum.
         
   Ditiliknya kedua-dua gaun itu sebelum bertanya. “Untuk siapa ek? Girlfriend?”
         
   “Bukanlah.Mama saya.Umur mama saya lebih kurang dalam 51 tahun.Kulit mama saya putih,” terang Tengku Akmal memberikan ciri-ciri Puan Aiza tanpa ditanya Zur’ain.
        
    Zur’ain tersenyum dan menudingkan jarinya ke arah gaun berwarna hitam.
        
    “Hitam?” Tengku Akmal bertanya meminta kepastian.Zur’ain pantas mengangguk.
          
  “Encik cakap mama Encik putih kan? So sesuailah dengan warna hitam.”
          
  Senyuman menghiasi bibir Tengku Akmal saat ini.Zur’ain bagaikan ingin pengsan melihat lesung pipit Tengku Akmal di sebelah kanan.Menawannya senyuman dia ni.Cepat cair aku macam ni.Zur’ain memandang ke arah pintu masuk.Mana Asyikin ni pergi? Cepatlah sikit.Bolehlah dia jumpa mamat korea ni.
         
   “Terima kasih ya Cik sebab sudi bantu saya..”
        
    Bunyi deringan telefon bimbit.Tengku Akmal membuatkan Tengku Akmal tidak jadi meneruskan kata-katanya.Tengku Akmal tersenyum kepada Zur’ain sebelum bergerak menjauhi Zur’ain.Tengku Akmal melihat nama pemanggil.Zara? Apa yang setiausahanya nak daripadanya?
         
   “Assalamualaikum.Yes ada apa Zara?” ucap Tengku Akmal.
        
    “Waalaikumussalam.Encik Akmal dekat mana? Kenapa tak masuk office lagi? Encik Akmal lupa ke Encik Akmal ada temu janji dengan Tan Sri Eric? Sekarang Tan Sri Eric sudah menunggu Encik Akmal di bilik Encik Akmal,” ujar Zara di talian.
       
     Tengku Akmal menepuk dahinya.Ya Allah! Macam mana dia boleh lupa akan temu janjinya dengan Tan Sri Eric.Tengku Akmal melihat jam tangannya.
       
     “Zara saya akan sampai dalam masa 25 minit.Saya nak awak buat apa sahaja demi memastikan Tan Sri tidak balik.Kalau perlu awak bagilah seribu alasan kepada Tan Sri Eric.Zara, suruh Encik Azwan melayani Tan Sri Eric sementara menunggu saya datang.”
          
  “Baik Encik Akmal tapi Encik Azwan tidak ada di pejabat.”
          
  Tengku Akmal semakin gelisah.Ke mana pulalah si Azwan ni pergi pada masa macam ni?
         
   “Okey, okey.Saya akan datang sekarang.Assalamualaikum.” Tengku Akmal memutuskan talian.
         
   Tengku Akmal menuju ke kaunter pembayaran.Dia membayar untuk baju yang ditempah dan baju yang ingin dibelinya.
           
“Keep the change!”
          
  Tengku Akmal terburu-buru keluar.Juruwang tercengang sebelum mengangguk walaupun Tengku Akmal sudah keluar.Zur’ain mengeluh.Dia dah pergi.Mesti ada kes kecemasanlah tu.Cemas aje mukanya.
          
  “Woi! Yang kau mengeluh bagai macam tu kenapa?” tegur Asyikin.Zur’ain mengherotkan bibirnya ke tepi.Memang nasib kau malanglah Syikin tak dapat jumpa mamat korea tu.
          
  “Kau tahu tak tadi ada lelaki korea datang sini.Wei betapa tampannya memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Tampan habis! Kaya pula tu wei!” ujar Zur’ain teruja sambil mengoyang-goyangkan lengan Asyikin.
          
  “Kau semuanya handsome! Haritu waiter tu kau cakap handsome sekarang lelaki yang aku tak kenal.Lelaki korea?”
          
  Zur’ain mencebik.Dia tahulah dia ni jenis yang lain macam semua lelaki nak dikata handsome.Tapi lelaki tadi betul-betul handsome.
          
  “Yup! Muka dia memang macam pelakon-pelakon korea gitu.Lepas tu fasih pula berbahasa melayu.Aku tabik spring lah.”
          
  Asyikin membuat gaya ingin muntah. “Aku tak minat lelaki muka macam ala-ala korea ni.Kau tahukan aku ni tak beberapa minat korea sangat.Aku hanya setia kepada filem dan drama-drama melayu sahaja.Kalau Taiwan aku boleh masuk lagi.Walaupun sekarang ni musim gelombang K-Pop.”
          
  Zur’ain menjelirkan lidah.Malas dia ingin layan Asyikin.Tak suka konon.Kau tengoklah nanti kau pula yang suka korea-korea ni.Tengok-tengok kau kahwin dengan lelaki seiras macam lelaki korea.Masin mulut aku padan muka kau.Kalau kau kahwin dengan lelaki tadi pun bagus! Luah Zur’ain di dalam hatinya.Nak cakap depan-depan nanti dia juga yang kalah.
          
  Asyikin membuat pembayaran.Asyikin menarik lengan Zur’ain.Mereka bedua menuju ke butik Beautiful pula.Asyikin seolah-olah sudah lupa keadaan keretanya yang menghalang kereta orang lain.

Tengku Akmal menghentakkan tangan di atas keretanya.Kurang ajar! Siapa pula yang berani block keretanya.Arghh sudah lambat lima minit! Mana pemandu kereta ni? Kalau dia kehilangan projek bernilai hampir 50 juta itu memang dia salahkan pemandu kereta ni.Tengku Akmal mendail nombor Zara.
            “Hello Zara! Saya tak kira.Awak kena pastikan Tan Sri Eric tak keluar daripada syarikat.Kalau dia balik awak saya pecat!” Jerkah Tengku Akmal dan mematikan panggilan.
          
  Tengku Akmal ke hulu  ke hilir seperti orang gila di tepi jalan.Dia langsung tidak mempedulikan berpasang-pasang mata yang memandang ke arahnya.Apa yang penting sekarang projek bernilai 50 juta itu!!
         
   Hati Tengku Akmal semakin panas apabila sudah 25 minit dia menunggu tuan empunya kereta.Cuaca yang panas terik membuatkan muka Tengku Akmal semakin merah.Kaca mata hitam yang tersangkut pada bajunya ditarik lalu dipakai.
          
  Asyikin yang baru keluar daripada pusat membeli-belah.Terus menuju ke keretanya.Macam manalah dia boleh lupa akan keadaan keretanya yang diparking cantik menghalang kereta orang lain.Hati Asyikin semakin berdebar tatkala mendekati keretanya.Wajah tegang pemuda di depannya menambahkan lagi debarannya.
         
   Tengku Akmal merenung seorang gadis yang sudah terpacak berdiri di depannya.Mesti perempuan ni punya kereta.
          
  “Woi! Kau ingat ni jalan bapak kau nak parking kereta sesuka hati.Kau tahu tak di atas  perbuatan kau, kau dah menyusahkan orang lain,” tengking Tengku Akmal.Mata Tengku Akmal memandang Asyikin seperti ingin menelan Asyikin hidup-hidup.
        
    Asyikin menutup mata kerana terkejut dengan tengkingan Tengku Akmal.Dia ni keturunan apa? Jerit kuat-kuat.Asyikin berfikir segala bermacam-macam cara ingin melepaskan diri daripada pemuda di hadapannya.
        
    “Maafkan saya Encik.Tadi saya pergi shopping lepastu tiba-tiba perut saya sakit.Jadi saya pergilah ke klinik berdekatan sini.Saya mengandung Encik.Saya takut anak dalam kandungan saya ni dalam bahaya.Sebab itulah saya lama,” lirih suara Asyikin kedengaran.Hanya ini sahaja cara yang dapat difikirkannya.Tiada cara lain.Harap-harap dia termakanlah umpan aku ni.
           
Tengku Akmal terkedu.Perempuan di depan dia ini perempuan mengandung?
           
“Err tidak apa Cik.Saya tak marah.Saya maafkan Cik,” kalut Tengku Akmal berkata.Asyikin bersorak di dalam hati.Umpannya mengena.
           
“Apa Encik ? Encik maafkan saya? Saya berterima kasih dan saya minta maaf di atas tindakan saya yang sudah menyusahkan Encik.Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan saya,” ujar Asyikin.Asyikin tersenyum lebar.Padan muka kau kena kelentong hidup-hidup dengan aku.Tu lah kau ingat kau hebat sangat, bisik hati Asyikin.
            
“Err Puan tak salah.Sepatutnya saya yang memohon maaf kerana memarahi Puan.Mesti Puan dan anak yang berada di dalam perut Puan terkejut.Saya minta maaf sekali lagi.Emm biar saya tolong bukakan pintu kereta untuk Puan,” kata Tengku Akmal atas ketelanjuran sikapnya.Bodohlah kau ni Akmal.Perempuan mengandung pun kau nak marah.Asyikin tersenyum dan menekan alarm keretanya.
           
Tengku Akmal cepat-cepat membantu Asyikin meletakkan barang-barang Asyikin di tempat duduk belakang.Kemudian dia membukakan pintu kereta untuk Asyikin masuk.
          
  “Terima kasih ya Encik.Saya terhutang budi pada Encik,” ucap Asyikin sambil tersenyum manis.Tengku Akmal terpana.Ya Allah cantiknya perempuan di depannya ni.Asyikin masuk ke dalam kereta.Baru dia ingin menutup pintu kereta pintunya telah ditutup oleh Tengku Akmal.
          
  Walaweh dah macam puteri raja gamaknya!

        
 Asyikin menganggukkan kepala sebelum keretanya meluncur laju pergi.Tengku Akmal masih memandang kereta Asyikin yang sudah menjauh.Bunyi hon kereta yang lalu telah menyedarkan dia.Astaghfirullahalazim.Tengku Akmal meraup mukanya.Sedar sikit Akmal perempuan tu bini orang.Kau jangan nak cipta masalah.Ramai lagi perempuan yang single di dalam dunia ni.Tengku Akmal memboloskan dirinya ke dalam kereta apabila dia tersedar bahawa dia sudah lambat ke office!

Encik CEO, I'm Yours! Bab 1

              
 Datin Nora yang sedang duduk di ruang tamu sering kali memandang ke tingkat atas.Kemudian kedengaran Datin Nora mengeluh perlahan.Apalah yang nak jadi pada anak daranya itu.Matahari sudah terpacak tinggi tetapi masih tidak bangun-bangun lagi.Umur sudah 26 tahun tetapi masih tidak matang.Bersikap kebudak-budakkan.Bersikap kebudak-budakkan itu satu hal.Satu hal lagi anak daranya itu pemalas! Sehingga sekarang masih duduk di rumah goyang kaki.Bukannya tidak ada diploma malah lebih dari tu.Puas suaminya memujuk anaknya supaya bekerja tetapi tidak diendahkannya.
            
Datin Nora menapak naik ke tingkat atas.Selagi tidak disuruh bangun selagi itulah anaknya yang seorang itu berlingkar di atas katil.Datin Nora mengetuk pintu bilik berkali-kali namun tiada sesiapa menyahut.Datin Nora memulas tombol pintu.Terbuka.Nasib baik tidak berkunci.Datin Nora menggeleng melihat anaknya yang masih lena dibuai mimpi disiang hari.
         
   “Syikin! Bangunlah.Dah pagi ni.Takkan kamu nak tidur lagi.Burung pun sudah keluar mencari makanan,” Datin Nora cuba mengejutkan Asyikin dengan mengoncang-goncangkan badan Asyikin.Asyikin mendengus kasar kerana tidurnya diganggu.
         
   Asyikin menarik comforternya sehingga menutupi kepalanya.Nak tidur pun tak senang ganggu aje.Sudahlah mengantuk.Datin Nora menarik comforter yang menyelubungi diri Asyikin sebelum mencampak jauh comforter tersebut.Asyikin menutup mukanya dengan bantal pula.
          
  “Bangunlah! Cuba Syikin tengok jam sudah pukul berapa.Pukul 10.45 minit pagi.Syikin nak tidur sampai tengah hari ke? Cepat pergi mandi lepas tu turun sarapan.”
          
  Asyikin mencampak kasar bantalnya sebelum merenung Datin Nora. “Mummy.Syikin mengantuklah.Syikin tidur lambat malam tadi.”
           
Datin Nora yang sudah lenguh berdiri itu duduk di birai katil.Wajah cantik Asyikin dipandang lama.Wajah anaknya saling tidak tumpah seperti dirinya.Dengan hidung yang mancung, mata yang bulat dan bersinar dan bibir merah merekah semuanya mengikut dirinya.Cuma dirinya tidak seputih seperti Asyikin.Kulit Asyikin yang putih mengikut suaminya yang putih melepak.Cuma yang dia tidak faham mengapa anaknya masih belum berpunya.Nak kata tak pandai, pandai.Kaya pula tu.Tetapi setakat ini apabila ditanya sudah ada boyfriend ke belum dikatanya masih single and available.Dia pula yang risau kalau anaknya sudah berumur 30 tahun tidak berkahwin lagi.Dia tidak mahu Asyikin menjadi anak dara tua!
         
   “Itulah.Selalu balik lambat.Pergi mana? Clubbing?” Datin Nora membuat serkap jarang.Asyikin menggeleng laju.Apa pula pergi clubbing ni? Tak pernah sekalipun aku jejak kaki dekat tempat macam tu.Bisik hati Asyikin.
         
   “Mana adalah mummy.Syikin ni nampak je gila-gila tapi tak sukalah tempat macam tu.Eee.Syikin pergi lepak rumah Ain je.Tak sedar pula sudah lewat malam,” jelas Asyikin sambil bangun.Memang betul dia lepak di rumah Zur’ain kawannya.Bukan buat benda tidak senonoh pun.Asyikin mencapai kain tuala ingin mandi.
          
  “Sampai bila Asyikin nak macam ni? Syikin dah lama tamat belajar tapi tak nak kerja.Syikin kena kerja.Kerja dekat syarikat papa.Jadi setiausaha Rafique buat sementara pun okey,” ujar Datin Nora.Asyikin tidak jadi melangkah ke bilik air.Disangkutnya kain tuala di lehernya.
        
    Sudah mulalah dah.Ni yang malas ni.Pagi-pagi dah dengar pasal kerja.Kerja, kerja tiada benda lain ke.Nasib baik dia ada abang.Kalau takde dah lama dia dipaksa menguruskan syarikat.Dia teringat pula pada abangnya Danish Rafique yang terpaksa belajar selok belok syarikat.Dia tahu abangnya tidak berminat.Tapi nak buat macam mana.Anak sulunglah katakan! Daddy nya  sentiasa memerhati gerak-geri abangnya.
          
  “Syikin dengar tak apa mummy cakap ni,” Datin Nora menegur Asyikin yang sudah jauh mengelamun.Suara Datin Nora mengembalikan Asyikin ke alam nyata.
           
“Dengarlah mummy.Mummy, biarlah Syikin macam ni.Syikin suka.Lagipun daddy dengan mummy kan kaya.Nak buat apa Syikin kerja lagi.Dahlah mummy.Kalau cakap pasal benda ni sampai esok pun belum tentu selesai.Syikin nak mandi lepastu nak keluar dengan Ain,” balas Asyikin sebelum masuk ke dalam bilik air.
         
   Datin Nora mencebik.Itulah Dhia Asyikin anak daranya.Suka menjawab.Tak nak langsung dengar cakap orang tua.Berbeza dengan anak sulungnya.Sentiasa mendengar kata.Dia beruntung Rafique tidak mengikut perangai Asyikin.Kalau dua-dua perangai sama mahu dia setiap hari dikejarkan ke hospital.
           
Di dalam bilik air Asyikin merungut bersendirian.Dia masih tidak berpuas hati apabila Datin Nora mula membangkitkan isu kerja.
          
  “Penting sangat ke kerja tu.Tak payah kerja lagi best.Macam ni.Kita enjoy!” teriak Asyikin dari dalam bilik air sambil mengangkat tangan kirinya.
            
“Syikin! Apa yang kamu terjerit-jerit dekat dalam tu.Banyaklah kamu punya enjoy!” jeritan Datin Nora kedengaran.Asyikin menekup mulutnya.
         
   Errk kuat sangat ke aku cakap? Ingatkan mummy dah keluar rupanya masih ada dalam bilik.Inilah mummy ku Datin Nora.


Mata Asyikin melilau mencari kelibat sahabatnya.Siapa lagi kalau bukan Zur’ain.Budak ni memang nak kena dia yang berjanji dia pula yang lambat.Kalau aku tahu dia lambat macam ni baik aku duduk dekat rumah je tengok tv lagi syok.Asyikin membetulkan kedudukan sepit rambutnya.Asyikin tersenyum lebar melihat Zur’ain yang datang menghampirinya.
          
  “Sorry beb.Aku lambat sikit,” ucap Zur’ain.Asyikin mengangguk.Zur’ain menarik nafas lega.Dia ingatkan Asyikin ingin memarahinya kerana datang lambat.
          
  “Wei duduklah.Yang kau nak berdiri dekat sini buat apa.Aku dah orderkan air untuk kau,” kata Asyikin.Zur’ain cepat-cepat menarik kerusi di depan Asyikin dan duduk.
          
  Asyikin tertawa kecil.Sahabatnya itu dari dulu lagi mesti menggelabah semacam.Tak menggelabah tak sah.Nak kata blur pun ada.Aku ni menakutkan sangat ke.Zur’ain adalah kawannya dari dunia sehingga ke akhirat.Dia sudah berkawan dengan Zur’ain sejak dari tingkatan satu sehingga sekarang.Hanya Zur’ain sahaja yang tahan dengan sikapnya yang agak sensitif dan bermulut laser.Lagi satu mereka sekepala.2x5 sahaja.Dia dan Zur’ain masing-masing tidak bekerja dan sering menghabiskan duit mak bapak bak kata abangnya.
         
   “Syikin aku ada problem lah.Pening kepala aku ni dibuatnya,” luah Zur’ain.Asyikin memandang Zur’ain.
         
   “Problem apa pula ni? Kucing kau dah nak terberanak ke?” Asyikin membuat loyar buruknya di depan Zur’ain.Zur’ain mencebik.Orang ada masalah time ni jugalah dia nak buat loyar terlebih buruk dia tu.
          
  “Aku mana ada bela kucing.Masalah ni lebih besar daripada masalah kucing nak beranak tau.”
            
“Yo lah.What the problem is?"
         
   “Mama aku dah sibuk carikan aku calon suami!”
           
Asyikin tercengang.Kemudian digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Memang besar masalah ni.Asyikin ketawa terbahak-bahak.Zur’ain pelik melihat sikap Asyikin.Aku ada masalah dia bantai gelak pula, desis hati Zur’ain.
         
   “Kau kahwin ajelah dengan calon yang mama kau carikan tu.Apa susah.Kau tu pun kan gatal.Gatal nak bernikah,” perli Asyikin tanpa memandang wajah Zur’ain.Wajah Zur’ain merah menahan malu.
           
“Memanglah aku gatal nak kahwin juga tapi bukan dengan lelaki yang aku tak kenal siapa.Jangan-jangan lelaki tu bekas banduan ke.Pengedar dadah ke.Tak pun bapak ayam.Wei tak nak aku,” ujar Zur’ain dan menyilangkan tangannya di dada.Dia mula terbayang-bayang dijual ke negara lain.
           
 Asyikin ketawa lagi.Kawannya yang satu ini memang kuat berangan.Ada ke patut dia bayangkan calon yang dipilih mamanya seperti itu.Asyikin diam memberi laluan kepada pelayan menghidangkan makanan dan minuman yang dipesannya.Mata Zur’ain merenung pelayan lelaki tersebut.Pantang betul kalau nampak lelaki handsome sikit.Mulalah naik miang tu.Kau pun sama Asyikin!
          
  “Syikin, handsomenya waiter tu! Agak-agaknya dah berpunya ke belum hah,” kata Zur’ain setelah pelayan tersebut pergi.Zur’ain memintal-mintal rambutnya.
          
  “Bolehlah.Tapi aku tak berminat sebab waiter tu ada misai.Kau tahukan lelaki ada misai ni not my taste,” balas Asyikin dan menyisip air jus tembikainya.Dia memang dahaga kerana banyak bercakap.
          
  Zur’ain mencebik.Asyikin memang high taste.Dari dulu tidak menyukai lelaki yang ada sebarang misai, janggut dan jambang.Katanya selekeh.Padahal okey je.Bisasalah lain mata lain citarasa.
            “Terserah kau.Tapi aku suka!”
           
“Ikut suka kaulah.Ada aku kisah.Ni kau nak cerita pasal kau kena kahwin ke or nak cerita pasal waiter tu,” bidas Asyikin.
          
  Zur’ain terangguk-angguk.Dia memang sudah lupa pasal itu.Salah waiter tu lah.Siapa suruh dia tayang muka handsome di depannya.Asyikin meliarkan pandangan memandang sekeliling.Kebanyakkan orang yang makan di restoran ini semuanya orang muda.Orang tua hanya satu dua orang sahaja.
           
“Syikin aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal.Please help me!”
           
“Kau ni Ain.Mama kau mestilah pilih calon suami yang sesuai untuk kau.Siapa tak kenal Datin Salma.Perempuan yang cukup elegan dan pemilih orangnya.Mama kau,” kata Asyikin.Memang betul pun apa yang Asyikin cakap.Zur’ain tersenyum nipis.
           
“Betul juga kan.Mummy kau tak bising ke kau macam ni.Mama aku tu bukan setakat bising tak kahwin lagi tapi bising dekat aku pasal tak nak kerja,” ujar Zur’ain sambil menepuk tangan Asyikin yang kebetulan berada di atas meja.
          
  Asyikin mengeluh lemah. “Bisinglah! Mustahil tak bising.Awal-awal pagi lagi dah membebel dekat telinga aku.Bukan pasal kahwin tetapi pasal kerjalah.”
       
     Zur’ain tersenyum meleret.Dia sudah agak.Sengaja dia bertanya.Asyikin menjeling Zur’ain.Baru je nak lupa pasal pagi tadi dah ingat balik.Asyikin, Asyikin nasib kaulah.Siapa suruh kau malas nak kerja.Asyikin menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya.Baik makan sebelum hilang selera.Kalau tak habis nanti di kata membazir pula.


Tengku Akmal memicit kepalanya yang sakit.Banyak betul kerja yang dia perlu siapkan hari ni.Projek itu projek ini yang perlu diuruskan.Ditambah lagi dengan perangai adik lelakinya yang selalu bikin masalah.Kata aje Pengarah Projek tapi menyerahkan tugasnya kepada orang lain untuk disiapkan.Apa yang adiknya tahu hanyalah perempuan, perempuan dan perempuan! Sudahlah semalaman tidak pulang ke rumah.
         
   Dia menyelak helaian-helaian kertas di dalam fail.Diambilnya sebatang pen lalu menulis sesuatu pada kertas.Tengku Akmal menekan butang interkom.
          
  “Zara panggil Encik Azwan masuk ke dalam bilik saya sebentar,” kata Tengku Akmal kepada setiausahanya.Tengku Akmal mengemas failnya yang berselerak.
       
 Pintu biliknya diketuk sebanyak tiga kali.Setelah disuruh masuk terjengul Tengku Azwan sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.Tengku Azwan dengan wajah yang masam duduk berhadapan dengan Tengku Akmal.Ditelitinya raut wajah abangnya.Dia tahu ada sesuatu yang ingin dibincangkan oleh abangnya.Kalau tidak masakan dia dipanggil masuk.
          
  “Ada apa Encik Akmal panggil saya?” tanya Tengku Azwan membahasakan Tengku Akmal Encik Akmal.Walaupun abangnya,di pejabat haruslah bersikap formal.Lagipun abangnya itu adalah bos besar di Mewah Holdings.
        
    “Hmm tak payah nak berencik-encik Akmal lah Wan.Panggil macam biasa je.Lagipun along bukan nak bincang pasal kerja pun,” ujar Tengku Akmal sambil tali leher dilonggarkan.
         
   Tengku Azwan merenung tepat Tengku Akmal.Kalau bukan nak bincang pasal kerja, nak bincang pasal apa pulak? Aku ada buat apa-apa salah ke? Kalau aku ada buat salah apa salah aku ni? Pelbagai persoalan berlegar-legar di fikirannya.
          
  “Ni along nak tanya kenapa tak balik malam tadi? Wan pergi mana? Tahu tak mama dengan papa risaukan kau.Kenapa kau buat macam ni? Jujur dengan along,” tegas Tengku Akmal berkata.Tengku Azwan menelan liur melihat wajah Tengku Akmal yang tenang sudah bertukar menjadi garang.
        
    “Err err..” Tengku Azwan gagap.Macam mana nak diterangkan kepada abangnya.Belum cakap apa-apa pun lagi muka dah macam nak makan orang apatah lagi bila dapat tahu.
         
   “Cakaplah cepat!” Tengkingan Tengku Akmal bergema.Tengku Azwan menggaru telinga.
          
  “Aku pergi parti hari jadi Bella.Bella yang beria-ia ajak aku jadi aku pergi ajelah.”
           
Tengku Akmal menjeling.Sudah ditengking baru nak buka mulut.Sakitkan anak tekak dia aje terjerit-jerit.
           
“Pergi parti hari jadi je? Habis tu kenapa sampai tak balik rumah?”
           
Tengku Azwan menarik nafas lalu dihembuskannya perlahan-lahan.Abangnya memang kalau bertanya mengalahkan Perdana Menteri.Habis semua ditanyanya.
          
  “Aku tidur dekat situ.Aku memang nak balik tapi hari dah jauh lewat malam.Bella yang ajak aku tidur situ.Tapi sumpah along.Aku tak buat apa-apa pun dekat Bella.Orang tua Bella pun ada sekali,” terang Tengku Azwan dan mengangkat tangannya seolah-olah sedang membaca rukun negara sewaktu di sekolah.
          
  Tengku Akmal mengeluh.Semakin hari sikap Tengku Azwan semakin melampau.Inilah padahnya kalau berkawan dengan orang berperangai liar.Mula-mula tidur dirumah perempuan semasa orang tuanya ada.Tapi lama-lama...lain pula yang jadinya.
        
    “Along tak nak dengar benda macam ni berlaku lagi.Kalau jadi lagi benda macam ni tahulah apa yang along nak buat dekat kau,” ugut Tengku Akmal.Tengku Azwan meneguk liur lagi.Janganlah bermain-main dengan ugutan abangnya.
        
    “Kau dah jumpa mama dekat rumah pagi tadi? Mama cakap apa?” soal Tengku Akmal sambil matanya merenung skrin laptopnya.Dia menaip sesuatu.Pandangan dihalakan pada Tengku Azwan apabila pertanyaannya tidak dijawab.
          
  “Jumpa.Tapi mama tak sempat nak cakap apa-apa sebab aku kelam-kabut nak pergi kerja pagi tadi.”
          
  Tengku Akmal mengangguk. “Emm kau pergilah sambung balik kerja kau.Along ada banyak kerja nak disiapkan.Kejap Wan.Pastikan semua kerja kau beres.Along tak nak dengar sebarang alasan.”
         
   Tengku Azwan mengangguk laju dan bingkas bangun.Dia berdehem kecil sebelum keluar.Tengku Akmal meneruskan kerjanya yang tergendala.
       
 Di luar Tengku Azwan mendengus kasar.Disepaknya pasu bunga yang terletak di hujung sudut.Abangnya sering kali masuk campur dalam urusan peribadinya.Tidak boleh membiarkan apa yang dia ingin lakukan dengan sesuka hati.Dia ingat aku apa? Kanak-kanak yang perlu dijaga? Umur aku dah 27 tahun.Tak payahlah nak sibuk-sibuk pulak.Mentang-mentanglah dia tu abang dan tua dua tahun daripada aku.Hambur Tengku Azwan di dalam hatinya.
         
   “Apa tengok-tengok!” Jerkah Tengku Azwan kepada dua tiga orang staf yang galak memerhatinya.Mereka bertiga cepat-cepat melakukan kerja masing-masing.Tengku Azwan bergerak laju ke biliknya.