Asyikin mencalitkan secalit lipstick berwarna merah
jambu pada bibirnya.Rambutnya yang panjang paras pinggang dibiarkan lepas.Blaus
berwarna putih dan dipadankan dengan seluar jeans membuatkan Asyikin bertambah
cantik.Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia turun ke bawah.Kelihatan
Datin Nora sedang membaca majalah di ruang tamu.Asyikin mendekati Datin
Nora.Datin Nora memandang Asyikin dari atas sampai bawah. ‘Nak keluar lagilah
ni,’ detik Datin Nora dalam hatinya.
“Mummy,
Syikin nak keluar dulu.Dah janji dengan Ain,” kata Asyikin apabila melihat
Datin Nora diam seribu bahasa.Terangguk kepala Datin Nora.Kan betul apa yang
aku fikir tadi.
“Shopping
lagi? Baru semalam Syikin pergi shopping.Takkan setiap hari nak shopping aje
kerjanya.Pergilah syarikat.Tengok syarikat kita tu macam
mana.Tinjau-tinjaulah,” bebel Datin Nora.Asyikin terpaksa menadah
telinganya.Dihulurkan tangannya ingin menyalami tangan Datin Nora.Datin Nora
jeling Asyikin sebelum menyambut huluran tangan Asyikin.
Asyikin
tersenyum sebelum mencium kedua-dua belah pipi Datin Nora.Memang itulah yang
akan dilakukan sebelum keluar dari rumah.Giliran Datin Nora pula mencium pipi
Asyikin.Asyikin berjalan meninggalkan Datin Nora namun baru beberapa langkah
namanya dipanggil.
“Syikin
nak pergi mana?” tanya Datin Nora membuatkan dahi Asyikin berkerut seribu.
“Nak
pergi shopping lah.”
“La
mummy ingatkan nak pergi office.Syikin..”
“Mummy!
Syikin pergi dulu ye.Nanti Syikin belikan mummy coklat Ferrero Rocher kegemaran
mummy tu.Bye muahhh,” potong Asyikin dan membuat flying kiss.
Asyikin
cepat-cepat berlari ke luar apabila Datin Nora bangun ingin
mendapatkannya.Pintu kereta dibuka secara kasar sebelum Asyikin memboloskan
dirinya ke dalam kereta.Datin Nora sudah berada di muka pintu.
“Syikin,
Syikin!” Panggil Datin Nora sambil melambai-lambaikan tangannya.Asyikin membuka
tingkap keretanya.Kepalanya di keluarkan.
“Mummy!
Syikin janji tak balik lambat.Doakan Syikin selamat sampai ke pusat
membeli-belah dan selamat balik ke rumah,” teriak Asyikin.Asyikin melambaikan
tangannya sebelum menutup tingkap keretanya.
Enjin
kereta dihidupkan.Asyikin membunyikan hon sebelum keretanya meluncur laju
bergerak pergi di atas jalan raya.Datin Nora menggeleng perlahan.Pening sungguh
kepalanya melayan kerenah Asyikin.Sampai bila nak macam ni? Kalau gini
perangainya memang tak berlaki lah anak aku gamaknya.Aku kena cepat-cepat
jalankan rancangan aku.Asyikin terima atau tidak dia terpaksa terima.Aku akan
gunakan kuasa veto aku sebagai mummy nya.
Asyikin menoleh ke kiri dan ke kanan mencari
parking.Susah betul nak cari parking.Kang dia parking kereta dalam pusat
membeli-belah kang baru tau.Esoknya keluar tajuk besar depan surat khabar.Anak
dara Dato’Rahman seorang yang gila.Ikut sedap kepala otak dia sahaja meletakkan
kereta di dalam pusat membeli-belah.Asyikin menggeleng.Akhirnya dia mengambil
keputusan memarkirkan kereta di depan sebuah kereta mewah Ferrari Enzo berwarna
merah.
Asyikin
keluar dan menekan alarm keretanya.Dipandangnya kereta Ferrari tersebut.Macam
mana kalau pemandu tu nak keluar ek? Kereta aku ni dah block kereta dia.Arghh
lantaklah! Pemandu tu mesti lama pergi shopping.Mesti aku yang selesai dulu, fikir
Asyikin.Dia terus masuk ke dalam pusat membeli-belah.
“Syikin!
Sini sini,” panggil Zur’ain.Asyikin tersenyum dan menghampiri Zur’ain.Asyikin
menjeling beg-beg kertas di tangan Zur’ain.Nampaknya Zur’ain sudah shopping
terlebih dahulu tanpa dirinya.
“Kau
kenapa lambat? Berejam tau aku tunggu kau.Sakit kaki ni,” kata Zur’ain dalam
nada manja.Asyikin tersenyum dan tertawa.
“Sorry
beb! Mummy aku macam biasalah.Bagi aku dengar ceramah dulu sebelum benarkan aku
keluar.Ada ke patut aku dah pakai cantik-cantik ni nak pergi office? Memang
taklah.Beb aku dengar butik Beautiful ada keluaran beg yang terbaru.Jom jom
kita pergi tengok.Aku nak beli semuanya,” riang suara Asyikin.
Mata
Zur’ain bersinar mendengar ada keluaran beg terbaru.Tanpa berfikir panjang
Zur’ain pantas mengangguk.Asyikin menarik tangan Zur’ain supaya
mengikutnya.Asyikin dan Zur’ain masuk ke dalam pelbagai jenis butik.Mereka
mengambil keputusan ingin membeli baju terlebih dahulu sebelum membeli beg
tangan dan kasut.Asyikin dan Zur’ain mencuba pelbagai jenis baju.
Mereka
berdua masuk ke dalam butik Love Heart pula yang mempunyai pelbagai jenis dress
yang cantik-cantik.Asyikin membalas senyuman salah seorang pekerja butik Love
Heart.Kesemua pekerja butik Love Heart sudah mengenali Asyikin dan Zur’ain
kerana mereka berdua adalah pelanggan tetap butik itu.
Asyikin
membelek-belek jenis gaun yang berada di depan matanya.Dia sudah tidak tahu
ingin memilih yang mana satu kerana semuanya cantik-cantik.Di tangannya sudah
ada 4 jenis gaun berlainan corak dan warna.
“Syikin!
Sini kejap.Gaun ni cantik betul.”
Asyikin
pergi ke arah Zur’ain.Zur’ain melihat Asyikin dan gaun berwarna merah itu
bersilih ganti.Kemudian dia menganggukkan kepala berkali-kali.Dihulurkannya
gaun itu kepada Asyikin.Asyikin menyambutnya.
“Kalau
cantik kenapa bukan kau aje yang beli.Kenapa suruh aku beli?” tanya
Asyikin.Matanya merenung sehelai gaun berwarna merah di tangannya.Memang
cantik!
“Sebabnya
aku tak suka warna merah.Kalau warna pink aku sukalah.Aku kan pinky girl.Mesti
kau cantik sangat kalau pakai gaun ni.Perghh! Sesuai gila.Aku jamin
lelaki-lelaki dekat luar sana kalau pandang kau mesti jatuh cinta,” ujar
Zur’ain dan mengulum senyuman melebar ke telinga.
Asyikin
tersenyum mendengar pujian yang keluar dari mulut sahabatnya itu.Asyikin mengenyitkan
mata pada Zur’ain.Dia menguak rambutnya ke belakang.Zur’ain masih memandang
Asyikin yang sedang memilih gaun.Asyikin memang betul-betul perempuan yang
jelita.Itu dia tidak menafikan.Ramai lelaki mahukan Asyikin namun Asyikin
menolaknya mentah-mentah.Alasannya tidak mahu hidupnya yang bebas
dikongkong.Bertuah betul Asyikin ni!
Asyikin
mencubit perlahan pinggang Zur’ain yang berdiri macam patung tidak
bergerak-gerak.Pelik pula dia melihat Zur’ain.Zur’ain tersengih.
“Ain
aku nak pergi toilet lah kejap.Kau letak gaun ni semua dekat kaunter
pembayaran.Lepas aku keluar dari toilet kita pergi bayar,” kata Asyikin dan
memberi gaun yang dipilihnya kepada Zur’ain.Zur’ain tersenyum dan mengambilnya.
Zur’ain
duduk di atas kerusi yang memang sudah tersedia di dalam butik tersebut
sementara menunggu Asyikin keluar daripada toilet.Mulut Zur’ain ternganga
tatkala terpandang seorang lelaki korea baru masuk ke dalam butik.Mak aihh.Macam
mana boleh sesat pula lelaki korea dekat sini.Fulamak! Handsomenya! Badan
tough, muka putih bersih tanpa ada sebarang janggut, misai dan jambang.Memang
citarasa Asyikin.Ni kalau dia jumpa mahu pergi cakap I Love You dekat lelaki
korea ni.Tapi sayang tak seagama lah pula.Monolog Zur’ain di dalam hatinya.
“Miss,
baju yang mama saya tempah hari tu dah siap? Tadi saya rasa mama saya sudah
telefon memberitahu bahawa saya akan
ambilkan untuknya,” kataTengku Akmal kepada salah seorang pekerja butik itu.
Zur’ain
terpinga-pinga.Dia boleh cakap bahasa melayu? Dia ni orang apa sebenarnya? Muka
macam orang asing tapi fasih pula berbahasa melayu.Cayalah! Tabik spring!
“Err
Encik Akmal? Mama Encik Puan Aiza? Gaun yang berwarna biru?”
“Yes!
Boleh saya dapatkan sekarang?”
“Of
course.Sekejap saya pergi ambilkan,” kata pekerja wanita itu sebelum berlalu
mengambil gaun yang ditempah oleh pelanggan.
Tengku
Akmal membelek gaun-gaun yang tersusun di depannya.Cantik cantik juga.Patutlah
mama kesayangan itu kerap mengunjungi butik ini.Tengku Akmal menarik keluar dua
helai gaun berwarna putih dan hitam.Corak yang sama tetapi berlainan warna.Dia
ingat ingin membelikan satu gaun kepada Puan Aiza sebagai hadiah.Tetapi dia
tidak tahu ingin memilih yang mana satu.Kedua-duanya cantik.Tengku Akmal
berfikir ingin bertanyakan pendapat pada pekerja di situ tetapi semuanya sibuk
melakukan kerja masing-masing.Dia tidak mahu menganggu.Matanya tertancap pada
Zur’ain yang sedang duduk.Apa salahnya kalau minta tolong dekat perempuan tu.
Dia
melangkah ke arah Zur’ain.Zur’ain sudah tidak tentu arah.Alamak dia datang
dekat aku.Nak mengurat aku ke.
“Cik
boleh saya minta tolong tak?” soal Tengku Akmal.Tengku Akmal merenung
Zur’ain.Cantik tetapi tiada aura yang boleh menggetarkan perasaannya.Sempat
pula Tengku Akmal berfikir sebegitu.
“Erkk
tolong apa ye? Kalau tolong buat benda yang bukan-bukan saya tak nak.”
Tengku
Akmal tersengih.Lain pula yang difikirkannya. “Cik rasa antara dua gaun ni yang
mana lebih cantik? Warna hitam ataupun warna putih? Saya ni tak pandai sangat
memilih,” ujar Tengku Akmal.Zur’ain tersenyum.
Ditiliknya
kedua-dua gaun itu sebelum bertanya. “Untuk siapa ek? Girlfriend?”
“Bukanlah.Mama
saya.Umur mama saya lebih kurang dalam 51 tahun.Kulit mama saya putih,” terang
Tengku Akmal memberikan ciri-ciri Puan Aiza tanpa ditanya Zur’ain.
Zur’ain
tersenyum dan menudingkan jarinya ke arah gaun berwarna hitam.
“Hitam?”
Tengku Akmal bertanya meminta kepastian.Zur’ain pantas mengangguk.
“Encik
cakap mama Encik putih kan? So sesuailah dengan warna hitam.”
Senyuman
menghiasi bibir Tengku Akmal saat ini.Zur’ain bagaikan ingin pengsan melihat
lesung pipit Tengku Akmal di sebelah kanan.Menawannya senyuman dia ni.Cepat
cair aku macam ni.Zur’ain memandang ke arah pintu masuk.Mana Asyikin ni pergi?
Cepatlah sikit.Bolehlah dia jumpa mamat korea ni.
“Terima
kasih ya Cik sebab sudi bantu saya..”
Bunyi
deringan telefon bimbit.Tengku Akmal membuatkan Tengku Akmal tidak jadi
meneruskan kata-katanya.Tengku Akmal tersenyum kepada Zur’ain sebelum bergerak
menjauhi Zur’ain.Tengku Akmal melihat nama pemanggil.Zara? Apa yang
setiausahanya nak daripadanya?
“Assalamualaikum.Yes
ada apa Zara?” ucap Tengku Akmal.
“Waalaikumussalam.Encik
Akmal dekat mana? Kenapa tak masuk office lagi? Encik Akmal lupa ke Encik Akmal
ada temu janji dengan Tan Sri Eric? Sekarang Tan Sri Eric sudah menunggu Encik
Akmal di bilik Encik Akmal,” ujar Zara di talian.
Tengku
Akmal menepuk dahinya.Ya Allah! Macam mana dia boleh lupa akan temu janjinya
dengan Tan Sri Eric.Tengku Akmal melihat jam tangannya.
“Zara
saya akan sampai dalam masa 25 minit.Saya nak awak buat apa sahaja demi
memastikan Tan Sri tidak balik.Kalau perlu awak bagilah seribu alasan kepada
Tan Sri Eric.Zara, suruh Encik Azwan melayani Tan Sri Eric sementara menunggu
saya datang.”
“Baik
Encik Akmal tapi Encik Azwan tidak ada di pejabat.”
Tengku
Akmal semakin gelisah.Ke mana pulalah si Azwan ni pergi pada masa macam ni?
“Okey,
okey.Saya akan datang sekarang.Assalamualaikum.” Tengku Akmal memutuskan
talian.
Tengku
Akmal menuju ke kaunter pembayaran.Dia membayar untuk baju yang ditempah dan
baju yang ingin dibelinya.
“Keep
the change!”
Tengku
Akmal terburu-buru keluar.Juruwang tercengang sebelum mengangguk walaupun
Tengku Akmal sudah keluar.Zur’ain mengeluh.Dia dah pergi.Mesti ada kes
kecemasanlah tu.Cemas aje mukanya.
“Woi!
Yang kau mengeluh bagai macam tu kenapa?” tegur Asyikin.Zur’ain mengherotkan
bibirnya ke tepi.Memang nasib kau malanglah Syikin tak dapat jumpa mamat korea
tu.
“Kau
tahu tak tadi ada lelaki korea datang sini.Wei betapa tampannya memang tak
dapat diungkapkan dengan kata-kata.Tampan habis! Kaya pula tu wei!” ujar
Zur’ain teruja sambil mengoyang-goyangkan lengan Asyikin.
“Kau
semuanya handsome! Haritu waiter tu kau cakap handsome sekarang lelaki yang aku
tak kenal.Lelaki korea?”
Zur’ain
mencebik.Dia tahulah dia ni jenis yang lain macam semua lelaki nak dikata
handsome.Tapi lelaki tadi betul-betul handsome.
“Yup!
Muka dia memang macam pelakon-pelakon korea gitu.Lepas tu fasih pula berbahasa
melayu.Aku tabik spring lah.”
Asyikin
membuat gaya ingin muntah. “Aku tak minat lelaki muka macam ala-ala korea
ni.Kau tahukan aku ni tak beberapa minat korea sangat.Aku hanya setia kepada
filem dan drama-drama melayu sahaja.Kalau Taiwan aku boleh masuk lagi.Walaupun
sekarang ni musim gelombang K-Pop.”
Zur’ain
menjelirkan lidah.Malas dia ingin layan Asyikin.Tak suka konon.Kau tengoklah
nanti kau pula yang suka korea-korea ni.Tengok-tengok kau kahwin dengan lelaki
seiras macam lelaki korea.Masin mulut aku padan muka kau.Kalau kau kahwin
dengan lelaki tadi pun bagus! Luah Zur’ain di dalam hatinya.Nak cakap
depan-depan nanti dia juga yang kalah.
Asyikin
membuat pembayaran.Asyikin menarik lengan Zur’ain.Mereka bedua menuju ke butik
Beautiful pula.Asyikin seolah-olah sudah lupa keadaan keretanya yang menghalang
kereta orang lain.
Tengku Akmal menghentakkan tangan di atas
keretanya.Kurang ajar! Siapa pula yang berani block keretanya.Arghh sudah
lambat lima minit! Mana pemandu kereta ni? Kalau dia kehilangan projek bernilai
hampir 50 juta itu memang dia salahkan pemandu kereta ni.Tengku Akmal mendail
nombor Zara.
“Hello
Zara! Saya tak kira.Awak kena pastikan Tan Sri Eric tak keluar daripada
syarikat.Kalau dia balik awak saya pecat!” Jerkah Tengku Akmal dan mematikan
panggilan.
Tengku
Akmal ke hulu ke hilir seperti orang
gila di tepi jalan.Dia langsung tidak mempedulikan berpasang-pasang mata yang
memandang ke arahnya.Apa yang penting sekarang projek bernilai 50 juta itu!!
Hati
Tengku Akmal semakin panas apabila sudah 25 minit dia menunggu tuan empunya
kereta.Cuaca yang panas terik membuatkan muka Tengku Akmal semakin merah.Kaca
mata hitam yang tersangkut pada bajunya ditarik lalu dipakai.
Asyikin
yang baru keluar daripada pusat membeli-belah.Terus menuju ke keretanya.Macam
manalah dia boleh lupa akan keadaan keretanya yang diparking cantik menghalang
kereta orang lain.Hati Asyikin semakin berdebar tatkala mendekati
keretanya.Wajah tegang pemuda di depannya menambahkan lagi debarannya.
Tengku
Akmal merenung seorang gadis yang sudah terpacak berdiri di depannya.Mesti
perempuan ni punya kereta.
“Woi!
Kau ingat ni jalan bapak kau nak parking kereta sesuka hati.Kau tahu tak di
atas perbuatan kau, kau dah menyusahkan
orang lain,” tengking Tengku Akmal.Mata Tengku Akmal memandang Asyikin seperti
ingin menelan Asyikin hidup-hidup.
Asyikin
menutup mata kerana terkejut dengan tengkingan Tengku Akmal.Dia ni keturunan
apa? Jerit kuat-kuat.Asyikin berfikir segala bermacam-macam cara ingin
melepaskan diri daripada pemuda di hadapannya.
“Maafkan
saya Encik.Tadi saya pergi shopping lepastu tiba-tiba perut saya sakit.Jadi
saya pergilah ke klinik berdekatan sini.Saya mengandung Encik.Saya takut anak
dalam kandungan saya ni dalam bahaya.Sebab itulah saya lama,” lirih suara Asyikin
kedengaran.Hanya ini sahaja cara yang dapat difikirkannya.Tiada cara
lain.Harap-harap dia termakanlah umpan aku ni.
Tengku
Akmal terkedu.Perempuan di depan dia ini perempuan mengandung?
“Err
tidak apa Cik.Saya tak marah.Saya maafkan Cik,” kalut Tengku Akmal
berkata.Asyikin bersorak di dalam hati.Umpannya mengena.
“Apa
Encik ? Encik maafkan saya? Saya berterima kasih dan saya minta maaf di atas
tindakan saya yang sudah menyusahkan Encik.Saya berjanji tidak akan mengulangi
perbuatan saya,” ujar Asyikin.Asyikin tersenyum lebar.Padan muka kau kena
kelentong hidup-hidup dengan aku.Tu lah kau ingat kau hebat sangat, bisik hati
Asyikin.
“Err
Puan tak salah.Sepatutnya saya yang memohon maaf kerana memarahi Puan.Mesti
Puan dan anak yang berada di dalam perut Puan terkejut.Saya minta maaf sekali
lagi.Emm biar saya tolong bukakan pintu kereta untuk Puan,” kata Tengku Akmal
atas ketelanjuran sikapnya.Bodohlah kau ni Akmal.Perempuan mengandung pun kau
nak marah.Asyikin tersenyum dan menekan alarm keretanya.
Tengku
Akmal cepat-cepat membantu Asyikin meletakkan barang-barang Asyikin di tempat
duduk belakang.Kemudian dia membukakan pintu kereta untuk Asyikin masuk.
“Terima
kasih ya Encik.Saya terhutang budi pada Encik,” ucap Asyikin sambil tersenyum
manis.Tengku Akmal terpana.Ya Allah cantiknya perempuan di depannya ni.Asyikin
masuk ke dalam kereta.Baru dia ingin menutup pintu kereta pintunya telah
ditutup oleh Tengku Akmal.
Walaweh
dah macam puteri raja gamaknya!
Asyikin
menganggukkan kepala sebelum keretanya meluncur laju pergi.Tengku Akmal masih
memandang kereta Asyikin yang sudah menjauh.Bunyi hon kereta yang lalu telah
menyedarkan dia.Astaghfirullahalazim.Tengku Akmal meraup mukanya.Sedar sikit
Akmal perempuan tu bini orang.Kau jangan nak cipta masalah.Ramai lagi perempuan
yang single di dalam dunia ni.Tengku Akmal memboloskan dirinya ke dalam kereta
apabila dia tersedar bahawa dia sudah lambat ke office!
Merkur 37C Safety Razor Review – Merkur 37C
ReplyDeleteThe Merkur 37c 출장샵 is an 1xbet korean excellent short handled DE 사설 토토 사이트 safety razor. casino-roll.com It is more suitable for both heavy and non-slip hands and https://deccasino.com/review/merit-casino/ is therefore a great option for experienced